Semasa pandemik COVID-19, penggunaan produk plastik telah meningkat dengan anggaran 1.6 juta tan/hari sisa plastik yang dihasilkan di seluruh dunia sejak wabak melanda dunia.[1] Di Malaysia, kebanyakan barangan sekali guna tidak dapat dikitar semula, seperti pelitup muka dan bekas makanan yang tercemar dengan kotoran.[2]
Kebimbangan mengenai peranan produk guna semula sebagai vektor bagi virus SARS-C0V-2 telah menyebabkan beberapa kedai di seluruh dunia menghentikan rancangan untuk menghentikan penggunaan barangan sekali guna dan dalam sesetengah kes menarik balik larangan pengunaan barangan guna semula.
Dakwaan yang dibuat berhubung “kebersihan” barangan sekali guna bagaimana pun dipertikaikan. Kajian menunjukkan virus mungkin kekal pada sesuatu permukaan bagi tempoh tertentu dan tidak berkecuali juga bagi plastik. SARS-CoV-2 kekal pada plastik sepertimana pada permukaan lain.[3]
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan bahawa tiada kemungkinan untuk berlaku jangkitan melalui makanan atau pembungkusan makanan, dan pada masa kini tiada bukti perkara ini berlaku. Perkara ini terpakai kepada pembungkusan sekali guna dan guna semula.[4]
Barangan guna semula selamat untuk digunakan apabila dicuci sempurna dengan sabun dan air. Tiada gantian bagi kebersihan sepenuhnya. Mengurangkan dan mencegah penjanaan sisa seharusnya menjadi keutamaan nombor satu bagi menangani sisa. Bertukarlah daripada barangan sekali guna. Kembali kepada menggunakan barangan yang boleh diguna semula dan diisi semula.
#WeChooseReusables #NoToSingleUse #breakfreefromplastic
[1] Benson, N. U., Bassey, D. E., & Palanisami, T. (2021). Heliyon COVID pollution: Impact of COVID-19 pandemic on global plastic waste footprint. Heliyon, 7 (January), e06343. https://doi.org/10.1016/j.heliyon.2021.e06343
[2] Covid-19 threatens to derail plastic reduction efforts. (2020). The Sun Daily. https://www.thesundaily.my/local/covid-19-threatens-to-derail-plastic-reduction-efforts-MC5499790
[3] Aerosol and Surface Stability of SARS-CoV-2 as Compared with SARS-CoV-1. (2020). The New England Journal of Medicine. N Engl J Med 2020: 382 1564-1567 https://www.nejm.org/doi/full/10.1056/nejmc2004973
[4] World Health Organisation & Food and Agriculture Organisations of the United Nations (2020). COVID-19 and food safety: guidance for food businesses: interim guidance, 07 April 2020. World Health Organisation. https://apps.who.int/iris/handle/10665/331705. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO