Ketika membeli-belah biasanya kita akan melihat ramuan pada makanan yang kita akan beli untuk mengelakkan ramuan bahaya, contohnya, alahan. Tetapi pernahkah anda terfikir ramuan yang menjadikan plastik? Kehadiran plastik dalam makanan ditemui dalam banyak kajian dan juga merisaukan ialah ianya dalam alam lautan dan makanan laut. Memandangkan ekosistem kita saling berkaitan, plastik kemungkinan mencemarkan seluruh rantaian makanan.
Plastik tidak hanya terdiri daripada polimer. Ia juga terdiri daripada bahan tambahan yang menguatkan atau memberikan sifat kepada plastik, secara fizikal dan kimia. Sesetengah bahan tambahan ini amat toksik. [1] Bahan tambahan yang amat membimbangkan dalam pembungkusan makanan dan bukan makanan ini dikenal pasti oleh Forum Pembungkusan Makanan (FPF) adalah logam berbahaya (diharamkan di Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) untuk pembungkusan), bisphenol, ftalat dan bahan kimia PFAS.[2]
Kajian menunjukkan bahawa bahan penambah plastik mungkin melarut resap dan berpindah ke dalam makanan memandangkan ia tidak terikat secara kimia kepada kandungan polimer plastik. Bahan penambah ini mempunyai kesan yang boleh menjejaskan kesihatan memandangkan sesetengahnya adalah karsinogenik, neurogenik dan pengganggu endokrin yang membawa kepada penyakit kronik, kanser, neurotoksik, necrosis, toksik kepada sistem pembiakan dan lain-lain. Ia juga berterusan kekal dalam alam sekitar dan boleh berkumpul dalam rantaian makanan.[3]
Selain daripada bahan penambah plastik, kemerosotan plastik kepada plastik mikro dan nano boleh mendedahkan ancaman kesihatan kepada manusia. Saintis menyatakan kemungkinan penghadaman dan penyedutan plastik boleh menyebabkan radang (dikaitkan dengan kanser), penyakit jantung, penyakit radang usus, reumatoid, artritis, ketoksikan sel dan lain-lain.
Perlu diingatkan bahawa kesan kesihatan yang dipertimbangkan di sini adalah hanya daripada penggunaan plastik. Kesan plastik kepada kesihatan perlu dipertimbangkan daripada seluruh kitaran hayatnya, daripada pengeluaran minyak sehingga ke akhir hayatnya. Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, tiada senarai ramuan pada plastik bagi pengguna untuk was-was akan potensi kesannya kepada kesihatan. Dengan demikian ini mungkin menyebabkan pengguna membeli produk plastik tanpa mengetahui kesan negatif kepada kesihatan mereka. Awas dan elakkan daripada menggunakan plastik.
#breakfreefromplastic
Pelajarilah dengan lebih lanjut mengenai plastik dan kesihatan daripada terbitan berjudul “Plastic and Health: The Hidden Costs of a Plastic Planet” di www.ciel.org/plasticandhealth
[1] Alibi OA, Ologbonjaye Kl, Awosolu O, Alalade OE (2019)
Public and Environmental Health Effects of Plastic Wastes Disposal: A Review. J Toxicol Risk Assess 5:021. doi.org/10.23937/2572-4061.1510021
[2] Azoulay, D., Villa, P., Arellano, Y., Gordon, M., Moon, D., Miller, K., & Thompson, K. (2019). Plastic & Health: The Hidden Costs of A Plastic Planet. www.ciel.org/plasticandhealth
[3] Rustagi, N., Pradhan, S. K., & Singh, R. (2011). Public health impact of plastics: An overview. Indian Journal of Occupational and Environmental Medicine, 15(3). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3299092/