Hari ini, kami melancarkan sebuah penerbitan baru iaitu kit panduan yang boleh dimuat turun dan senang diguna supaya kita hentikan budaya pakai buang.
Kit panduan ini penuh dengan cara-cara mudah untuk menghentikan budaya ini dan berganjak ke depan ke arah sisa sifar. Ia boleh dilakukan jika kita betu-betul ingin melakukannya.
Tunggu apa lagi? ‘Jom’ kita download kit ini di sini atau klik sahaja imej di atas dan mula gunakannya.
SAM ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada dua intern kami iaitu Aina Amyra dan Damia Munira kerana telah bekerjasama untuk menghasilkan panduan mesra dan senang diguna ini.
Jika kit panduan ini berguna kepada anda, kami akan menghargai apa-apa sumbangan kecil dari anda supaya kami boleh terus menghasilkan risalah-risalah yang popular untuk digunakan oleh semua.