Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Hari Perikanan Sedunia: SAM gesa nasib nelayan dan sumber hidupan laut diberi perhatian serius

  • Tarikh Penerbitan | November 21, 2020
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Marin & Perikanan
  • Jenis Isu | Ekosistem Persisiran Pantai, Pemuliharaan, Perikanan
  • Penanda | hidupan marin, hutan paya bakau, Nelayan, pukat kenka, pukat tunda
PDF

Hari Perikanan Sedunia diperingati pada 21 November setiap tahun. Hari Perikanan Sedunia disambut untuk menarik perhatian masyarakat tempatan dan dunia kepada masalah serta isu berkaitan dengan perikanan seperti penangkapan ikan berlebihan, kaedah tangkapan yang merosakkan sumber, pemusnahan habitat, pencemaran, pembangunan pinggir pantai dan  pelbagai ancaman lain terhadap sumber hidupan laut. 

Kajian melaporkan bahawa lebih daripada dua pertiga perikanan dunia telah mengalami penangkapan berlebihan atau dituai sepenuhnya dan lebih dari satu pertiga berada dalam keadaan merosot kerana pelbagai faktor. 

Di Malaysia, pukat tunda dan alat tangkap terlarang serta merosakkan sumber merupakan salah satu daripada faktor utama kemerosotan sumber perikanan. Alat tangkap ini banyak memerangkap anak-anak ikan yang tiada nilai komersial, dan yakni dijadikan ikan baja. Kajian menunjukkan hingga 60% tangkapan oleh pukat tunda adalah ikan baja dan anak-anak ikan. 

Selain itu, alat tangkap ini merosakkan dasar laut dan kawasan pembiakan hidupan marin. Operasi pukat tunda ini juga telah menimbulkan konflik dan ketegangan kepada nelayan pantai zon A kerana pukat ini kerap menceroboh ke kawasan tangkap nelayan Zon A serta merosakkan alat tangkapan nelayan. 

Dasar Penghapusan Pukat Tunda B dan Penghapusan Pukat Kenka 2 bot (Apollo) berkuatkuasa 1 Januari 2021 mesti diteruskan seperti yang dirancang. Dasar ini perlu dilaksana segera seperti yang dirancang bagi menjamin sumber perikanan yang lestari dan berterusan. Dasar ini telah lama dirancang iaitu sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) bagi mengurangkan daya tangkap berlebihan di laut. 

Pada 2014, Menteri Pertanian telah mengumumkan untuk penghapuskan pukat tunda di Zon B bermula 1 Januari 2016. Walaubagaimanapun,  peracangan ini ditunda kepada 1 Januari 2021 atas dasar dan bantahan pengusaha pukat tunda yang memerlukan lebih masa untuk menukar alat tangkap serta kebajikan awak-awak dan tekong. Sehingga hari ini, SAM melihat tiada kesungguhan dan komitmen dari kerajaan untuk mempertahankan dasar ini.

Selain itu, masalah pencerobohan nelayan asing terutamanya di perairan pantai Timur Malaysia di Laut China Selatan meliputi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang iaitu sekitar 121,398 kilometer persegi dengan jarak pantai 574 kilometer bermula dari Pantai Tok Bali di Kelantan sehingga ke Endau, Rompin di Pahang harus diberi perhatian serius. Pencerobohan nelayan asing dari negara jiran terutamanya dari Vietnam yang menceroboh perairan Malaysia telah menyebabkan negara kerugian 6 bilion ringgit (AS$1.45 bilion) setahun. 

Penggunaan pukat tunda ganding oleh nelayan asing banyak merosakkan sumber, bubu dan unjam nelayan serta mengancam keselamatan kepada nelayan tempatan. Lesen vesel terpakai yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan juga harus disemak semula kerana banyak lesen-lesen ini di Alibaba untuk kepentingan sesetangah pihak.

Usaha Jabatan Perikanan bagi meningkat sumber perikanan melalui penggunaan tukun tiruan amat disambut baik. Tukun-tukun tiruan ini akan menjadi tempat pembiakan ikan. Selain itu, tukun ini juga dapat berfungsi sebagaipenghalang aktiviti nelayan pukat tunda dari masuk ke kawasan zon pantai. Pukat tunda yang tersangkut pada tukun akan pecah manakala tali penarik akan putus. 

Selain tukun-tukun konkrit (atau buatan), bot-bot nelayan asing yang dilucut hak kerana menceroboh sempadan negara turut dijadikan tukun. Pelupusan bot dengan kaedah penenggelaman memberikan manfaat kepada para nelayan kerana ia akan menjadi habitat perikanan yang baharu sekali gus dapat menambah kawasan pembiakan ikan serta dapat menjana ekonomi nelayan setempat. Melalui pendekatan ini juga dapat memberi amaran dan pengajaran kepada mana-mana bot asing yang cuba menceroboh perairan negara. 

Selain itu, usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan hutan paya bakau harus dipergiat. Kawasan hutan bakau yang sedia ada perlulah dikekalkan serta dipelihara dan dipulihara dengan baik. Kawasan-kawasan terosot perlu dilakukan usaha penanaman semula serta rawatan yang berterusan. Hutan paya bakau merupakan habitat hidupan marin untuk  membiak serta amat penting kepada kitaran hidupan anak-anak ikan, udang dan ketam dalam mencari tempat pelindungan sebelum membesar dan ke laut lepas.

Pokok-pokok bakau juga merupakan penyimpan karbon yang terbaik. Hasil kajian penilaian karbon mendapati pokok bakau yang berumur 4 hingga 13 tahun mampu menyimpan karbon di antara 7.25 hingga 83.35 tan karbon dengan kadar sekuestrasi karbon adalah antara 1.7 hingga 6.0 tan karbon per hektar setahun. 

Bagi pokok rhu dan spesies-spesies lain yang berumur 4 hingga 7 tahun pula mampu menyimpan karbon di antara 3.02 hingga 103.62 tan karbon dengan kadar sekuestrasi karbon adalah di antara 1.7 hingga 6.0 tan karbon per hektar setahun. Sekaligus, merupakan antara tumbuhan terbaik dalam menstabilkan suhu bumi dan mengawal pemanasan global. 

Hari Perikanan Sedunia membawa kita menyoroti secebis masalah serta isu-isu berkaitan perikanan serta merencana dan mencari jalan keluar terbaik kepada masalah yang saling berkaitan ini. Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber perikanan merupakan agenda penting yang perlu dibawa oleh semua pihak bagi memastikan sumber protein negara berasaskan ikan dan sumber laut dapat dinikmati oleh generasi ke generasi. 

Meenakshi Raman

Presiden

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar kerajaan persekutuan dan negeri melarang perlombongan termasuk unsur nadir bumi (REE) di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) seperti di hutan simpanan kekal.

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan pelancaran Fasa 2 Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos 2023 yang lalu. Kami

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) merayu kepada kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya tidak meneruskan Projek Penambakan Laut di Selatan Pulau Pinang (Penang South Reclamation – PSR).

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Konvensyen Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (UPOV) menafikan hak petani, menggalakkan biopirasi dan mengancam agrobodiversiti. SAM menyokong sepenuhnya kenyataan di bawah yang dikeluarkan

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

  • Tarikh Penerbitan | September 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

  • Tarikh Penerbitan | September 4, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Mitigasi, Tenaga
Selanjutnya

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

  • Tarikh Penerbitan | September 1, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Ekosistem Persisiran Pantai, Kedaulatan Makanan, Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perikanan
Selanjutnya

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

  • Tarikh Penerbitan | Julai 20, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pertanian
  • Jenis Isu | Agroekologi, Benih, Biodiversiti, Kedaulatan Makanan, Perdagangan & Pelaburan, Pertanian
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 756 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia