Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Bumi tidak harus dijadikan makmal iklim

  • Tarikh Penerbitan | April 21, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Adaptasi, Biodiversiti, Pembangunan, Perjanjian Antarabangsa
  • Penanda | kejuruteraan geo, UNFCCC
PDF
globe, universe, stars-3857560.jpg
Hari Bumi pada 22 April tahun ini jatuh pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri. Semasa keluarga berkumpul dengan rakan-rakan untuk meraikan Hari Raya, kita mesti kenangkan berkat yang telah dikurniakan oleh Ibu Pertiwi kepada kita, yang sering dipandang remeh. Kesihatan dan kesejahteraan Bumi adalah penting untuk kelangsungan hidup dan rezeki kita.

Ketika kita menyaksikan kesan perubahan iklim yang membimbangkan dan amaran semakin lantang untuk tindakan yang lebih pantas dan lebih mendesak diambil di seluruh dunia untuk mengehadkan kenaikan suhu kepada 1.5 darjah Celcius daripada era pra-industri, terdapat seruan yang semakin meluas untuk memanipulasi sistem Bumi dengan teknologi kejuruteraan-geo suria yang amat berisiko dan berbahaya, yang tidak diketahui ramai, termasuk oleh kerajaan.

Idea yang tidak bertanggungjawab di sebalik teknologi spekulatif tersebut ialah kita boleh terus merompak, mengeksploit, menggunakan secara berlebihan dan mencemarkan Bumi kita kerana ia adalah mungkin untuk merekacipta jalan keluar daripada masalah semasa.

Seperti yang diserlahkan dalam artikel pendapat oleh Chukwumerije Okereke dari Universiti Nigeria yang berjudul “Benua saya bukan makmal iklim gergasi anda” (My Continent is not your giant climate laboratory) yang disiarkan dalam New York Times bertarikh 18 April 2023, satu teknologi kejuruteraan suria sedemikian, yang dipanggil pengurusan sinaran suria, mengumpulkan paling banyak perhatian adalah menggunakan belon atau pesawat untuk menyembur sejumlah besar aerosol – zarah kecil, contohnya, sulfur dioksida atau nanopartikel kejuruteraan – ke dalam stratosfera untuk meredupkan cahaya matahari.

climate change, earth, environmental disaster-6839528.jpg

Seperti yang dinyatakan dalam artikel itu, ‘teknik-teknik lain yang dicadangkan termasuk menutup padang pasir dengan plastik; tumbuhan kejuruteraan genetik untuk mempunyai daun yang lebih cerah dan lebih memantul; mencipta atau menjadikan awan lebih putih; dan mengatur berjuta-juta cermin di angkasa. Tujuan kesemuanya adalah untuk mengatasi pemanasan dengan mengurangkan jumlah sinaran matahari yang sampai ke planet ini dan memantulkannya kembali ke stratosfera.’

Seperti yang ditekankan, daripada membuat pelaburan di negara membangun untuk menyokong tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian iklim tulen yang lain, perhatian sedang dialihkan dengan membiayai penyelidik kejuruteraan-geo, terutamanya oleh mereka di Amerika Syarikat, dengan sokongan daripada Bill Gates dan dermawan dari Silicon Valley, manakala George Soros telah baru-baru ini mengumumkan hasratnya untuk menyokong projek kejuruteraan-geo suria di Artik.

Malah, baru-baru ini, syarikat start-up Amerika Syarikat yang dipanggil Make Sunsets, melancarkan belon dari Mexico untuk menyuntik sulfur ke atmosfera dengan dakwaan ianya akan mengimbangi pelepasan karbon. Nampaknya kerajaan Mexico tidak menyedari perkara itu sehingga selepas acara tersebut, dan pegawai-pegawai dengan pantas mengumumkan larangan aktiviti kejuruteraan-geo suria.

Kerajaan negara membangun sedang dipujuk oleh penyelidik dan syarikat yang tidak bertanggungjawab untuk menjadi tempat ujian bagi teknologi-teknologi berbahaya seperti ini.

Untuk menentang langkah-langkah ini dan untuk meningkatkan perhatian orang ramai, lebih daripada 400 saintis iklim dan cendekiawan dari seluruh dunia telah mengajukan International Non-Use Agreement on Solar Geoengineering, yang diharapkan dapat membawa kepada larangan terhadap penyelidikan teknologi ini di dunia-sebenar.

Sebenarnya terdapat moratorium de facto di bawah Konvensyen PBB mengenai Kepelbagaian Biologi mengenai pembangunan dan penggunaan teknologi sedemikian dan kita di Malaysia juga mesti berwaspada dan bekerjasama dengan negara lain untuk mengelakkan dijadikan medan ujian, dengan janji-janji menggoda untuk menjana wang.

Kami menyertai seruan saintis yang prihatin untuk tindakan politik segera daripada kerajaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan aktor lain untuk menghalang penormalan kejuruteraan-geo suria sebagai pilihan dasar iklim.

Kerajaan dan PBB mesti menegaskan kawalan politik yang berkesan dan menyekat pembangunan teknologi kejuruteraan-geo suria pada skala planet.

Seperti yang diketengahkan oleh saintis, kebimbangan asas termasuk yang berikut:

Pertama, risiko kejuruteraan-geo suria kurang difahami dan tidak dapat diketahui sepenuhnya. Kesannya akan berbeza-beza di seluruh kawasan, dan terdapat ketidakpastian tentang kesan ke atas corak cuaca, pertanian, dan penyediaan keperluan asas makanan dan air.

Kedua, harapan spekulatif tentang ketersediaan pada masa depan teknologi kejuruteraan-geo suria mengancam komitmen terhadap mitigasi dan boleh menghalang kerajaan, perniagaan dan masyarakat untuk melakukan yang terbaik untuk mencapai penyahkarbonan atau neutraliti karbon sesegera mungkin. Kemungkinan spekulatif kejuruteraan-geo suria pada masa depan berisiko menjadi hujah yang kuat untuk pelobi industri, penafi perubahan iklim dan sesetengah kerajaan untuk menangguhkan dasar penyahkarbonan.

Ketiga, sistem tadbir urus global semasa tidak sesuai untuk membangun dan melaksanakan perjanjian yang meluas yang diperlukan untuk mengekalkan kawalan politik yang adil, inklusif dan berkesan ke atas penggunaan kejuruteraan-geo suria.

Ringkasnya, penggunaan kejuruteraan-geo suria tidak boleh ditadbir secara global dengan cara yang adil, inklusif dan berkesan. Oleh itu, kami menyeru tindakan politik segera daripada kerajaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan aktor lain untuk menghalang penormalan kejuruteraan-geo suria sebagai pilihan dasar iklim. Kerajaan dan PBB harus mengambil kawalan politik yang berkesan dan menyekat pembangunan teknologi kejuruteraan-geo suria sebelum terlambat.

Secara khusus, kami juga menyeru pembentukan International Non-Use Agreement on Solar Geoengineering. 

SAM menyeru agar Bumi kita tidak dijadikan makmal iklim! Selamat Hari Raya!

Meenakshi Raman
Presiden

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Lanjutan Lesen Operasi Lynas: SAM kecewa dengan keputusan kerajaan

Sahabat Alam Malaysia amat kecewa dengan keputusan terkini kerajaan MADANI  berhubung pelanjutan syarat lesen operasi Lynas sehingga Mac 2026.   Kami keliru dengan pusingan U yang dibuat

Selanjutnya »
Oktober 24, 2023
Perubahan Iklim

Tenaga Nuklear Tidak Sepatutnya Dikekalkan Sebagai Pilihan di Malaysia!

Kami merujuk kepada ulasan yang dibuat oleh Menteri Sumber Asli, Tenaga dan Perubahan Iklim, YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam temu bual media “No Passion

Selanjutnya »
Oktober 20, 2023
pxclimateaction, nuclear waste, nuclear power plant
Perubahan Iklim

Perlu: Reformasi sebenar dalam sektor tenaga, dan jangan ikuti laluan tenaga nuklear 

Kenyataan bersama Sahabat Alam Malaysia dan Greenpeace Malaysia mengenai “International Nuclear Science, Technology and Engineering Conference (iNuSTEC2023) dan “Nuclear Youth Competition 2023 (NYC 2023)” Baru-baru

Selanjutnya »
Oktober 6, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar kerajaan persekutuan dan negeri melarang perlombongan termasuk unsur nadir bumi (REE) di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) seperti di hutan simpanan kekal.

Selanjutnya »
September 12, 2023

Lanjutan Lesen Operasi Lynas: SAM kecewa dengan keputusan kerajaan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 24, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Tenaga Nuklear Tidak Sepatutnya Dikekalkan Sebagai Pilihan di Malaysia!

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 20, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Mitigasi, Nuklear, Pencemaran, Perjanjian Antarabangsa, Sisa, Tenaga
Selanjutnya
pxclimateaction, nuclear waste, nuclear power plant

Perlu: Reformasi sebenar dalam sektor tenaga, dan jangan ikuti laluan tenaga nuklear 

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 6, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Nuklear, Pencemaran, Tenaga
Selanjutnya

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

  • Tarikh Penerbitan | September 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Lanjutan Lesen Operasi Lynas: SAM kecewa dengan keputusan kerajaan

Selanjutnya »
Oktober 24, 2023
Perubahan Iklim

Tenaga Nuklear Tidak Sepatutnya Dikekalkan Sebagai Pilihan di Malaysia!

Selanjutnya »
Oktober 20, 2023
pxclimateaction, nuclear waste, nuclear power plant
Perubahan Iklim

Perlu: Reformasi sebenar dalam sektor tenaga, dan jangan ikuti laluan tenaga nuklear 

Selanjutnya »
Oktober 6, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Selanjutnya »
September 12, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 756 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia