Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Bioplastik adalah penyelesaian palsu

  • Tarikh Penerbitan | Ogos 30, 2021
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
  • Penanda | bioplastik, gas rumah hijau, GHG, kitar semula, plastik sekali guna
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Adakah anda sedar tentang Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna (SUPs)? Malaysia merancang untuk fasa keluar plastik sekali guna menjelang tahun 2030 dan salah satu intervensi yang dicadangkan adalah untuk menggantikan SUP konvensional dengan alternatif lain yang lebih mesra alam. Tetapi apakah alternatif yang mesra alam ini? Dan adakah mereka sebenarnya “eko”? Dalam pelan hala tuju tersebut, Malaysia seolah-olah cenderung ke arah penggunaan bioplastik sebagai alternatif kepada plastik[1].

Antara istilah yang sering dikaitkan dengan bioplastik ialah ‘terbiodegradasi’ atau “biodegradable” dan ‘boleh dikompos’ atau “compostable”. Sebahagian konteks ini benar kerana ia terurai dalam persekitaran yang terkawal dengan suhu tinggi dan oksigen yang mencukupi serta tidak boleh dikompos di rumah[2]. Produk-produk sebegini akan kekal dalam persekitaran semula jadi sama seperti plastik biasa. Sekiranya bioplastik ini berakhir di tapak pelupusan, ia akan bertahan selama berabad-abad dan melepaskan gas metana yang merupakan gas rumah hijau[3]. 

Pengeluaran bioplastik secara besar-besaran boleh mengakibatkan penebangan hutan untuk penanaman dan penghasilan bahan mentah seperti tebu, kanji, alga, dan lain-lain. Ini menyumbang kepada masalah yang serupa dengan masalah pertanian berskala besar yang melibatkan penebangan hutan, pencemaran tanah dan air, serta pelepasan gas rumah hijau3,[4]. 

Ketidakupayaan infrastruktur pengurusan sisa untuk menangani plastik ini menjadikan keadaan menjadi lebih buruk. Selalunya, plastik ini akan diasingkan dan dikeluarkan dari fasiliti pengkomposan kerana sebahagian besarnya tercemar misalnya dengan sisa makanan.

Di samping itu, pengeluar yang tidak bertanggungjawab menghasilkan plastik palsu dan plastik ini menyumbang kepada masalah dalam fasiliti kerana kandungan bahan kimia dalam plastik palsu sebegini mungkin terkumpul dalam kompos. Oleh itu, kebanyakan fasiliti jarang menerima bioplastik untuk proses pengkomposan[5]. 

Bioplastik juga menyebabkan masalah kepada fasiliti kitar semula, contohnya apabila plastik-plastik ini dibuang bersama plastik PET, ia mungkin mengakibatkan penyingkiran kesemua sisa ini dari dikitar semula. Akhirnya, timbunan plastik ini akan berakhir di tapak pelupusan sampah[6].

Seperti yang dikatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif City to Sea, Rebecca Burgess, sebuah NGO alam sekitar di UK, bioplastik adalah penyelesaian yang palsu kerana ia digunakan sekali sahaja dan terhad dalam pilihan untuk mengkompos3.  

Satu-satunya penyelesaian yang tepat untuk merealisasikan pergerakan bebas dari plastik ialah dengan mengurangkan SUP yang tidak diperlukan dalam pembungkusan dan beralih kepada konsep penggunaan semula dan ekonomi pekeliling.


[1] MESTECC (2018) Malaysia’s Roadmap Towards Zero Single-use Plastics 2018-2030. Putrajaya. Available at: https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/06_Jun/Malaysia-Roadmap-Towards-Zero-Single-Use-Plastics-2018-2030.pdf.

[2] McGuire, M. P. (2019) ‘Bioplastics: a better option for the environment?’, Edis, 2019(5), p. 4. doi: 10.32473/edis-fr418-2019.

[3] Robbins, J. (2020) Why Bioplastics Will Not Solve the World’s Plastics Problem, Yale Environment 360. Available at: https://e360.yale.edu/features/why-bioplastics-will-not-solve-the-worlds-plastics-problem (Accessed: 11 August 2021).

[4] Lomax, J. (2020) 10 things you should know about industrial farming, United Nations Environment Programme (UNEP). Available at: https://www.unep.org/news-and-stories/story/10-things-you-should-know-about-industrial-farming (Accessed: 11 August 2021).

[5] Gordon, M. (2021) Reuse wins, the environmental, economic and business case for transitioning from single-use to reuse in food service.

[6] Cho, R. (2017) The Truth About Bioplastics, Columbia Climate School. Available at: https://news.climate.columbia.edu/2017/12/13/the-truth-about-bioplastics/ (Accessed: 11 August 2021).

Terkini

Perubahan Iklim

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

Ia adalah Hari Bumi sekali lagi pada 22 April. Seperti yang telah kami katakan sebelum ini, tidak cukup untuk mendedikasikan satu hari dalam setahun untuk mengingatinya

Selanjutnya »
April 22, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap penternak babi yang tidak patuh Enakmen 

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyokong dan menyambut baik tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas ketegasan yang ditunjukkan terhadap pengusaha ladang babi yang tidak mematuhi Enakmen

Selanjutnya »
April 17, 2022
clean, environment, garbage-1223168.jpg
Pencemaran & Perlombongan

Pencemaran Sungai Pinang merupakan isu yang telah lama berlarutan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) tidak terperanjat apabila mengetahui bahawa satu tan sampah sedang dikutip dari Sungai Pinang setiap hari. Ini adalah isu pembuangan sampah yang

Selanjutnya »
April 12, 2022
Pembangunan & Perancangan

SAM gesa kerajaan negeri Perak mengekalkan dan melindungi alam semulajadi daerah Manjung

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Perak mengekal dan melindungi guna tanah hutan dan kawasan semulajadi darat (termasuk hutan paya laut) yang masih terdapat

Selanjutnya »
April 6, 2022

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

  • Tarikh Penerbitan | April 22, 2022
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Adaptasi, Agroekologi, Agrokomoditi, Bahan Toksik, Kedaulatan Makanan, Orang Asal, Pembangunan, Pemuliharaan, Pencemaran, Penebangan hutan, Penukaran Hutan, Penyahwartaan Hutan, Perjanjian Antarabangsa, Sisa
Selanjutnya

SAM menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap penternak babi yang tidak patuh Enakmen 

  • Tarikh Penerbitan | April 17, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Pencemaran, Sisa
Selanjutnya
clean, environment, garbage-1223168.jpg

Pencemaran Sungai Pinang merupakan isu yang telah lama berlarutan

  • Tarikh Penerbitan | April 12, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

SAM gesa kerajaan negeri Perak mengekalkan dan melindungi alam semulajadi daerah Manjung

  • Tarikh Penerbitan | April 6, 2022
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Hidupan Liar, Pembangunan, Pemuliharaan, Penukaran Hutan, Perancangan
Selanjutnya
Perubahan Iklim

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

Selanjutnya »
April 22, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap penternak babi yang tidak patuh Enakmen 

Selanjutnya »
April 17, 2022
clean, environment, garbage-1223168.jpg
Pencemaran & Perlombongan

Pencemaran Sungai Pinang merupakan isu yang telah lama berlarutan

Selanjutnya »
April 12, 2022
Pembangunan & Perancangan

SAM gesa kerajaan negeri Perak mengekalkan dan melindungi alam semulajadi daerah Manjung

Selanjutnya »
April 6, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2022 Sahabat Alam Malaysia