Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Hari Antarabangsa Perjuangan menentang Perladangan Monokultur Kayu: Perladangan monokultur di ambang darurat iklim

  • Tarikh Penerbitan | September 21, 2019
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Agroekologi, Biodiversiti, Penebangan hutan, Penukaran Hutan, Perladangan
  • Penanda | ladang bukan hutan, monokultur, perladangan kayu, perubahan iklim
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

September 21 adalah Hari Antarabangsa Perjuangan menentang Perladangan Monokultur Kayu, hari di mana gerakan masyarakat sivil dan komuniti di seluruh dunia memperingati penentangan ke atas perladangan monokultur kayu yang telah memusnahkan ekosistem dan mengancam komuniti. Walaupun ianya dimulakan oleh komuniti yang terjejas oleh perladangan monokultur kayu di Brazil pada tahun 2004, kemusnahan ekosistem dan kesan-kesan sosial yang dicetuskan oleh apa juga jenis monokultur yang besar adalah pada dasarnya sama sahaja, apa pun tanaman pilihannya. Lebih dari sebulan, jerebu yang merentasi sempadan yang disebabkan oleh kebakaran hutan di Sumatra dan Kalimantan telah terus bertiup di Malaysia, Singapura dan Brunei, dan akhirnya telah tiba di Filipina pada minggu ini. Perkara ini telah terus berlaku untuk lebih dari dua dekad. Di Brazil, hutan Amazon juga telah terbakar oleh sebab yang sama – kebakaran yang dicetuskan oleh pembangunan perladangan monokultur. Sementara itu, kebakaran luarbiasa telah turut berlaku di Siberia, Australia dan Artik, membuktikan bahawa kebimbangan tentang perubahan iklim tidak boleh lagi disangkal begitu sahaja. Semalam, dan berterusan di hujung minggu ini, mogok tentang perubahan iklim terus dianjurkan di seluruh dunia, kebanyakannya dipimpin oleh anak-anak muda. Apakah yang dapat kita pelajari dari semua ini?

Pertama, kita mesti sedar dari lena kita tentang fakta saintifik yang menunjukkan bahawa model ekonomi kita tidak lagi boleh digunakan. Ekonomi perladangan kayu monokultur adalah sebahagian dari sistem yang pincang ini. Di banyak negara, ianya telah tiba dengan penjajahan, menebang bersih hutan dan ekosistem yang berharga yang lain, meracuni sungai dan tanah dengan racun perosak, tatkala para buruh yang diberi upah yang rendah, bekerja keras di dalam keadaan yang buruk dan tanah komuniti dirampas.

Hari ini, model perladangan monokultur penjajahan yang eksploitatif ini terus digunakan oleh syarikat-syarikat besar di seluruh dunia di negara-negara berdaulat. Semenjak dari tahun 1990an, di Malaysia, Indonesia dan Papua New Guinea, kawasan-kawasan baru yang luas yang meliputi hutan dan malah, kebun-kebun komuniti, telah ditukar kepada perladangan monokultur korporat dengan pantas sekali, setelah industri pembalakan transnasional mula kehabisan sumber-sumber kayu balak semulajadi setelah beberapa dekad pembalakan berlebihan berlaku. Banyak dari kawasan hutan dan pertanian ini juga berada di bawah kawalan hak adat komuniti lokal. Kedua, kita juga harus menerima hakikat apabila kita berbicara tentang kesan-kesan ekologi dari perladangan monokultur, keluasan mereka adalah pencetus segala permasalahan. Akibat dari keluasan mereka dan ketiadaan kepelbagaian tanaman, dan diburukkan lagi oleh penggunaan racun yang tinggi, mereka boleh memberikan kesan yang amat buruk kepada hidrologi dan tanah-tanih setempat. Makanya, kawasan tanah gambut boleh menjadi lebih kering, menyebabkan ianya mudah terbakar.

Ketiga, untuk melindungi hutan dan melaksanakan kaedah-kaedah pertanian dan pengeluaran makanan yang lebih lestari, hak komuniti tempatan dan para petani, termasuklah masyarakat orang asal, wajib diperkukuhkan. Adalah jelas sekali kita perlu mengambil pendekatan baru berkenaan dengan pertanian dan hak komuniti dan petani, terutamanya dengan ketibaan perubahan iklim. Perladangan monokultur besar-besaran bukanlah pekebunan kecil. Syarikat-syarikat besar bukanlah petani. Apabila lebih ramai lagi komuniti dan petani kehilangan akses ke atas wilayah mereka, lebih buruk lagi kemusnahan alam sekitar yang akan berlaku, dan lebih kukuh lagi kawalan korporat ke atas sumber pemakanan dan cara hidup kita. Agroekologi dan kebun di bawah pengurusan komuniti dengan tanaman yang pelbagai adalah masa hadapan kita sebenarnya, jika kita berhasrat untuk memastikan anak-anak kita dapat menikmati sumber pemakanan dan alam yang mencukupi dan lestari dan alam sekitar yang selamat.

Setelah darurat iklim menjadi kenyataan kita pada hari ini, adalah salah dari segi moral untuk kita meneruskan segala aturcara perdagangan kita seperti biasa. Sistem pertanian kita wajib diubah, jika kita mahukan manusia untuk memiliki keupayaan berhadapan dengan perubahan iklim. Dunia wajib menghentikan kemusnahan yang dibawa oleh pembangunan perladangan monokultur besar-besaran. Komuniti dan petani wajib dibenarkan untuk menuntut semula hak mereka untuk memberikan dunia makanan, pakaian dan segala keperluan lain secara lestari, seperti menjadi kelazimannya sebelum zaman penjajahan. Ini bukanlah persoalan tentang pilihan. Kita tidak ada pilihan lain lagi sebenarnya. Seperti yang telah dinyatakan dengan tuntas oleh aktivis remaja perubahan iklim, Greta Thunberg, “tidak ada kawasan yang kabur apabila kita berhadapan dengan soal hidup atau mati.”

Meenakshi Raman

Presiden

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang apabila mengetahui pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa projek kereta kabel ke Bukit Bendera (Penang Hill) telah

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Ini adalah satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh beberapa NGO yang membantah aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Memandangkan krisis iklim dan biodiversiti semakin meningkat, kredit kepada syarikat komoditi yang berisiko kepada hutan meningkat 60 peratus antara 2020 dan 2021 Laporan terbaharu, yang dikeluarkan hari

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
cable car, isolated, winter-3989542.jpg

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

  • Tarikh Penerbitan | Disember 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pemuliharaan, Perancangan Bandar
Selanjutnya

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | November 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Hidupan Liar, Pemuliharaan, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 19, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Kewangan & Pelaburan Membabitkan Hutan, Penebangan hutan
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia