Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Anggaplah setiap hari sebagai hari bumi

  • Tarikh Penerbitan | April 22, 2021
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Adaptasi, Air, Biodiversiti, Hidupan Liar, Mitigasi, Pembalakan, Pembangunan, Pemuliharaan, Penambakan, Penukaran Hutan
  • Penanda | Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Covid-19, Hari Bumi, Majelis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia, Pelan Penyesuaian Kebangsaan
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Hari ini 22 April kita menyambut Hari Bumi di mana ia merupakan hari untuk memperingati Bumi dan bagaimana kita memperlakukannya selama ini. Cuma sehari dalam setahun sememangnya tidak memadai untuk mengingati Bumi jika kita benar-benar ingin menyelamatkannya. Kita mesti mengingatinya setiap hari, dengan mengutamakan kepentingan alam sekitar dan ekologi ketika membuat sesuatu keputusan, jika kita mahu mengelak malapetaka di masa depan yang mengakibatkan bencana ekonomi.

corona, coronavirus, virus

Sekali lagi Hari Bumi disambut ketika kita dilanda pandemik Covid-19. Negara-negara dunia terus bergelut antara membendung pandemik dan mengurus pemulihan ekonomi negara masing-masing. Pertimbangan sewajarnya mengenai alam sekitar dan ekologi masih terkebelakang.

Virus corona itu sendiri dipercayai muncul dari pengurusan alam sekitar yang tidak betul, iaitu melalui perdagangan, pengambilan dan pemakanan hidupan liar oleh manusia sendiri. Laporan utama dan penting dari PBB telah memberi amaran mengenai kemunculan atau kemunculan semula penyakit berjangkit berikutan peningkatan kegiatan pencerobohan ke atas alam sekitar seperti pembersihan tanah dan pemecahan habitat serta pengurangan dalam biodiversiti.

Model ekonomi dan pembangunan semasa langsung tidak mampan, dengan kesan negatif bukan sahaja ke atas kualiti hidup kita tetapi turut mengancam kesinambungan kehidupan kita di atas muka bumi.

climate change, global warming, environment

Hakikatnya, laporan yang baharu dikeluarkan oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia mengenai ‘Keadaan Iklim Dunia’menunjukkan purata suhu dunia pada 2020 adalah sekitar 1.2°C melebihi paras pra-industri, yang ‘amat hampir’ dengan had 1.5°C yang disarankan oleh saintis untuk membendung kesan paling buruk perubahan iklim.

Model pembangunan utama kita memberikan penekanan kepada ekonomi dan kegiatan komersial, sementara masalah kesihatan dan alam sekitar dilihat sebagai kesan sampingan yang boleh diatasi dengan mudah apabila ia berlaku. Namun perkara ini tidak semestinya berlaku  memandangkan apa yang dikatakan ‘kesan sampingan’ ini sudah pasti akan menenggelamkan objektif ‘aliran utama’ pertumbuhan ekonomi jika kita tidak memandangnya dengan lebih serius. 

Krisis kesihatan Covid-19 sudahpun menenggelamkan objektif aliran utama pertumbuhan ekonomi. Begitu juga krisis air dan kejadian buruk banjir yang berlaku kebelakangan ini jelas menunjukkan bagaimana bencana alam boleh membantutkan kegiatan ekonomi jika kita terus gagal menanganinya dengan segera dan secara serius.

Krisis air dan banjir cuma sebahagian kecil kes yang ada. Kita berdepan dengan masalah perubahan iklim dan kesan buruknya yang akan menimbulkan malapetaka kepada kehidupan manusia dan ekonomi. Ianya tidak cukup disedari bahawa alam sekitar dan sumber-sumber semula jadi menjadi tunjang ekonomi, dan menjadi ukuran berapa banyak pertumbuhan ekonomi yang mampu dikekalkan.

Sekali lagi kami menggesa ke arah komitmen transformatif dan anjakan paradigma dalam cara kita menghasilkan dan menggunakan sesuatu. Memikirkan semula dan mengubah corak pemikiran secara mendalam amat diperlukan sekarang.

Kita tidak boleh terus mempromosikan projek-projek ‘perniagaan seperti biasa’ yang tidak lestari seperti projek tambakan mega di seluruh negara, yang bukan sahaja menelan kos yang tinggi malah memusnahkan sumber perikanan yang amat berharga dan biodiversiti marin yang sukar dipulihkan. Projek perlombongan pasir dan kesan kegiatan tersebut kepada alam sekitar tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia menyebabkan kerosakan selamanya ekosistem yang sukar diganti.

Pendekatan ‘perniagaan seperti biasa’ perlu diubah. Beberapa aspek penting yang perlu diberi keutamaan adalah seperti berikut:

Pertama, kita mesti memandang serius masalah perubahan iklim dan memastikan kesungguhan dan tindakan yang lebih besar berhubung mitigasi, adaptasi dan usaha menangani kehilangan dan kerosakan. Kami mengalu-alukan inisiatif terbaharu kerajaan untuk meningkatkan tindakan berhubung perubahan iklim termasuk melalui pembentukan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia, dan juga dalam menerapkan undang-undang mengenai iklim dan Plan Adaptasi Negara. Kesemua inisiatif positif ini perlu dilaksanakan dengan segera dan perubahan iklim diserapkan ke dalam aliran utama di semua peringkat kerajaan, dari persekutuan, negeri hingga ke peringkat tempatan, termasuk dalam sistem pendidikan kita.

Kedua, kita perlu tangani segera isu-isu berkaitan pemuliharaan hutan dan tanah, pengurusan sungai, pencegahan dan mitigasi banjir, dan memastikan bekalan air mencukupi secara bersepadu. Hutan dan pokok menjadi tunjang ekologi, bekalan air dan pengurusan dan biodiversiti.  Penebangan hutan, terutama di kawasan bukit, sama ada untuk tujuan pembalakan, perladangan mahupun projek komersial, mesti dihentikan atau dikurangkan secara drastik  kerana ia sudah lama berlaku. Langkah-langkah terbaharu kerajaan persekutuan untuk menyalurkan dana bagi usaha perlindungan, pemuliharaan dan pemulihan kepada negeri-negeri dialu-alukan. Tetapi usaha-usaha ini perlu disegerakan. SAM bagaimanapun amat bimbang mengenai promosi projek mengimbangi karbon yang terlibat dalam usaha pemuliharaan hutan, menerusi penglibatan kepentingan korporat. Pengalaman negara luar menunjukkan kesan buruknya terhadap penduduk, khususnya komuniti tempatan dan orang asal. Kita mesti belajar daripada pengalaman seumpamanya dan berusaha mengelaknya. 

Keutamaan ketiga ialah berhubung kawalan ke atas isu pencemaran dan produk toksik, bahan kimia dan sisa buangan. Kita telah berdepan dengan beberapa kes pencemaran air dan udara yang serius. Pencemaran Sungai Kim Kim dangangguan bekalan air di Lembah Kelang menjadi peringatan buruk mengenai kesan toksin dalam alam sekitar terhadap kesihatan penduduk. Sementara usaha terbaharu yang diambil oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air dialu-alukan, termasuk mendapatkan kerjasama pihak polis dan tentera dalam mempertingkatkan penguatkuasaan, masih banyak langkah yang perlu diambil dalam usaha mencegah pencemaran, terutamanya yang membabitkan sumber air kita.

Kini sudah tiba masanya dibentuk satu badan berkuasa persekutuan yang bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen dengan memberi tumpuan kepada sungai di negara ini, termasuk memastikan kawasan tadahan air dan sungai yang terdapat di negeri-negeri dilindungi dengan sempurna dan sumber air diuruskan dengan baik.

Sementara Akta Kualiti Alam Sekitar kini sedang disemak dan diperbaiki, kita sememangnya memerlukan Akta Perlindungan Alam Sekitar yang lebih baik, yang menangani soal kelemahan undang-undang sebelumnya, termasuk berhubung peraturan mengenai penilaian kesan terhadap alam sekeliling.

ingots, mining, copper

Keempat, baru-baru ini terdapat desakan agar dikembalikan industri perlombongan di negara ini, termasuk mengekstrak nadir bumi, dengan usaha ke arah membentuk plan negara untuk menukar industri perlombongan. Sungguhpun kerajaan persekutuan memberi jaminan bahawa kegiatan perlombongan tidak akan dijalankan di kawasan alam sekitar yang mudah terjejas, apa yang membimbangkan kami ialah ada kemungkinan di kawasan inilah sumber-sumber seumpamanya wujud, berdasarkan sejarah perlombongan dan pengekstrakan masa lalu di negara ini. Tanggapan mengenai perlombongan yang “mampan” adalah suatu oksimoron. Mengendalikan bahan toksik, berbahaya dan sisa radioaktif untuk generasi yang akan datang tidak seharusnya menjadi halatuju kita. 

Sekali lagi akan muncul persaingan di antara kepentingan ekonomi dan alam sekitar, di mana alam sekitar biasanya akan dikorbankan demi memberi laluan kepada keuntungan untuk industri.

Kita tidak boleh terus  melakukan pengorbanan sebegini. Sudah tiba masanya kita menyedari kita sudah sampai ke tahap apa yang boleh diterima oleh Bumi, dan jika kita terus tidak mempedulikan tanda amaran dan batasan ini, kita akan berdepan dengan bencana alam yang akan membebankan  manusia dan ekonomi.

Meenakshi Raman
Presiden 
 

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang apabila mengetahui pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa projek kereta kabel ke Bukit Bendera (Penang Hill) telah

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Ini adalah satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh beberapa NGO yang membantah aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Memandangkan krisis iklim dan biodiversiti semakin meningkat, kredit kepada syarikat komoditi yang berisiko kepada hutan meningkat 60 peratus antara 2020 dan 2021 Laporan terbaharu, yang dikeluarkan hari

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
cable car, isolated, winter-3989542.jpg

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

  • Tarikh Penerbitan | Disember 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pemuliharaan, Perancangan Bandar
Selanjutnya

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | November 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Hidupan Liar, Pemuliharaan, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 19, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Kewangan & Pelaburan Membabitkan Hutan, Penebangan hutan
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia