Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Definisi FAO Mesti Iktiraf Bahawa Ladang Bukan Hutan

  • Tarikh Penerbitan | Mac 21, 2017
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Penukaran Hutan, Perladangan
  • Penanda | FAO, monokultur, perubahan iklim
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Pada Hari Perhutanan Sedunia 21 Mac ini, 200 pertubuhan mengingatkan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (Food and Agriculture Organisation – FAO) bahawa definisi hutannya sejak 1948 mengelirukan dan mestilah ditukar. Definisinya membolehkan industri perladangan menyembunyikan kesan buruk ekologi dan sosial daripada perladangan pokok monokultur berskala besar di sebalik imej hutan yang positif.  

Definisi hutan FAO membolehkan industri perladangan memanggil ladang monokultur yang menggunakan spesies cepat membesar seperti eucalyptus, pain, getah atau akasia sebagai “hutan” kerana definisi hutannya hanya dengan bilangan, ketinggian dan sudur yang melindungi pokok di sesuatu kawasan. Definisi hutan FAO digunakan sebagai rangka tindakan bagi lebih 200 definisi hutan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan sejak 1948.

Atas nama definisi hutan FAO ini, pihak industri mampu untuk berkembang dengan pantas terutama sekali di dunia Selatan, di mana ladang pokok monokultur kini meliputi beberapa puluh juta hektar tanah. Pengembangan ini membawa bencana kepada komuniti luar bandar, petani  dan Orang Asal. Mereka kehilangan tanah dan kehidupan di mana ladang pokok monokultur telah mengambil tanah mereka, memusnahkan cara hidup mereka, mengeringkan sungai dan mata air mereka dan meracuni makanan mereka dengan racun pertanian. (1)

“Hampir 70 tahun, definisi hutan FAO yang mengelirukan ini memberikan kelebihan kepada industri perladangan. Mereka menyembunyikan kemusnahan yang disebabkan apabila kepelbagaian hutan, padang rumput dan tanah gambut yang kaya dengan kehidupan ditukar menjadi ‘gurun hijau’ yang terdiri daripada pokok monoklonal dalam barisan yang lurus di sebalik imej hutan positif yang disediakan oleh FAO,” kata Winfridus Overbeek, Penyelaras Antarabangsa World Rainforest Movement.

Perbahasan pemulihan hutan sebagai perlindungan iklim menambahkan lagi pentingnya definisi hutan diperbetulkan

“Dengan menerima pakai Perjanjian Paris PBB mengenai perubahan iklim, menyemak semula definisi hutan FAO semakin penting,” kata Guadalupe Rodriguez dari Salva la Selva/Rettet den Regenwald, “ia merupakan satu tragedi jika definisi FAO yang mengelirukan ini membolehkan pengembangan monokultur pokok yang memusnahkan ini untuk dana iklim yang diperuntukkan bagi “perhutanan semula” dan “pemulihan hutan”. Ini bukan hanya menjejaskan lebih banyak komuniti di mana perladangan pokok mengambil alih tanah yang digunakan oleh penduduk tetapi juga menjejaskan perlindungan iklim: Hutan yang kaya dengan karbon akan musnah dan digantikan dengan ladang pokok monokultur dengan negara mendakwa menurut definisi hutan FAO, tiada kawasan hutan yang hilang walaupun berlaku kehilangan karbon yang besar,kemusnahan biodiversiti, sumber air dan kehidupan tempatan apabila hutan digantikan dengan perladangan monokultur.

Satu contoh di mana perladangan dikelirukan sebagai hutan yang membolehkan industri perladangan membuka jalan untuk mendapatkan dana iklim ialah ‘African Forests Restoration Initiative” (AFR100). Dilancarkan di mesyuarat iklim PBB 2015, ia mensasarkan untuk meliputi 100 juta hektar yang dianggap oleh kerajaan Afrika yang turut serta dalam mesyuarat itu sebagai tanah “merosot”. Bank Dunia akan memperuntukkan AS$1 billion untuk rancangan ini dan bergantung kepada definisi hutan FAO untuk kelayakan mendapatkan pembiayaan itu.

Memeranjatkan, satu daripada syarikat perladangan pokok paling kontroversi yang beroperasi di Afrika, Green Resources yang berpangkalan di Norway (2), antara pembicara utama di persidangan 2016 di Ghana, di mana perlaksanaan inisiatif AFR100 adalah paling menonjol kepada agenda itu.

Tema Hari Perhutanan Sedunia FAO 2017 ‘Hutan & Tenaga’ menunjukkan tindakan segera perlu untuk menukar definisi hutan

“Permintaan tenaga tidak lestari negara perindustrian ditambah dengan keperluan tenaga baharu ‘boleh diperbaharui’ mereka telah pun menukar hutan dunia Selatan kepada industri ladang ‘biomass’. Perkataan ‘ladang’ tidak muncul sekali pun dalam “mesej utama” laman sesawang FAO untuk Hari Perhutanan Sedunia 2017,” kata Wally Menne dari Timberwatch Coalition, Afrika Selatan. Contohnya, untuk menyediakan semua keperluan tenaga United Kingdom melaluibiomass berasaskan eucalyptus memerlukan kira-kira 55 juta hektar ladang di Brazil – keluasan kawasannya dua kali ganda saiz United Kingdom.     

200 kumpulan hari ini turut serta lebih daripada 130 ribu kumpulan dan individu yang menggesa FAO pada 2015 supaya mengubah definisi hutan FAO kerana perladangan pokok bukan hutan.

“Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM), turut menandatangani surat terbuka ini kepada FAO.” kata S.M. Mohamed Idris, Presiden CAP dan SAM.

Untuk maklumat lanjut hubungi:

 World Rainforest Movement:

Winfridus Overbeek

Winnie(at)wrm.org.uv

Tel: +55227988219007

Timberwatch Coalition:

Wally Menne

plantnet(at)iafrica.com

Tel:+27(0)824442083

Rettetden Regenwald:

Guadalupe Rodriguez

guadalupe(at)regenwlald.org

Tel:+494041038043

Nota:

(1) Surat dihantar ke FAO hari ini boleh didapati di http://wrm.org.uy/actions-and- campaigns/how-does-the-fao- forest-definition-harm-people- and-forests-an-open-letter-to- the-fao/.

(2) Maklum balas kepada petisyen 2015  (https://www.rainforest- rescue.org/petitions/1013/ tell-the-united-nations- plantations-are-not-forests# letter) yang ditandatangani oleh lebih 130,000 orang yang menggesa FAO menukar definisi hutan, FAO mendakwa peranannya untuk mengharmonikan perbezaan definisi hutan bagi hutan kebangsaan dan antarabangsa sejak 1948. Bagaimanapun, surat yang dihantar hari ini menunjukkan bagaimana pandangan ini tidak dipedulikan. Pada hakikatnya, definisi hutan FAO menjadi rujukan utama bagi banyak definisi negara, dalam perbincangan iklim PBB, dalam inisiatif seperti AFR100 dan sebagainya.   

Terkini

Perubahan Iklim

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

Ia adalah Hari Bumi sekali lagi pada 22 April. Seperti yang telah kami katakan sebelum ini, tidak cukup untuk mendedikasikan satu hari dalam setahun untuk mengingatinya

Selanjutnya »
April 22, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap penternak babi yang tidak patuh Enakmen 

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyokong dan menyambut baik tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas ketegasan yang ditunjukkan terhadap pengusaha ladang babi yang tidak mematuhi Enakmen

Selanjutnya »
April 17, 2022
clean, environment, garbage-1223168.jpg
Pencemaran & Perlombongan

Pencemaran Sungai Pinang merupakan isu yang telah lama berlarutan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) tidak terperanjat apabila mengetahui bahawa satu tan sampah sedang dikutip dari Sungai Pinang setiap hari. Ini adalah isu pembuangan sampah yang

Selanjutnya »
April 12, 2022
Pembangunan & Perancangan

SAM gesa kerajaan negeri Perak mengekalkan dan melindungi alam semulajadi daerah Manjung

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Perak mengekal dan melindungi guna tanah hutan dan kawasan semulajadi darat (termasuk hutan paya laut) yang masih terdapat

Selanjutnya »
April 6, 2022

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

  • Tarikh Penerbitan | April 22, 2022
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Adaptasi, Agroekologi, Agrokomoditi, Bahan Toksik, Kedaulatan Makanan, Orang Asal, Pembangunan, Pemuliharaan, Pencemaran, Penebangan hutan, Penukaran Hutan, Penyahwartaan Hutan, Perjanjian Antarabangsa, Sisa
Selanjutnya

SAM menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap penternak babi yang tidak patuh Enakmen 

  • Tarikh Penerbitan | April 17, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Pencemaran, Sisa
Selanjutnya
clean, environment, garbage-1223168.jpg

Pencemaran Sungai Pinang merupakan isu yang telah lama berlarutan

  • Tarikh Penerbitan | April 12, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

SAM gesa kerajaan negeri Perak mengekalkan dan melindungi alam semulajadi daerah Manjung

  • Tarikh Penerbitan | April 6, 2022
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Hidupan Liar, Pembangunan, Pemuliharaan, Penukaran Hutan, Perancangan
Selanjutnya
Perubahan Iklim

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

Selanjutnya »
April 22, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap penternak babi yang tidak patuh Enakmen 

Selanjutnya »
April 17, 2022
clean, environment, garbage-1223168.jpg
Pencemaran & Perlombongan

Pencemaran Sungai Pinang merupakan isu yang telah lama berlarutan

Selanjutnya »
April 12, 2022
Pembangunan & Perancangan

SAM gesa kerajaan negeri Perak mengekalkan dan melindungi alam semulajadi daerah Manjung

Selanjutnya »
April 6, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2022 Sahabat Alam Malaysia