Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Awas! Kitar semula sisa plastik toksik!

  • Tarikh Penerbitan | September 23, 2022
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Sisa
  • Penanda | kitar semula
PDF

Kitar semula bahan kimia berbahaya dalam plastik boleh mengancam kesihatan manusia dan meracuni ekonomi pekeliling. Kajian yang dijalankan oleh International Pollutants Elimination Network (IPEN) mendapati bahawa bahan kimia toksik daripada plastik tidak dikeluarkan semasa proses kitar semula tetapi dibawa ke produk plastik kitar semula yang baharu. Walaupun peningkatan dalam kitar semula plastik dilihat sebagai penyelesaian kepada masalah pencemaran plastik, namun plastik yang mengandungi bahan kimia toksik tidak boleh sama sekali dikitar semula sebaliknya dianggap sebagai bahan bukan pekeliling.

Kredit Foto: © Persatuan Pengguna Pulau Pinang diadaptasi daripada IPEN

Bahan kimia toksik seperti kalis api berbromin (brominated flame retardants – BFRs) telah ditemui dalam produk plastik kitar semula dari China, Indonesia dan Rusia. BFR ialah bahan kimia yang ditambah pada produk untuk mengelakkan produk tersebut daripada terbakar. Kesemua 73 sampel produk plastik seperti mainan, aksesori rambut, bekalan pejabat dan peralatan dapur yang dianalisis oleh IPEN mengandungi BFR. Kehadiran BFR dalam produk boleh menyebabkan kemudaratan kepada manusia dan alam sekitar.

Bahan perfluoroalkyl dan polyfluoroalkyl (PFAS) yang juga dikenali sebagai ‘bahan kimia kekal’ telah ditemui dalam pakaian ketiga-tiga negara ini dalam analisis oleh IPEN. Bahan kimia PFAS telah digunakan secara meluas untuk membuat pakaian luar kalis air. Kehadiran bahan kimia PFAS dalam produk pengguna boleh menyebabkan pendedahan semasa pengeluaran dan pelupusan. Kebanyakan sisa tekstil berakhir di tapak pelupusan atau dibakar. Pembakaran bukan sahaja melepaskan bahan pencemar yang lain, tetapi ia juga boleh membawa kepada pelepasan PFAS dan gas rumah hijau terfluorinasi. Percaya atau tidak, kita semua terdedah kepada PFAS kerana kajian terbaru menunjukkan bahawa PFAS telah dikesan dalam udara, tanah, air, dan juga sumber air minuman.

Satu lagi bahan kimia toksik ialah Bisphenol A (BPA), suatu bahan kimia sintetik yang digunakan secara meluas dalam plastik polikarbonat dan resin epoksi. Beberapa negara, termasuk Malaysia, negara anggota EU, China, dan Indonesia telah mengehadkan penggunaan BPA dalam botol bayi. Bagaimanapun, dalam kajian yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dengan kerjasama IPEN, BPA telah dikesan dalam kesemua 9 sampel botol polikarbonat Malaysia yang diuji termasuk botol bayi yang diimport.

Pendedahan kepada BPA yang merupakan bahan kimia yang mengganggu endokrin dikaitkan dengan beberapa kesan buruk kesihatan termasuk kanser, gangguan kesuburan, dan disfungsi seksual pada lelaki dan wanita, serta diabetes. Tahap BPA kanak-kanak adalah lebih tinggi daripada orang dewasa kerana bayi terdedah kepada BPA melalui minuman dan makanan yang terlarut daripada botol dan bekas lain. 

Kajian oleh CAP dan IPEN ke atas pelet plastik kitar semula, menunjukkan bahawa pelet mengandungi tiga kumpulan bahan kimia berbahaya, iaitu penstabil UV benzotriazole (BUV), kalis api bromin dan bisphenol A.

Penstabil UV Benzotriazole (BUV) digunakan secara meluas dalam plastik, salutan dan kosmetik kerana ia boleh menghalang degradasi daripada pendedahan cahaya matahari. Sesetengah BUV boleh bioakumulasi dan juga berterusan dalam persekitaran. Di samping itu, beberapa BUV boleh menjejaskan kesihatan manusia; contohnya, gangguan endokrin. BUV dikenali sebagai bahan kimia yang mengganggu endokrin.

Beberapa pelet yang dianalisis dalam kajian itu mengandungi UV-327, yang diklasifikasikan sebagai Bahan Kebimbangan Sangat Tinggi di EU. Keizinan khusus diperlukan sebelum penggunaan UV-327. Bahan tersebut boleh menyebabkan kerosakan organ, boleh membahayakan hidupan akuatik dengan kesan berpanjangan, kerengsaan mata yang serius, boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan kerengsaan pernafasan.

(CAP: Toxic Chemicals Found in Plastic Pellets Used for Recycled Plastics – Consumers Association Penang, 2022)

Menurut Penasihat Sains IPEN, Dr Sara Brosché, pelet dari Malaysia tidak sesuai digunakan dalam produk baharu, khususnya produk yang mendedahkan kanak-kanak kepada bahan kimia toksik. Oleh itu, kita tidak boleh mengitar semula bahan plastik yang mengandungi bahan kimia toksik. Selain itu, pengilang harus menghapuskan bahan kimia toksik yang digunakan dalam plastik secara berperingkat dan mendedahkan sebarang kandungan toksik kepada pengguna hiliran, pengguna, operator kitar semula dan kakitangan pengurusan sisa.

Pengeksportan sisa plastik dan plastik yang mengandungi bahan kimia toksik perlu dilarang, terutamanya sisa elektronik. Akhir sekali, kerajaan juga harus memainkan peranan dengan tidak menggalakkan perniagaan kitar semula plastik toksik kerana ia boleh memusnahkan alam sekitar dan membahayakan kesihatan pekerja dan pengguna.


Rujukan:

[1] Consumers Association of Penang. (2022). CAP: Toxic chemicals found in plastic pellets used for recycled plastics  https://consumer.org.my/cap-toxic-chemicals-found-in-plastic-pellets-used-for-recycled-plastics/

[2] IPEN (2022). Plastic Poisons the Circular Economy |https://ipen.org/news/plastic-poisons-circular-economy

[3] IPEN (2022). Brominated Flame Retardants in Plastic Products from China, Indonesia, and Russia  https://ipen.org/documents/brominated-flame-retardants-plastic-products-china-indonesia-and-russia

[4] IPEN (2022). PFAS in clothing study in Indonesia, China, and Russia shows barriers for non-toxic circular economy. https://ipen.org/sites/default/files/documents/ipen-pfas-2021-v1_6w.pdf

[5]  IPEN (2021)Widespread chemical contamination of recycled plastic pellets globally . https://ipen.org/documents/widespread-chemical-contamination-recycled-plastic-pellets-globally

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Lanjutan Lesen Operasi Lynas: SAM kecewa dengan keputusan kerajaan

Sahabat Alam Malaysia amat kecewa dengan keputusan terkini kerajaan MADANI  berhubung pelanjutan syarat lesen operasi Lynas sehingga Mac 2026.   Kami keliru dengan pusingan U yang dibuat

Selanjutnya »
Oktober 24, 2023
Perubahan Iklim

Tenaga Nuklear Tidak Sepatutnya Dikekalkan Sebagai Pilihan di Malaysia!

Kami merujuk kepada ulasan yang dibuat oleh Menteri Sumber Asli, Tenaga dan Perubahan Iklim, YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam temu bual media “No Passion

Selanjutnya »
Oktober 20, 2023
pxclimateaction, nuclear waste, nuclear power plant
Perubahan Iklim

Perlu: Reformasi sebenar dalam sektor tenaga, dan jangan ikuti laluan tenaga nuklear 

Kenyataan bersama Sahabat Alam Malaysia dan Greenpeace Malaysia mengenai “International Nuclear Science, Technology and Engineering Conference (iNuSTEC2023) dan “Nuclear Youth Competition 2023 (NYC 2023)” Baru-baru

Selanjutnya »
Oktober 6, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar kerajaan persekutuan dan negeri melarang perlombongan termasuk unsur nadir bumi (REE) di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) seperti di hutan simpanan kekal.

Selanjutnya »
September 12, 2023

Lanjutan Lesen Operasi Lynas: SAM kecewa dengan keputusan kerajaan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 24, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Tenaga Nuklear Tidak Sepatutnya Dikekalkan Sebagai Pilihan di Malaysia!

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 20, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Mitigasi, Nuklear, Pencemaran, Perjanjian Antarabangsa, Sisa, Tenaga
Selanjutnya
pxclimateaction, nuclear waste, nuclear power plant

Perlu: Reformasi sebenar dalam sektor tenaga, dan jangan ikuti laluan tenaga nuklear 

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 6, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Nuklear, Pencemaran, Tenaga
Selanjutnya

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

  • Tarikh Penerbitan | September 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Lanjutan Lesen Operasi Lynas: SAM kecewa dengan keputusan kerajaan

Selanjutnya »
Oktober 24, 2023
Perubahan Iklim

Tenaga Nuklear Tidak Sepatutnya Dikekalkan Sebagai Pilihan di Malaysia!

Selanjutnya »
Oktober 20, 2023
pxclimateaction, nuclear waste, nuclear power plant
Perubahan Iklim

Perlu: Reformasi sebenar dalam sektor tenaga, dan jangan ikuti laluan tenaga nuklear 

Selanjutnya »
Oktober 6, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Selanjutnya »
September 12, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 756 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia