Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Batalkan projek tambak laut di Langkawi!

  • Tarikh Penerbitan | Januari 22, 2021
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan
  • Penanda | Kedah, Pulau Langkawi, Widad Business Group
PDF

Pada 31 Mei 2018, pemaju dari Sarawak, mendiang Ting Pek Khiing yang terkenal dengan projek Empangan Bakun mengumumkan beliau akan melancarkan projek pembangunan bernilai RM30 bilion yang akan dibina di atas tanah yang ditebus guna di bahagian barat pulau Langkawi. Dinamakan projek Langkawi New City, ia akan dimajukan di atas tanah tambak laut seluas 81 hektar. Hasrat projek yang dicadangkan itu adalah sebuah pembangunan mewah ala Dubai, dengan 30,000 unit kondominium mewah, pusat perdagangan, prasarana berlabuh untuk kapal laut dalam dan perahu layar, antara lain. Menurut laporan media yang memetik mendiang Ting berkata bahawa “Projek ini akan menjadi pembangunan terbesar di bahagian utara Semenanjung Malaysia”. Dalam laporan yang sama, Ting juga dilaporkan berkata penilaian kesan kepada alam sekeliling juga sudah pun dijalankan.

Namun, pada keesokan harinya, 1 Jun 2018, beberapa artikel berita melaporkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang baharu dipilih pada masa itu) tidak akan merasmikan pelancaran dan bekas Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Mukhriz Mahathir berkata bahawa kerajaan negeri belum menerima sebarang cadangan bagi projek dan tidak juga menerima sebarang deposit yang dibayar kepada negeri oleh mendiang Ting.

Nasib baik bagi semua apabila projek ini tidak berjalan selepas pengumuman besar tersebut.

Dua setengah tahun kemudian, kini kita mendengar bahawa kerajaan Kedah menandatangani perjanjian usaha sama dengan Widad Business Group Sdn. Bhd. (WBG) yang berpangkalan di Kuala Lumpur untuk menambak laut kawasan perairan Pulau Langkawi di mana 90% daripada jumlah 1,979 ekar akan menjadi pulau buatan. Ia adalah untuk pembangunan mewah termasuk hotel peranginan lima dan enam bintang, padang golf bersebelahan Kelab Kapal Layar Marina, kompleks membeli-belah, hospital, universiti dan rumah mewah. Projek ini akan mengambil masa 15 hingga 20 tahun untuk disiapkan.

Seperti juga apa yang pernah dicadangkan oleh mendiang Ting, projek ini juga akan didirikan di kawasan barat Langkawi, berhampiran dengan lapangan terbang Padang Mat Sirat; tetapi kelihatannya projek ini jauh lebih besar lagi, sembilan kali lebih luas, jika dibandingkan dengan cadangan asal, dan anggaran kosnya RM10 billion lebih tinggi. Menurut laporan media baru-baru ini yang memetik Menteri Besar Kedah YB Muhammad Sanusi Md Nor, WBG telah membayar “berjuta” (jumlah sebenar tidak didedahkan) sebagai yuran komitmen kepada negeri untuk memulakan projek ini.

Kami amat terkejut dengan pengumuman oleh kerajaan negeri Kedah yang mahu memulakan projek tambak laut berskala besar bila negeri tersebut masih lagi mempunyai tanah yang luas. Idea yang sama untuk projek seperti ini sudah pun ditangguhkan pada 2018 oleh kerajaan negeri sebelum ini sebaik sahaja ia dilancarkan oleh Ting. Kenapa mengambil jalan yang sama lagi?

Ini adalah sebuah projek besar yang mempunyai banyak implikasi kewangan, yang perlu dipertimbangkan secara mendalam oleh pihak kerajaan, terutama sekali tatkala sebuah pandemik melanda, apabila ekonomi negara dan dunia merudum dan industri pelancongan akan mengalami kerugian buat masa beberapa tahun lagi. Kenapakah kita perlu membangunkan sebuah taman untuk golongan yang kaya raya apabila sumber kewangan yang terhad yang kita miliki patut digunakan untuk memenuhi keperluan pembangunan lestari untuk rakyat?

Apa yang diperlukan sekarang bukanlah pembangunan mewah besar-besaran yang hanya akan memanfaat dan menguntungkan segolongan kecil, orang tertentu sahaja. Kelihatannya, bagaimana projek ini boleh menyebabkan kesan buruk ke atas alam sekitar, memusnahkan keindahan Langkawi dan menjejaskan kepentingan dan kebajikan jangka panjang rakyat biasa seperti komuniti nelayan, telah tidak dipertimbangkan sedalam-dalamnya.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) akan terus mengkritik kerajaan negeri kerana mencadangkan projek yang menjejaskan seperti meneroka elemen nadir bumi, pembalakan berskala besar dan kini tambak laut.

Kami tidak menafikan bahawa pelaburan amat penting bagi negeri tetapi ia mestilah pelaburan yang baik bagi projek berguna dari segi sosial, bermanfaat untuk semua, terutama sekali bagi golongan miskin dan tidak memusnahkan alam sekitar.

Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah (barisan depan: ke-4 dari kanan), berdiri bersama nelayan pantai membantah Projek Tambak Laut Selatan Pulau Pinang di Sungai Batu, Pulau Pinang, sebelum beliau menjadi Menteri Besar Kedah | SAM Fail 06 Februari 2016

Tidak lama dahulu Menteri Besar Kedah telah berdiri bersama nelayan Pulau Pinang dan membantah Projek Tambak Laut Selatan Pulau Pinang yang melibatkan penambakan laut besar-besaran seluas 4,500 ekar di kawasan alam sekitar yang sensitif.  

Sudah tentu, apa yang tidak baik untuk Pulau Pinang juga tidak baik untuk Kedah. Kami berharap beliau tidak lupa akan perkara ini dan merayu kepadanya agar mengkaji semula dan membatalkan usaha sama yang tidak waras ini.

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar kerajaan persekutuan dan negeri melarang perlombongan termasuk unsur nadir bumi (REE) di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) seperti di hutan simpanan kekal.

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan pelancaran Fasa 2 Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos 2023 yang lalu. Kami

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) merayu kepada kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya tidak meneruskan Projek Penambakan Laut di Selatan Pulau Pinang (Penang South Reclamation – PSR).

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Konvensyen Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (UPOV) menafikan hak petani, menggalakkan biopirasi dan mengancam agrobodiversiti. SAM menyokong sepenuhnya kenyataan di bawah yang dikeluarkan

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

  • Tarikh Penerbitan | September 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

  • Tarikh Penerbitan | September 4, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Mitigasi, Tenaga
Selanjutnya

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

  • Tarikh Penerbitan | September 1, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Ekosistem Persisiran Pantai, Kedaulatan Makanan, Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perikanan
Selanjutnya

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

  • Tarikh Penerbitan | Julai 20, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pertanian
  • Jenis Isu | Agroekologi, Benih, Biodiversiti, Kedaulatan Makanan, Perdagangan & Pelaburan, Pertanian
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 756 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia