Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Hari Alam Sekitar Sedunia 2023: Atasi Pencemaran Plastik (#Beat Plastic Pollution)

  • Tarikh Penerbitan | Jun 5, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
  • Penanda | haramkan pencemaran plastik, Hari Alam Sekitar Sedunia, penyelesaian palsu, plastik, Sisa Plastik, UNEP
PDF
Sisa plastik sekali guna | Gambar: © Pixabay

Beat Plastic Pollution atau Atasi Pencemaran Plastik adalah tema untuk Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini. Data yang dikeluarkan oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) adalah mengejutkan. Di seluruh dunia, satu juta botol plastik dibeli setiap minit, manakala sehingga lima trilion beg plastik digunakan di seluruh dunia setiap tahun. Pengeluaran plastik terus berkembang, dengan separuh daripada semua plastik yang dihasilkan direka untuk tujuan sekali guna.

Sejak tahun 1970-an, kadar pengeluaran plastik telah berkembang lebih cepat daripada mana-mana bahan lain. Jika trend pertumbuhan berterusan, pengeluaran global plastik primer diramalkan mencecah 1,100 juta tan menjelang 2050. Kira-kira 36 peratus daripada semua plastik yang dihasilkan adalah digunakan dalam pembungkusan, termasuk produk plastik sekali guna untuk bekas makanan dan minuman. Dianggarkan 85 peratus daripada plastik ini berakhir di tapak pelupusan sampah atau sebagai sisa tidak terkawal.

Dilaporkan bahawa di seluruh dunia kira-kira 400 juta tan sisa plastik dijana setiap tahun. Daripada tujuh bilion tan sisa plastik yang dijana secara global setakat ini, kurang daripada 10 peratus telah dikitar semula. Kitar semula bukannya penyelesaian kepada krisis plastik. Untuk menghapuskan pencemaran plastik, pengeluaran plastik mesti dihadkan di peringkat global dengan penetapan sasaran pengurangan pembuatan plastik.

Plastik diperbuat daripada karbon (bahan api fosil) dan bahan kimia, dan bahan kimia toksik dibebaskan sepanjang kitaran hayatnya. Kira-kira 98 peratus produk plastik sekali guna dihasilkan daripada bahan api fosil. Selain itu, tahap pelepasan gas rumah hijau yang dikaitkan dengan pengeluaran, penggunaan dan pelupusan plastik berasaskan bahan api fosil konvensional diramalkan meningkat kepada 19 peratus daripada bajet karbon global menjelang 2040.

Pada Perhimpunan Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEA) kelima pada Mac 2022, kesemua 193 Negara Anggota PBB memutuskan untuk menamatkan pencemaran plastik. Kumpulan masyarakat sivil bersatu dalam menyeru satu perjanjian yang kukuh untuk menangani kemudaratan kesihatan, iklim, biodiversiti, dan hak asasi manusia yang datang daripada kitaran hayat penuh plastik, dan bukan hanya pada penghujung hayat dalam bentuk sisa.

Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perundingan Antara Kerajaan (Intergovernmental Negotiating Committee INC-2) untuk perjanjian global baharu untuk menamatkan pencemaran plastik telah berakhir baru-baru ini pada 2 Jun di ibu pejabat UNESCO di Paris. Rundingan lima hari itu terbantut hampir dua hari berikutan usaha pihak tertentu yang mempunyai kepentingan kuat dalam industri minyak dan petrokimia untuk melemahkan perjanjian ini supaya pengeluaran plastik fosil dapat diteruskan tanpa henti.

Pihak industri juga turut hadir semasa rundingan, termasuk di acara sampingan di mana mereka mempromosikan penyelesaian palsu seperti “mengimbangi plastik (plastic offsetting)” skim yang tidak “mengimbangi” sama ada pengeluaran plastik atau pencemaran.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa hasil positif daripada INC-2 di mana sesetengah negara menyeru untuk penetapan sasaran pengurangan global terhadap pengeluaran plastik, dan perbincangan telah berkembang daripada fokus pada plastik sebagai masalah sisa dan pencemaran, kepada perbincangan ke arah Perjanjian yang akan menangani ancaman kepada kesihatan dan biodiversiti daripada bahan kimia sepanjang kitaran hayat plastik, dan mengutamakan peralihan yang adil kepada mata pencarian yang lebih selamat dan lebih mampan untuk pekerja merentas rantaian bekalan plastik.

Di Malaysia, kerajaan telah melancarkan “Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030”. Baru-baru ini, diumumkan bahawa kerajaan menyasarkan untuk mengharamkan penggunaan beg plastik untuk pembelian runcit merentasi semua sektor perniagaan di seluruh negara menjelang 2025. Langkah ini adalah dialu-alukan tetapi kita memerlukan tindakan yang lebih segera dan lebih banyak produk plastik sekali guna untuk difasa keluar dan diharamkan.

Kebanyakan pembungkusan makanan direka bentuk untuk kegunaan sekali sahaja dan tidak dikitar semula. Ini mewujudkan kesan alam sekitar dan isu kesihatan bergantung pada bahan yang digunakan. Membiarkan korporat dan syarikat meneruskan perniagaan mereka seperti biasa, hanya akan mempromosikan penyelesaian palsu kepada krisis sisa plastik dan pencemaran plastik akan berterusan.

Walaupun peningkatan dalam kitar semula plastik dilihat sebagai salah satu penyelesaian kepada masalah pencemaran plastik oleh kebanyakan kerajaan dan badan korporat, plastik yang mengandungi bahan kimia toksik tidak harus dikitar semula. Bahan plastik mengandungi pelbagai jenis bahan kimia termasuk yang toksik, dan apabila dikitar semula bahan toksik ini mungkin berakhir dalam mainan dan barangan pengguna yang boleh mengancam kesihatan awam. Sehingga beribu-ribu bahan kimia berbahaya yang digunakan dalam plastik dihapuskan, pengitaran semula akan kekal toksik.

Untuk mengatasi pencemaran plastik, kita memerlukan kerajaan untuk memacu perubahan termasuk menggubal dan melaksanakan dasar untuk menghadkan pengeluaran plastik, memastikan syarikat beralih daripada produk dan pembungkusan plastik kepada alternatif yang selamat. Bagi pengguna, kita perlu mengurangkan penjanaan sisa secara keseluruhan, dan ini boleh bermula dengan mengambil kira apa yang kita gunakan atau beli. Terdapat banyak pilihan untuk sistem penghantaran termasuk sistem pengisian semula dan penggunaan semula.

Jika kita tidak bertindak untuk menangani krisis plastik global, krisis ini akan terus meningkat dan memburukkan lagi ancaman yang dihadapi, termasuk kecemasan iklim, kehilangan biodiversiti yang serius, penularan toksik, dan pencemaran mikroplastik. Kesemua ini mempunyai implikasi yang mendalam kepada kesihatan manusia dan hak asasi manusia.

Bersama-sama kita harus atasi pencemaran plastik.

Meenakshi Raman
President

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar kerajaan persekutuan dan negeri melarang perlombongan termasuk unsur nadir bumi (REE) di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) seperti di hutan simpanan kekal.

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan pelancaran Fasa 2 Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos 2023 yang lalu. Kami

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) merayu kepada kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya tidak meneruskan Projek Penambakan Laut di Selatan Pulau Pinang (Penang South Reclamation – PSR).

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Konvensyen Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (UPOV) menafikan hak petani, menggalakkan biopirasi dan mengancam agrobodiversiti. SAM menyokong sepenuhnya kenyataan di bawah yang dikeluarkan

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

  • Tarikh Penerbitan | September 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

  • Tarikh Penerbitan | September 4, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Mitigasi, Tenaga
Selanjutnya

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

  • Tarikh Penerbitan | September 1, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Ekosistem Persisiran Pantai, Kedaulatan Makanan, Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perikanan
Selanjutnya

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

  • Tarikh Penerbitan | Julai 20, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pertanian
  • Jenis Isu | Agroekologi, Benih, Biodiversiti, Kedaulatan Makanan, Perdagangan & Pelaburan, Pertanian
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 756 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia