PHSKLU menyambut keputusan kerajaan negeri Selangor untuk memansuhyan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU)
Gabungan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (PHSKLU) menyambut baik keputusan kerajaan negeri Selangor untuk memansuhkan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU). Pada masa yang sama, kami mendesak kerajaan negeri agar dengan segera mempercepatkan dan menyelesaikan pewartaan semula HSKLU sebagai hutan simpanan kekal dan meningkatkan pengurusan hutan menerusi penglibatan masyarakat, serta mengatasi cabaran yang …