Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Cadangan pelesenan benih dan pemprosesan benih boleh menafikan hak petani

  • Tarikh Penerbitan | April 6, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pertanian
  • Jenis Isu | Agroekologi, Benih, Biodiversiti, Pensijilan, Pertanian
  • Penanda | FAO, Forum Kedaulatan Makanan Malaysia, ITPGRFA, petani
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

SAM adalah ahli Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM). Hari ini FKMM telah mengadakan satu sidang media dan mengeluarkan kenyataan berikut terhadap pembentangan Rang Undang-Undang Kualiti Benih Tanaman di sidang Parlimen yang akan datang. Kenyataan ini disokong oleh 46 pertubuhan dan 10 individu.

Forum Kedaulatan Makanan Malaysia khuatir kerana Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan membentangkan Rang Undang-Undang Kualiti Benih Tanaman yang telah dibincangkan sejak 2019, dalam sidang Parlimen akan datang. Menurut Menteri Pertanian dalam artikel berita 27 Mac 2021, RUU baharu ini akan mengawalselia semua benih terkawal dari segi pemprosesan, pengujian, penjualan, pengedaran, import, dan eksport untuk memastikan bahawa kualiti benih yang dihasilkan memenuhi syarat dan piawaian yang akan ditetapkan.

Benih terkawal adalah benih yang berasal dari spesies tanaman atau varieti yang memiliki nilai komersial yang ditentukan dalam peraturan oleh lembaga khas yang akan dibentuk iaitu Lembaga Kualiti Benih. Ini bermakna semua benih tanaman adalah berisiko kerana akan dikawal pemprosesannya melalui undang-undang ini. Kawal seliaan terhadap semua benih terkawal ini akan dilakukan melalui penguatkuasaan perlesenan terhadap semua individu yang mahu melaksanakan apa sahaja proses yang melibatkan benih terkawal seperti yang disebut di atas. Untuk mendapatkan lesen, pemohon perlu membayar ‘fee’ dengan jumlah yang akan ditetapkan, menghantar sampel benih ke makmal yang dilantik untuk ujian kualiti dan mematuhi piawaian penyimpanan, pembungkusan dan pelabelan. Mana-mana individu yang melanggar undang-undang ini boleh dikenakan denda antara RM100,000 hingga RM200,000 atau dipenjara selama 3 hingga 5 tahun.

Benih berkualiti adalah penting bagi petani dan pengguna. Namun, pembentangan Rang Undang-Undang Kualiti Benih Tanaman ini di Parlimen akan memberi kesan yang lebih besar dari sekadar kawalan kualiti kerana ia juga akan menafikan hak petani dan hanya menyokong pengeluar benih komersial. Selanjutnya, undang-undang yang diusulkan ini akan melarang amalan menyimpan, menukar, dan menjual benih oleh petani, yang sudah lama menjadi kebiasaan dan tradisi bagi petani di Malaysia. Hukuman denda dan penjara ke atas petani hanya kerana mereka menjalankan amalan tradisional adalah tidak adil, menindas dan dapat memprovokasi protes seperti yang pernah terjadi di Indonesia dan India, terutama jika kerajaan tidak berhati-hati dalam hal ini. 

Padi jenis MR303 | SAM

Undang-undang ini yang mewajibkan petani untuk melakukan ujian makmal dan mendapatkan pensijilan hanya menggalakan amalan monokultur dalam pertanian di mana varieti yang diperkenalkan di pasaran akan berkurangan secara berperingkat dan akan mendiskriminasi kepelbagaian varieti petani dan sistem benih petani sekaligus memusnahkan kepelbagaian biologi secara umum seterusnya merisikokan pengeluaran makanan negara. Bagi petani kecil yang menjual benih secara kecil-kecilan di pasar lambak dan tamu pula, syarat pembungkusan dan pelabelan yang ketat akan menafikan hak mereka untuk menjual dan hak pembeli untuk membeli benih yang mereka suka. 

Syarikat-syarikat besarlah nanti yang akan mengawal sistem benih Malaysia apabila pengusaha dan petani kecil yang memproses benih perlahan-lahan akan hilang malah peranan agensi kerajaan juga akan berkurangan. Syarikat-syarikat inilah yang akan melaksanakan pemprosesan benih bermula daripada menguji varieti sehingga mengedar dan menjual benih. Lebih malang lagi apabila wang kerajaan digunakan untuk mensubsidi sistem benih swasta ini dan mendiskriminasi sistem benih tempatan. Apabila ini berlaku, pilihan petani akan terhad dan mereka terpaksa mengikut syarat dan sistem yang telah ditetapkan syarikat seperti menggunakan sistem racun dan baja yang telah ditentukan. Secara tidak langung, harga benih juga akan meningkat. 

Musa Arip (tengah), seorang petani dari Melaka memberi kenyataan bagi pihak FKMM di sidang media hari ini | SAM

Kami ingin mengingatkan MAFI bahawa varieti petani tradisional, serta peranan petani kecil, diakui oleh Food and Agriculture Organization (FAO), International Treaty on Plant Genetic Resources for Food And Agriculture (ITPGRFA), Convention on Biological Diversity (CBD) dan juga Deklarasi PBB mengenai Hak-hak Petani dan Orang Lain yang Bekerja di Kawasan Luar Bandar. 

Kami mendesak MAFI untuk terlebih dahulu membentangkan Rang Undang-Undang ini secara penuh dan melaksanakan proses konsultasi awam sebelum ia dibentangkan di Parlimen. Kali terakhir proses konsultasi diadakan dengan anggota Forum ini adalah pada tahun 2019. Adalah sangat penting untuk dilaksanakan satu lagi konsultasi dengan khalayak yang lebih luas dimana Rang Undang-Undang yang lengkap boleh dibaca dan diteliti kerana kami tidak tahu sama ada MAFI telah mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh Forum Kedaulatan Makanan Malaysia sebelum ini. Selanjutnya, kami mencadangkan agar Undang-Undang Kualiti Benih yang sedang dalam proses penggubalan ini hanya dipakai kepada syarikat-syarikat komersial yang menjual benih bagi memastikan benih yang mereka jual kepada pengguna adalah tulin dan berkualiti. Manakala pihak-pihak selain itu seperti individu yang menanam pokok sebagai hobi, anggota kebun komuniti serta golongan petani, seharusnya bebas untuk menyimpan, berkongsi dan menjual benih selagi ia tidak dilakukan secara komersial.

Forum Kedaulatan Makanan Malaysia 

Maklumat perhubungan:
E-mel: foodsovereignty.malaysia@gmail.com | Telefon: 0137069509 (Penyelaras – Fitri Amir)
Halaman Facebook: https://www.facebook.com/foodsovereignty.malaysia

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Infografik 16 halaman di bawah menggambarkan bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada kita semua. Penggunaan berlebihan / pengeluaran berlebihan plastik menyebabkan peningkatan pengeluaran bahan buangan. 

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM)  mengalu-alukan langkah kerajaan Malaysia yang tidak tunduk kepada tekanan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk membatalkan syarat kelulusan lesen operasi  pada tahun 2020. Syarat

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin memberikan maklum balas terhadap kenyataan oleh Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian Mcfeeters baru-baru ini bertajuk ‘Partners in

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

  • Tarikh Penerbitan | Mac 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

  • Tarikh Penerbitan | Februari 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya
climate change, global warming, environment

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

  • Tarikh Penerbitan | Januari 17, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
Selanjutnya

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia