Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Laman Utama
  • Tentang
  • Program
  • Sumber
  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • ENGENG
  • Derma

Hari Alam Sekitar Sedunia 2020: Perhatian wajib diberi kepada penukaran guna tanah hutan dan banjir di Sarawak

  • Publication Date | Jun 5, 2020
  • Document Type | Surat Kepada Pengarang
  • Programmes | Hutan & Biodiversiti, Perubahan Iklim
  • Issues | Biodiversiti, Pembalakan
  • Tags | Banjir, Guna Tanah, Hari Alam Sekitar Sedunia
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Download PDF

Bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia 2020, dengan temanya ‘Kepelbagaian Biologi’, Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin menarik perhatian semua terhadap kesan-kesan serius akibat dari kemusnahan hutan dan sungai di Sarawak ke atas kesihatan dan kesejahteraan manusia. Hal ini menjadi lebih kritikal tatkala kesan-kesan perubahan iklim sedang menanti kita.

SAM berasa amat gusar tentang kurangnya perhatian yang telah diberi ke atas isu pertambahan insiden banjir di banyak kawasan di negeri ini, dengan kekerapan yang tidak pernah disaksikan sebelum ini. Kami percaya bahawa keadaan ini telah turut diburukkan lagi oleh kehilangan dan kerosakan hutan selama lebih dari empat dekad. Masalah ini telah menyebabkan banyak kesulitan kepada komuniti orang asal dan tempatan di beberapa kawasan yang terjejas, dan hanya akan menjadi lebih buruk lagi, jika tiada tindakan pemulihan dilakukan, terutamanya dengan melindungi hutan dan kepelbagaian biologi dan memulihara kawasan-kawasan yang telah rosak.

Keadaan banjir di pusat bandar Marudi di Baram pada bulan Disember 2019
Gambar: SAM

Sarawak suatu waktu dahulu telah dirahmati dengan hutan hujan tropika yang tidak terusik, kepelbagaian biologinya adalah antara yang paling tinggi di dunia. Kehidupan ekonomi, kebudayaan dan kerohanian sekurang-kurangnya 25 suku orang asal, yang membentuk lebih separuh dari 3 juta penduduk di negeri tersebut, bergantung terus kepada hutan-hutan ini.

Namun begitu, bermula dari 1980an, hutan-hutan di Sarawak mula dibalak secara berlebihan. Ini lantas telah mencetuskan kritikan antaranbangsa yang meluas, terutamanya tentang kesan-kesannya ke atas komuniti orang asal. Seperti yang sudah dijangkakan, dan diramalkan juga oleh pelbagai laporan saintifik semenjak waktu itu lagi, dari tahun 1990an, pengeluaran balak di Sarawak mulai menyusut. Setelah itu, bermula dari pertengahan 1990an, permit untuk perladangan monokultur mula dikeluarkan di kawasan hutan-hutan yang telah dibalak ini, termasuklah di dalam hutan simpanan pengeluaran, kebanyakannya untuk penanaman pokok kayu kertas dan kelapa sawit.

Hari ini, ada lebih dari 3 juta hektar kawasan seperti ini, sesetengahnya dipegang oleh kumpulan perniagaan yang cuma empat dekad yang lalu telah membalak hutan-hutan di Sarawak secara berlebihan. Jesteru itu, bermulalah sebuah jangkawaktu yang lebih sulit lagi untuk komuniti orang asal di Sarawak. Walaupun pembalakan turut menyebabkan kesan-kesan ke atas alam sekitar yang cukup teruk, perladangan monokultur memerlukan penebangan bersih hutan yang menyeluruh.

Seiringan dengan perkembangan ini, bermula dari 2011, data sejarah tentang peristiwa banjir seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Sarawak, mula menunjukkan peningkatan bilangan insiden banjir di Sarawak setiap tahun, dari di Baram, Limbang, Lawas, Trusan sehinggalah ke wilayah yang terletak di selatan negeri tersebut.

Sebagai contoh, di Baram, antara tahun 2001 dan 2010, data JPS menunjukkan bandar pedalaman Marudi, dan kampung-kampung di sekitarnya, telah mengalami banjir hanya sebanyak tiga kali, yakni pada November 2007, Oktober 2008 dan November 2010. Namun, dari 2011 ke 2020, beberapa kawasan di Marudi telah dilanda banjir pada Januari 2011, November 2012, dari penghujung Disember 2013 sehingga awal Januari 2014, pada Januari dan November 2015, Januari 2017 dan Februari dan April 2018. Pada Disember 2019, pusat bandar Marudi sendiri telah dibanjiri selama hampir seminggu, begitu juga dengan penempatan orang asal di sekitarnya, yang beberapa buahnya sekali lagi diancam kenaikan paras air pada awal Januari tahun ini.

Lebih teruk lagi, kampung-kampung seperti Long Bemang di Tinjar, sebuah anak sungai di hulu Sungai Baram, telah terpaksa berhadapan dengan beberapa kejadian banjir setiap tahun. Data JPS menunjukkan pada tahun 2017 sahaja, Long Bemang dan kawasan sekitarnya telah dibanjiri sebanyak tiga kali, manakala Jabatan Bomba dan Penyelamat di Marudi melaporkan tentang tujuh buah insiden. Pada tahun ini, Long Bemang dan jiran-jirannya telah dilaporkan mengalami banjir pada bulan Mac, April dan Mei. Kampung-kampung berjiran seperti Long Panai, Long Wat dan Long Atip telah turut sama dilanda banjir yang teruk semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini. Banjir ini dilaporkan telah turut menenggelamkan kawasan pertanian penduduk, memusnahkan tanaman padi dan sayur-sayuran, malah anak-anak pokok tanaman kontan seperti kelapa sawit.

Oleh itu, bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia ini, kami menggesa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak untuk mengambil peduli tentang kenyataan baru yang sedang dihadapi oleh Sarawak pada hari ini.

Dengan ketibaan perubahan iklim, tidak mustahil bahawa corak taburan hujan di Sarawak mungkin boleh meningkat naik lagi. Oleh itu, kegagalan untuk menghentikan penukaran guna tanah hutan yang masih ada di Sarawak kepada perladangan monokultur, boleh mengakibatkan kesan-kesan yang buruk ke atas populasi di Sarawak, terutama sekali mereka yang berada di pedalaman.

Di pedalaman Sarawak, prasarana pengangkutan, pendidikan dan kesihatan sememangnya sudah berada di dalam keadaan yang kurang baik. Ramai komuniti orang asalnya pula telah terpaksa berhadapan dengan kehilangan sumber-sumber makanan, pendapatan, perubatan tradisi dan air bersih apabila kebun-kebun dan hutan mereka pada awalnya telah dirosakkan oleh pembalakan, dan kemudian, hilang terus akibat perladangan.

Keadaan hari ini adalah lebih mendesak dari waktu-waktu terdahulu. Adalah sangat penting untuk kita bertindak melindungi hutan-hutan yang masih ada serta sungai-sungai di Sarawak, dari eksploitasi yang berterusan. Kita juga wajib untuk membaik pulih hutan-hutan yang telah dirosakkan selama ini, supaya mereka dapat kembali kepada keadaan asal mereka.

Seperkara lagi, kerajaan juga wajib menghormati dan mengiktiraf hak orang asal ke atas wilayah mereka, dan mengambil kira tentang betapa bernilainya sistem pengetahuan mereka di dalam membantu kerja-kerja perlindungan hutan dan kepelbagaian biologi. Ini juga akan turut membantu komuniti orang asal di dalam melakukan mitigasi dan adaptasi terhadap kesan-kesan perubahan iklim, dan membina ketahanan mereka untuk berhadapan dengannya.

Adalah penting untuk kerajaan persekutuan dan negeri memberikan perhatian yang segera terhadap kaitan antara kehilangan hutan dan peningkatan insiden banjir di Sarawak.

Meenakshi Raman

Presiden

Latest

Pembangunan & Perancangan

Bantahan pengoperasian kilang pembuatan bateri di Jenjarom, Kuala Langat, Selangor

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa supaya pihak Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan supaya mengambil peduli dan mempertimbangkan dengan serius bantahan

Read More »
Januari 14, 2021
Hutan & Biodiversiti

Sangat tidak bertanggungjawab bagi negeri-negeri menggalakkan penebangan hutan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat bimbang dengan perkembangan terkini  di mana beberapa negeri terus menggalakkan penebangan hutan atas pelbagai alasan, dan bukannya mengambil langkah-langkah untuk melindungi

Read More »
Januari 5, 2021
Pencemaran & Perlombongan

Peringatan SAM terhadap bahaya pemajuan industri nadir bumi

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang dengan pengumuman oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, kelmarin bahawa kerajaan negeri telah membuat perjanjian dengan syarikat usahasama

Read More »
Disember 3, 2020
Hutan & Biodiversiti

NGO terkilan dengan aktiviti penebangan hutan di Kompleks Hutan Ulu Muda

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (seperti yang tersenarai di bawah) amat terkejut dan terkilan dengan aktiviti penebangan hutan baru-baru ini di kawasan Kompleks Hutan Ulu Muda.

Read More »
November 25, 2020

Bantahan pengoperasian kilang pembuatan bateri di Jenjarom, Kuala Langat, Selangor

  • Publication Date | Januari 14, 2021
  • Document Type | Kenyataan Akhbar
  • Programmes | Pembangunan & Perancangan
  • Issues | Bahan Toksik, Pencemaran, Perancangan, Sisa
Read more

Sangat tidak bertanggungjawab bagi negeri-negeri menggalakkan penebangan hutan

  • Publication Date | Januari 5, 2021
  • Document Type | Surat Kepada Pengarang
  • Programmes | Hutan & Biodiversiti
  • Issues | Air, Biodiversiti, Penebangan hutan
Read more

Peringatan SAM terhadap bahaya pemajuan industri nadir bumi

  • Publication Date | Disember 3, 2020
  • Document Type | Kenyataan Akhbar
  • Programmes | Pencemaran & Perlombongan
  • Issues | Bahan Toksik, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif, Sisa
Read more

NGO terkilan dengan aktiviti penebangan hutan di Kompleks Hutan Ulu Muda

  • Publication Date | November 25, 2020
  • Document Type | Kenyataan Akhbar
  • Programmes | Hutan & Biodiversiti
  • Issues | Pembalakan, Penebangan hutan, Perjanjian Antarabangsa, REDD-plus
Read more
Pembangunan & Perancangan

Bantahan pengoperasian kilang pembuatan bateri di Jenjarom, Kuala Langat, Selangor

Read More »
Januari 14, 2021
Hutan & Biodiversiti

Sangat tidak bertanggungjawab bagi negeri-negeri menggalakkan penebangan hutan

Read More »
Januari 5, 2021
Pencemaran & Perlombongan

Peringatan SAM terhadap bahaya pemajuan industri nadir bumi

Read More »
Disember 3, 2020
Hutan & Biodiversiti

NGO terkilan dengan aktiviti penebangan hutan di Kompleks Hutan Ulu Muda

Read More »
November 25, 2020

Testimonials

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Support our mission

Do your part for the environment with your donations. Each contribution enables our organisation to create more impact towards environmental justice.

Donate here

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki, 11400 Penang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O.Box 216,
98058 Marudi, Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Laman Utama
  • Tentang
  • Program
  • Sumber
  • Arkib
  • Derma
  • Hubungi Kami
  • Polisi Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Web

Dapatkan berita terkini

[wpforms id="9"]
Facebook
Twitter
Youtube
Instagram
Copyright © 2021 Sahabat Alam Malaysia
Powered by Sahabat Alam Malaysia