Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Infografik 16 halaman di bawah menggambarkan bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada kita semua. Penggunaan berlebihan / pengeluaran berlebihan plastik menyebabkan peningkatan pengeluaran bahan buangan. 

Realitinya kebanyakan sisa ini tidak diproses secara bertanggungjawab. Sesetengah negara mengeksport sisa plastik yang seharusnya dikitar semula di kemudahan mereka sendiri ke negara lain seperti negara kita tanpa peduli kesan terhadap keupayaan, alam sekitar dan kesihatan negara penerima. 

Malaysia mengimport 510,897 tan sisa plastik pada 2021 [1]. Data mengenai pengeksport utama ke Malaysia dan jenis sisa plastik yang mereka eksport boleh diakses melalui pautan ke laman web Basel Action Network [2] di bawah. Laporan ini berdasarkan perdagangan global rasmi dan data kerajaan Malaysia.

Lambakan haram, amalan yang boleh dipersoalkan oleh beberapa pengendali tempatan dan bahaya seterusnya kepada persekitaran tempatan dan kesihatan awam kita kekal penting dalam isu perdagangan sisa.

Saksikan video pendek bagaimana impot sisa boleh memberi kesan kepada masyarakat di Malaysia dan tindakan-tindakan yang boleh ambil

Berikut adalah beberapa cadangan tindakan untuk menghentikan pengimpotan sisa ke dalam Malaysia  

  • Ambil gambar/video lambakan yang tidak bertanggungjwab; pencemaran tanah, air dan udara sisa tersebut, dan serahkan terus ke laman web Jabatan Alam Sekitar, e-Aduan. https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php?lang=EN
  • Menggesa majlis tempatan/PBT anda untuk membuat susulan terhadap laporan/aduan pencemaran tersebut.
  • Gesa Ahli Parlimen tempatan anda menyokong larangan kerajaan untuk semua eksport sisa plastik ke Malaysia.
  • Menyeru kerajaan Malaysia untuk menyokong seruan global untuk mengurangkan pengeluaran/penggunaan plastik.
  • Sokong petisyen global untuk #StopShippingPlasticWaste untuk menuntut syarikat perkapalan global menghentikan pengangkutan sisa plastik ke negara kurang membangun seperti Malaysia. https://www.bataris.org.ph/petitions/stopshippingplasticwaste

Marilah kita bersama-sama menghentikan pengimpotan sisa ke dalam Malaysia!


Untuk rujukan lanjut:

1. Environmental Investigation Agency. (2023, January 16). Plastic Waste Power Play. Environmental Investigation Agency. Retrieved on 13 Feb 2023, from https://eia-international.org/wp-content/uploads/EIA_UK_Plastic_Waste_Trade_Report_0123_FINAL_SINGLES.pdf

2. Basel Action Network. Malaysia Import Data. Retrieved on 13 Feb 2023, from https://www.ban.org/plastic-waste-project-hub/trade-data/malaysia-import-data


Untuk bacaan lebih lanjut:

1. Katz, Cheryl. (2019, March 7). Yale Environment 360. Piling Up: How China’s Ban on Importing Waste Has Stalled Global Recycling. Yale School of the Environment. Retrieved on 13 February 2023, from https://e360.yale.edu/features/piling-up-how-chinas-ban-on-importing-waste-has-stalled-global-recycling

2. Fathil, Sheeda. (2022, December 3). Selangor denies approval for plastic waste processing factories, premises to prevent pollution. Selangor Journal. Retrieved on 13 Feb 2023, from https://selangorjournal.my/2022/12/selangor-denies-approval-for-plastic-waste-processing-factories-premises-to-prevent-pollution-exco/

Terkini

Testimoni

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.