Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Gesaan supaya cadangan perlombongan terbuka bijih mangan di Gua Musang, Kelantan dihentikan

  • Tarikh Penerbitan | Jun 10, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Biodiversiti, Hidupan Liar, Orang Asal, Pemuliharaan, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
  • Penanda | Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, bijih mangan, Gua Musang, habitat hidupan liar, Kelantan, Laporan EIA, Loji Rawatan Air Lebir, Mukim Relai
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF
ingots, mining, copper

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dengan tegas membantah cadangan perlombongan terbuka bijih mangan di Aring 6, Mukim Relai, Gua Musang yang akan merosakkan kawasan seluas 500 ekar dan menyebabkan pencemaran air yang serius, memusnahkan habitat hidupan liar, serta alam semula jadi yang seharusnya dilindungi dan dipulihara.

Kami amat bimbang perlombongan terbuka/jalur yang dicadangkan untuk projek ini oleh Nadi KW Sdn. Bhd., seperti yang tertera dalam Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) cadangan projek yang kini sedang dipamerkan untuk ulasan awam.

Walaupun sudah diketahui perlombongan terbuka/jalur di luar negara menunjukkan kerosakan yang ketara terhadap alam sekitar, kami amat terkejut apabila cadangan itu sedang dipertimbangkan.

Memburukkan lagi keadaan, laporan EIA mendedahkan projek itu sudah pun membersihkan 117.32 hektar (57%) tanah dan kerja dimulakan (dengan 80% daripada peringkat praoperasi telah siap) sebelum penyerahan EIA. Ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling Seksyen 34(A)(6).

Bagaimana syarikat dibenarkan untuk memulakan kerja sebelum EIA diluluskan adalah sesuatu yang misteri dan memerlukan penjelasan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Kami amat bimbang proses EIA ini sekadar menjadi persetujuan bagi operasi perlombongan dan pengesahan kerja haram yang telah dilaksanakan. 

Berdasarkan penelitian SAM terhadap laporan EIA, kami ingin mendedahkan tiga lagi kebimbangan serius yang utama mengenai projek yang dicadangkan. 

Berdasarkan maklumat yang disediakan, terbukti bahawa operasi perlombongan yang dicadangkan akan menjejaskan ekosistem ke suatu keadaan yang tidak dapat dipulihkan berikutan kemusnahan alam sekitar.

Hasil pemodelan air menunjukkan kebimbangan serius mengenai pencemaran air, walaupun dengan langkah mitigasi yang dicadangkan. Banyak parameter, terutama sekali logam berat akan melebihi paras asal (baseline) dan diklasifikasikan sebagai kelas V, paras paling tercemar apabila operasi perlombongan bermula. Ini amat serius terutamanya kerana Loji Rawatan Air Lebir terletak hanya 1km  hilir sungai daripada tapak projek. Lanjutan daripada ini, kejadian banjir baru-baru ini di kawasan hilir Sungai Kelantan meningkatkan lagi kebimbangan mengenai isu pencemaran air. Sementara projek yang dicadangkan mungkin tidak terjejas oleh banjir, projek itu berpotensi meningkatkan kekerapan berlakunya kejadian banjir kilat di kawasan hilir sungai, sepertimana yang disahkan oleh EIA. Saliran asid dari lombong yang dihasilkan daripada industri lombong juga menjadi satu lagi kebimbangan yang serius.

Sepertimana yang disahkan di dalam EIA, “Tapak projek adalah habitat hidupan liar, dan cadangan melombong adalah pencerobohan kepada habitat semula jadi hidupan liar.” Kawasan kajian menjadi kediaman hidupan liar seperti Gajah Asia, Clouded Leopard, Small Clawed Otters, Dusky Langur, Beruang Matahari dan Tapir, di mana kebanyakan haiwan ini dikategorikan sebagai hampir terancam, terjejas dan haiwan liar terancam di bawah Buku Data Merah 2020 Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN). Di samping itu, kebanyakan spesies burung yang direkodkan dalam kawasan kajian dilindungi sepenuhnya atau dilindungi oleh Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Seterusnya, ia juga memburukkan lagi konflik manusia-hidupan liar memandangkan sudah pun terdapat rekod aduan konflik manusia-hidupan liar dalam lingkungan 5 km sekitar projek. Idea seluruh projek untuk mewujudkan tapak perlombongan di lokasi kawasan sensitif alam sekitar tahap 3 boleh membawa kepada kesan buruk terhadap ekosistem di sini.

Tambahan pula, daripada perspektif sosio-ekonomi, laporan EIA mendedahkan bahawa 53% responden tidak bersetuju dengan cadangan projek.

Memburukkan lagi keadaan, cadangan tapak juga menjadi sebahagian daripada wilayah komuniti penduduk asal yang tinggal berhampiran tapak projek. Dengan kampung orang asli berdekatan, kawasan ini menjadi sumber kehidupan dan bekalan air bersih. Sehubungan dengan ini tidak seharusnya dikeluarkan sebarang lesen kepada syarikat yang boleh mengganggu hak adat penduduk asal di kawasan tersebut.

Berdasarkan kepada perkara di atas, SAM menggesa tindakan berikut:

  1. Kami menggesa Jabatan Alam Sekitar tidak meluluskan laporan EIA dan menolaknya.
  2. Penggerak projek perlu diarahkan supaya memulihkan semula kawasan yang telah dibersihkan dan tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang memulakan projek sebelum memperoleh kelulusan.
  3. Kerajaan negeri Kelantan perlu mengambil tahu isu sosial dan alam sekitar yang berlaku akibat projek perlombongan terbuka di seluruh dunia dan daripada pengalaman tempatan sebelum ini. Kami menggesa kerajaan negeri Kelantan dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia untuk tidak membenarkan operasi perlombongan ini diteruskan.

Kami juga ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa pemberitahuan dan ringkasan eksekutif laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) projek yang dicadangkan ini sedang dipamerkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Laporan penuh EIA projek yang dicadangkan boleh diakses dalam talian dan tempoh tamat bagi penyerahan maklum balas awam ialah pada 15 Jun 2021. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/2SiMrAQ.

Meenakshi Raman
Presiden

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang apabila mengetahui pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa projek kereta kabel ke Bukit Bendera (Penang Hill) telah

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Ini adalah satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh beberapa NGO yang membantah aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Memandangkan krisis iklim dan biodiversiti semakin meningkat, kredit kepada syarikat komoditi yang berisiko kepada hutan meningkat 60 peratus antara 2020 dan 2021 Laporan terbaharu, yang dikeluarkan hari

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
cable car, isolated, winter-3989542.jpg

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

  • Tarikh Penerbitan | Disember 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pemuliharaan, Perancangan Bandar
Selanjutnya

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | November 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Hidupan Liar, Pemuliharaan, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 19, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Kewangan & Pelaburan Membabitkan Hutan, Penebangan hutan
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia