Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

CPTPP dan sektor pertanian

  • Tarikh Penerbitan | September 30, 2021
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Agroekologi, Benih, Biodiversiti, Kedaulatan Makanan, Pemuliharaan, Perdagangan & Pelaburan, Perikanan, Perjanjian Antarabangsa, Pertanian
  • Penanda | Akta Perlidungan Varieti Baru Tumbuhan 2004, CPTPP, NAFTA, Perjanjian Budapest, UPOV91
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran?

Rencana ini ditulis oleh NurFitri Amir Muhammad*

Akhir-akhir ini beberapa kumpulan perniagaan dan pihak tertentu dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) giat melobi pimpinan kerajaan agar Malaysia segera mengesahkan (meratifikasi) perjanjian perdagangan bebas CPTPP (Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership). CPTPP telah ditandatangani oleh 11 negara iaitu Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, Peru, New Zealand, Singapura and Vietnam pada 8 Mac 2018. CPTPP hanya akan berkuatkuasa apabila negara-negara terbabit meratifikasi undang-undang negara masing-masing agar selari dengan teks perjanjian tersebut. Malaysia masih dalam proses menilai kesan dan manfaat CPTPP dan tidak menetapkan tarikh tertentu untuk meratifikasikannya. Keputusan ratifikasi akan dibuat oleh Perdana Menteri melalui mesyuarat menteri kabinet. 

Walaupun disebut sebagai perjanjian perdangangan, hanya 6 daripada 30 bab dalam teks perjanjian adalah berkenaan perdagangan konvensional barangan manakala 24 bab lagi mengandungi peraturan dan syarat berkenaan hal bukan-perdagangan yang melibatkan soal harta intelek, pelaburan, perolehan kerajaan, syarikat milik kerajaan, e-dagang, perkhidmtan, alam sekitar dan buruh. Perjanjian ini akan memberi kesan yang mendalam kepada sosioekonomi dan sosiobudaya Malaysia serta akan menghalang Malaysia daripada memperkenalkan polisi-polisi baharu yang baik jika ia bercanggah dengan teks CPTPP.

buffalo, farmer, cultivating-1822581.jpg

Dalam konteks pertanian, penternakan dan perikanan, risikonya cukup besar memandangkan Malaysia bukanlah sebuah negara pengeksport utama agro-makanan melainkan tanaman komoditi iaitu kelapa sawit. Kita perlu mengambil iktibar daripada perjanjian perdagangan bebas NAFTA (North America Free Trade Agreement) yang menyaksikan industri pertanian Mexico hampir musnah kerana lambakan hasil pertanian yang masuk dari Amerika dan Canada serta kenaikan kos input pertanian atas faktor hak monopoli melalui mekanisma perlindungan harta intelek yang melampau. 

Kenaikan kos

Bab Harta Intelek dalam teks CPTPP mewajibkan negara untuk menyertai beberapa perjanjian antarabangsa berkenaan harta intelek yang selama ini tidak disertai Malaysia. Antara perjanjian yang akan memberi kesan langsung kepada petani adalah ‘Convention for the Protection of New Varieties of Plants’ atau lebih dikenali sebagai UPOV91 yang berkaitan hak pembiak baka tumbuhan dan Perjanjian Budapest yang berkaitan hak paten terhadap mikroorganisma.

UPOV91 adalah sebuah perjanjian yang mengangkat hak monopoli syarikat dan pembiak baka terhadap biji benih dan bahan penyebaran tumbuhan. Kebanyakan anggota UPOV91 adalah negara-negara maju yang memiliki banyak pembiak baka komersial yang mampu memenuhi syarat-syarat UPOV91 yang ketat seperti ujian Kelainan, Keseragaman dan Kestabilan benih (Distinctness, Uniformity and Stability – DUS).

© Amelia Collins

Di Malaysia, kita sudah pun ada Akta Perlidungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 (PVP2004) yang sesuai dengan situasi pertanian di negara ini. PVP2004 mengimbang hak pembiak baka komersial atas usaha inovasi mereka disamping tidak menghalang petani kecil daripada mengamalkan amalan tradisi menyimpan, berkongsi dan menjual benih. PVP2004 juga melindungi negara daripada risiko ‘bio-piracy’ dan ‘bio-security’, melaksanakan kawalan royalti serta menjamin petani agar mendapat bekalan benih yang cukup dengan harga berpatutan. 

Penyertaan ke dalam sistem UPOV91 memerlukan kerajaan memansuhkan akta PVP2004 bersama-sama kepentingannya, seterusnya menghalang petani daripada menyimpan dan berkongsi benih yang dilindungi, membentuk monopoli pasaran selama 20 tahun untuk sesuatu benih dan 25 tahun untuk pokok berkayu, dan akhirnya ini akan meningkatkan harga benih.

Perjanjian Budapest pula membolehkan pihak yang memohon hak paten terhadap bahan biologi seperti mikroorgnisma dan bahan genetik untuk tidak perlu menyimpan sampel bahan biologi tersebut di semua negara di mana dia ingin mendapatkan hak paten. Pemohon hanya perlu menyimpan bahan biologi itu di mana-mana institusi yang diiktiraf di bawah Perjanjian Budapest, dan deposit ini akan diakui di semua negara yang menjadi anggota Perjanjian Budapest.

Dalam hal ini, Perjanjian Budapest menjadikannya lebih mudah secara prosedur untuk mendapatkan hak paten terhadap mikroorganisma seperti mikroorganisma efektif (EM) yang banyak digunakan dalam pertanian organik, penghasilan baja-biologi daripada najis ternakan dan pemprosesan produk-produk makanan. Hak paten terhadap mikroorganisma ini akan membolehkan syarikat pengeluar memiliki hak monopoli dalam pasaran. 

Perjanjian CPTPP akan memaksa petani untuk mengeluarkan kos yang lebih tinggi untuk bahan kimia pertanian kerana bab harta intelek dalam teks perjanjian ini memperuntukan hak eksklusif pasaran selama 10 tahun kepada pengeluar asal bahan kimia pertanian walaupun ia tidak dipatenkan kerana pihak kerajaan tidak boleh meluluskan penghasilan, import dan penjualan bahan kimia generik selama tempoh 10 tahun apabila sijil hak eksklusif pasaran diberikan melalui CPTPP. Walaupun penggunaan kaedah organik dalam pertanian adalah lebih baik, tidak dapat dinafikan ketika ini para petani di Malaysia sangat bergantung kepada bahan kimia pertanian. Seorang pesawah di Kedah membelanjakan sekitar RM300 – RM400 sehektar untuk racun kimia manakala seorang penanam cili komersial pula membelanjakan sekitar RM4,000 sehektar untuk bahan kimia pertanian. Kos ini akan bertambah apabila CPTPP diratifikasi.

Selain itu, perlindungan harta intelek yang lebih kuat dalam teks CPTPP akan membolehkan lebih banyak ubat-uabatan veterinar dipatenkan dan dijual pada harga monopoli yang lebih tinggi untuk jangka masa yang lebih lama, semua ini akan meningkatkan kos, dan mengurangkan pendapatan penternak.

Penghapusan subsidi

Bot besar dengan pukat tunda | © SAM

Walaupun CPTPP tidak mewajibkan negara anggota untuk menghapuskan keseluruhan subsidi domestik dalam industri pertanian, ia mewajibkan penghapuskan segala bentuk subsidi export produk-produk pertanian. Ini bermakna, program-program bantuan kerajaan kepada petani untuk mengeksport produk pertanian ke negara-negara anggota CPTPP tidak akan dapat dilaksanakan.

Dalam bab alam sekitar, teks CPTPP melarang subsidi diberikan kepada tangkapan spesis ikan tentu. Walaupun larangan ini adalah bertujuan untuk melindungi jumlah spesis ikan tertentu yang semakin berkurangan kerana tangkapan yang berlebihan, perlu difahami bahawa punca kekurangan jumlah ikan adalah disebabkan oleh bot-bot nelayan besar dan asing yang menggunakan alat tangkapan yang menangkap ikan-ikan yang masih kecil dan memusnahkan habitat ikan seperti pukat tunda, rawa sorong, bubu naga dan bom. Larangan ini tidak praktikal malah bersifat tidak adil kepada nelayan pantai.

Pasaran tempatan terjejas

© Victor Barro

Pembangunan sektor pertanian seharusnya tidak hanya menumpukan kuantiti hasil pertanian tetapi juga mesti menjamin pendapatan yang tinggi kepada petani, penternak dan nelayan. Namun, jika Malaysia meratifikasi CPTPP, kita diwajibkan untuk menghapus 100% tarif pada barangan import termasuk produk pertanian (dengan beberapa tempoh peralihan dan kuota kadar tarif untuk ayam dan telur). Maka, Malaysia akan menghadapi peningkatan import produk pertanian daripada negara anggota CPTPP. Tarif import merupakan salah satu bentuk perlindungan kepada petani, penternak dan nelayan tempatan selain menjadi sumber pendapatan negara.

Selain tarif, kawalan import bukan tarif seperti kuota dan permit juga perlu dihapuskan bertujuan untuk memudahkan kemasukan produk asing daripada negara-negara anggota CPTPP. Tanpa tarif dan kawalan import, petani, penternak dan nelayan Malaysia berkemungkinan besar tidak akan dapat bersaing dengan import produk pertanian dan makanan yang lebih murah dari negara-negara CPTPP yang lain terutamanya Vietnam dan Australia yang juga banyak memberikan subsidi domestik kepada petani, penternak dan nelayan mereka. Akibatnya, rakyat kita kehilangan pendapatan dan akan ada pengurangan pengeluaran makanan Malaysia. Apabila Malaysia bergantung pada import makanan, jaminan bekalan makanan negara akan terancam seperti yang kita lihat dalam situasi pandemik COVID19 ketika beberapa negara menyekat eksport makanan. Malaysia pada ketika ini adalah negara pengimport makanan utama.

Alternatif kepada CPTPP

CPTPP bukanlah sebuah perjanjian berkenaan perdagangan semata-mata tetapi juga sebuah perjanjian yang melampaui batas tanggungjawab negara untuk melindungi sosioekonomi rakyatnya. Terdapat banyak dasar-dasar khusus yang dapat digubal oleh pemerintah untuk mengawal aliran perdagangan dengan mana-mana negara didunia ini supaya adil dan dapat menguntungkan negara. Tarif, kuota, subsidi eksport, kawalseliaan dan insentif seharusnya sentiasa dikemaskini menurut perkembangan ekonomi serantau dan dunia agar dapat menguntungkan rakyat. Rancangan Malaysia ke-12 dan Dasar Agromakanan Negara ke-2 seharusnya mampu diperkasakan oleh kita sendiri menurut acuan kita tanpa perlu kita mengikat kaki dan tanga kepada kuasa ekonomi dan geopolitik asing. 


Untuk memahami dengan lebih terperinci berkenaan dengan isu perjanjian CPTPP ini, sila tonton video ini berkenaan dengan kesan perjanjian CPTPP kepada Malaysia.

*NurFitri Amir Muhammad (Fitri Amir) merupakan seorang penyelidik, aktivis sosial dan juga merupakan koordinator kepada Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM). Beliau boleh dihubungi melalui  nfitriamir@gmail.com

Terkini

Perubahan Iklim

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

Ia adalah Hari Bumi sekali lagi pada 22 April. Seperti yang telah kami katakan sebelum ini, tidak cukup untuk mendedikasikan satu hari dalam setahun untuk mengingatinya

Selanjutnya »
April 22, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap penternak babi yang tidak patuh Enakmen 

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyokong dan menyambut baik tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas ketegasan yang ditunjukkan terhadap pengusaha ladang babi yang tidak mematuhi Enakmen

Selanjutnya »
April 17, 2022
clean, environment, garbage-1223168.jpg
Pencemaran & Perlombongan

Pencemaran Sungai Pinang merupakan isu yang telah lama berlarutan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) tidak terperanjat apabila mengetahui bahawa satu tan sampah sedang dikutip dari Sungai Pinang setiap hari. Ini adalah isu pembuangan sampah yang

Selanjutnya »
April 12, 2022
Pembangunan & Perancangan

SAM gesa kerajaan negeri Perak mengekalkan dan melindungi alam semulajadi daerah Manjung

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Perak mengekal dan melindungi guna tanah hutan dan kawasan semulajadi darat (termasuk hutan paya laut) yang masih terdapat

Selanjutnya »
April 6, 2022

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

  • Tarikh Penerbitan | April 22, 2022
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Adaptasi, Agroekologi, Agrokomoditi, Bahan Toksik, Kedaulatan Makanan, Orang Asal, Pembangunan, Pemuliharaan, Pencemaran, Penebangan hutan, Penukaran Hutan, Penyahwartaan Hutan, Perjanjian Antarabangsa, Sisa
Selanjutnya

SAM menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap penternak babi yang tidak patuh Enakmen 

  • Tarikh Penerbitan | April 17, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Pencemaran, Sisa
Selanjutnya
clean, environment, garbage-1223168.jpg

Pencemaran Sungai Pinang merupakan isu yang telah lama berlarutan

  • Tarikh Penerbitan | April 12, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

SAM gesa kerajaan negeri Perak mengekalkan dan melindungi alam semulajadi daerah Manjung

  • Tarikh Penerbitan | April 6, 2022
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Hidupan Liar, Pembangunan, Pemuliharaan, Penukaran Hutan, Perancangan
Selanjutnya
Perubahan Iklim

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

Selanjutnya »
April 22, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap penternak babi yang tidak patuh Enakmen 

Selanjutnya »
April 17, 2022
clean, environment, garbage-1223168.jpg
Pencemaran & Perlombongan

Pencemaran Sungai Pinang merupakan isu yang telah lama berlarutan

Selanjutnya »
April 12, 2022
Pembangunan & Perancangan

SAM gesa kerajaan negeri Perak mengekalkan dan melindungi alam semulajadi daerah Manjung

Selanjutnya »
April 6, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2022 Sahabat Alam Malaysia