Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | November 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Hidupan Liar, Pemuliharaan, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
  • Penanda | hutan simpan kekal, kawasan sensitif alam sekitar, Kedah, Perak
PDF
Mining in Kenering | File Picture | Image Credit: TF

Ini adalah satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh beberapa NGO yang membantah aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), menggesa semua Pihak Berkuasa Negeri terutamanya di negeri-negeri Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang di mana perlombongan dilaporkan berlaku supaya mengelak sebarang aktiviti perlombongan di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan kawasan sensitif alam sekitar (KSAS).

Semua Pihak Berkuasa Negeri juga digesa supaya mempertimbangkan semula dan membatalkan kelulusan operasi perlombongan di kawasan-kawasan tersebut.

Gesaan dan pertimbangan tersebut adalah selari dengan ketetapan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-70 pada 18 November 2014 yang telah memutuskan supaya semua negeri mengambil inisiatif untuk mengawal atau sebolehnya mengelakkan sebarang kelulusan aktiviti perlombongan dan pengkuarian di kawasan HSK dan KSAS.

Kewajaran MTN melaksana ketetapan tersebut kerana aktiviti perlombongan dan pengkuarian di kawasan HSK secara langsung akan memberi kesan kepada pencapaian pengurusan hutan secara berkekalan yang menjadi teras dalam pengurusan hutan negara.

Sebagai contoh, lokasi cadangan perlombongan unsur nadir bumi (REE) di negeri Kedah adalah di kawasan Hutan Simpan Bukit Enggang (HS Bukit Enggang) manakala di negeri Perak pula terletak di dalam sebahagian Koridor Rangkaian Ekologi ‘Central Forest Spine’ 1 – Primary Linkage 8: Hutan Simpan Kenderong – HS Bintang Hijau, Daerah Hulu Perak (Koridor Rangkaian Ekologi CFS 1 – PL 8: HS Kenderong – HS Bintang Hijau).

Berdasarkan Seksyen 2, Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313), sumber mineral berasaskan nadir bumi tidak ditakrifkan sebagai hasil hutan, oleh itu ianya tidak boleh dikeluarkan dari kawasan HSK.

Apabila timbul isu kecurian REE di HS Bukit Enggang, penjelasan YAB Menteri Besar Kedah semasa Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini dilihat tidak menunjukkan kesungguhan hendak menangani isu tersebut.

Mengapa Pihak Berkuasa Negeri tidak mempersoal kepada dua agensi berkaitan iaitu Jabatan Perhutanan Negeri (agensi yang mengurus dan mempunyai bidang kuasa terhadap HSK) dan Menteri Besar Inc (anak syarikat Kerajaan Negeri yang diberi Permit Penggunaan bagi menjalankan aktiviti dalam HS Bukit Enggang)?

Adalah mustahil kedua-dua agensi tersebut langsung tidak mengetahui apa yang berlaku sedangkan ianya merupakan kawasan larangan bagi yang tidak berkenaan. Perkara ini diketahui umum hanya selepas pihak media mendedahkan isu kecurian REE di HS Bukit Enggang.

Penduduk kampung berhampiran juga memaklumkan, aktiviti kecurian REE di HS Bukit Enggang menyebabkan sumber air mereka tercemar kerana majoriti penduduk masih menggunakan sumber air dari hutan simpan tersebut yang telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Perhutanan.

Kenyataan YAB Menteri Besar Kedah juga mengelirukan apabila menyatakan MB Inc mengesahkan bahawa sumber air dari kawasan kecurian REE tidak tercemar  sedangkan agensi tersebut bukanlah agensi yang berautoriti dan berkelayakan mengesahkan sama ada sumber air tercemar atau sebaliknya.

Dalam isu perlombongan di Mukim Kenering, Perak, berdasarkan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) Cadangan Perlombongan Unsur Nadir Bumi di Perak pula adalah dikategori sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 (KSAS Tahap 1) dan Koridor Rangkaian Ekologi yang telah dikenal pasti untuk pemuliharaan dan perlindungan.

Malah, berdasarkan Rancangan Fizikal Negara (RFN), langkah pengurusan di KSAS Tahap 1 ialah tiada kegiatan pembangunan, pertanian dan pembalakan dibenarkan kecuali bagi tujuan pelancongan eko berimpak rendah, kegiatan penyelidikan dan pendidikan sahaja.

Kandungan Laporan EIA Cadangan Perlombongan Unsur Nadir Bumi di negeri Perak tersebut jelas menyatakan kerja-kerja tanah projek akan memberi impak sama ada secara langsung mahupun tidak langsung kepada kemusnahan habitat hidupan liar termasuk hidupan akuatik dan potensi kehilangan spesies hidupan liar.

Ini ditambah pula jumlah tempoh kerja-kerja melombong dijangka agak lama iaitu selama 12 tahun manakala tempoh kelulusan lesen melombong pula adalah terlalu lama iaitu sehingga 30 tahun.

Tempoh jangkaan melombong dan tempoh kelulusan melombong yang terlalu panjang, secara tidak langsung akan menyebabkan kemusnahan habitat yang boleh memberi impak penghapusan hidupan liar di kawasan tersebut.

Persoalan juga timbul bagaimana operasi perlombongan boleh dijalankan sebelum mendapat kelulusan Laporan EIA kerana berdasarkan semakan ‘google map’ dan gambar drone didapati telah ada kerja-kerja tanah dan struktur loji hidrometalurgi di lokasi cadangan projek.

Oleh itu, kami menggesa semua Pihak Berkuasa Negeri akan mengambil tindakan menghenti dan tidak membenarkan lagi sebarang kegiatan yang berisiko impak seperti aktiviti perlombongan di kawasan HSK dan kawasan sensitif alam sekitar.  Kerajaan tidak harus mengutamakan keuntungan dan tidak mengendahkan kesihatan dan kesejahteraan manusia serta alam sekitar. Ekosistem sensitif mesti dilindungi dan tidak dirakus.

Mohideen Abdul Kader
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Kenyataan ini disokong oleh

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)
Persatuan Penggerak Bumi Hijau Malaysia (Bumi Hijau)
Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS)
Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA Malaysia)
Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (SUSDEN Malaysia)
Sahabat Alam Sik (SAS)
Sahabat Alam Malaysia (SAM)
Parti Sosialis Malaysia (PSM)

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Lanjutan Lesen Operasi Lynas: SAM kecewa dengan keputusan kerajaan

Sahabat Alam Malaysia amat kecewa dengan keputusan terkini kerajaan MADANI  berhubung pelanjutan syarat lesen operasi Lynas sehingga Mac 2026.   Kami keliru dengan pusingan U yang dibuat

Selanjutnya »
Oktober 24, 2023
Perubahan Iklim

Tenaga Nuklear Tidak Sepatutnya Dikekalkan Sebagai Pilihan di Malaysia!

Kami merujuk kepada ulasan yang dibuat oleh Menteri Sumber Asli, Tenaga dan Perubahan Iklim, YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam temu bual media “No Passion

Selanjutnya »
Oktober 20, 2023
pxclimateaction, nuclear waste, nuclear power plant
Perubahan Iklim

Perlu: Reformasi sebenar dalam sektor tenaga, dan jangan ikuti laluan tenaga nuklear 

Kenyataan bersama Sahabat Alam Malaysia dan Greenpeace Malaysia mengenai “International Nuclear Science, Technology and Engineering Conference (iNuSTEC2023) dan “Nuclear Youth Competition 2023 (NYC 2023)” Baru-baru

Selanjutnya »
Oktober 6, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar kerajaan persekutuan dan negeri melarang perlombongan termasuk unsur nadir bumi (REE) di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) seperti di hutan simpanan kekal.

Selanjutnya »
September 12, 2023

Lanjutan Lesen Operasi Lynas: SAM kecewa dengan keputusan kerajaan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 24, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Tenaga Nuklear Tidak Sepatutnya Dikekalkan Sebagai Pilihan di Malaysia!

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 20, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Mitigasi, Nuklear, Pencemaran, Perjanjian Antarabangsa, Sisa, Tenaga
Selanjutnya
pxclimateaction, nuclear waste, nuclear power plant

Perlu: Reformasi sebenar dalam sektor tenaga, dan jangan ikuti laluan tenaga nuklear 

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 6, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Nuklear, Pencemaran, Tenaga
Selanjutnya

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

  • Tarikh Penerbitan | September 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Lanjutan Lesen Operasi Lynas: SAM kecewa dengan keputusan kerajaan

Selanjutnya »
Oktober 24, 2023
Perubahan Iklim

Tenaga Nuklear Tidak Sepatutnya Dikekalkan Sebagai Pilihan di Malaysia!

Selanjutnya »
Oktober 20, 2023
pxclimateaction, nuclear waste, nuclear power plant
Perubahan Iklim

Perlu: Reformasi sebenar dalam sektor tenaga, dan jangan ikuti laluan tenaga nuklear 

Selanjutnya »
Oktober 6, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Selanjutnya »
September 12, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 756 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia