Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Hentikan Pembunuhan Hidupan Liar Di Jalan Raya

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 6, 2020
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Hidupan Liar, Perancangan
  • Penanda | Johor, Laporan EIA, Tapir, Terengganu
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF
Credit: flickr

Peningkatan bilangan hidupan liar yang terbunuh di jalan raya di negara kita merupakan satu isu yang Sahabat Alam Malaysia (SAM) dapati amat sukar untuk tidak dipedulikan. Insiden terbaharu melibatkan dua ekor tapir yang melintasi jalan raya. 

Kes pertama berlaku di  Terengganu di mana seekor tapir selepas dilanggar oleh kereta tersandung ke dalam hutan berdekatan dalam keadaan kecederaan. Hidupan liar yang cedera sering mengalami penderitaan sehingga membawa kepada kematian. Bagaimanapun, kemalangan kedua yang berlaku di Johor melibatkan seekor tapir menerima nasib malang apabila haiwan itu mati akibat kecederaan di bahagian kepala, kemungkinan akibat dilanggar oleh kenderaan.

Peningkatan bilangan kematian di jalan raya yang membimbangkan ini turut melibatkan bukan hanya hidupan liar sahaja tetapi juga haiwan domestik.

Dalam kemalangan jalan raya melibatkan kematian manusia, kes ini akan diberi perhatian, disiasat dengan tindakan susulan diambil. Tetapi dengan kematian hidupan liar tiada siasatan atau langkah keselamatan diambil bagi mencegah kejadian. Pemandu kenderaan lepas bebas memandangkan tiada pampasan perlu dibayar tidak kira sama ada haiwan itu spesies nadir atau terancam. Lebih malang lagi haiwan yang mati itu dipotong bahagian anggota badan untuk diambil oleh mereka kerana percaya dengan nilainya sebagai ubat perangsang.

Siapakah yang bersalah bagi kematian di jalan raya ini? Ketika memandu, kebanyakan pemandu tidak memikirkan kemungkinan haiwan yang bergerak perlahan seperti mamalia, amfibia dan reptilia. Kebanyakan yang terbunuh ialah biawak, ular, tenggiling, katak, monyet dan sebagainya. Terdapat juga mereka yang tidak mempedulikan untuk mematuhi papan tanda yang menunjukkan haiwan mungkin melintas.

Pengembangan rangkaian jalan raya melalui habitat hidupan liar dan peningkatan jumlah lalu lintas mempercepatkan lagi kepupusan spesies. Ini merupakan salah satu penyebab utama pengurangan hidupan liar ditambah dengan penebanganhutan, pemusnahan habitat, pemusnahan tanah lembap, eksploitasi berlebihan dan pemburuan serta perdagangan hidupan liar.

Pembinaan jalan raya melalui habitat hidupan liar yang mengakibatkan fragmentasi hutan  seharusnya menjadi kebimbangan yang serius kepada negara kerana membuka lebih banyak jalan baharu yang memisahkan laluan perjalanan hidupan liar sejak dahulu kala. Untuk mengurangkan kematian di jalan raya pihak berkuasa telah membina jambatan eko atau jejambat jalan bawah dan jalan atas untuk membolehkan hidupan liar bergerak dari satu bahagian hutan yang difragmentasi ke satu bahagian lain. Tetapi persoalannya ialah sejauh manakah keberkesanan kemudahan ini bagi tujuan hidupan liar melintas dengan selamat.

Lintasan hidupan liar mungkin membantu untuk mengurangkan kesan kematian di jalan raya, tetapi bukannya penyelesaian untuk mengatasi kesan buruk jalan raya terhadap hidupan liar dan tidak seharusnya menjustifikasikan pembinaan jalan raya ke dalam kawasan habitat hidupan liar. Pilihan pertama ialah untuk mengelakkan pembinaan jalan raya melalui habitat hidupan liar.

Tiada apa-apa pun yang akan sepenuhnya membasmi kematian haiwan. Tetapi pihak berkuasa lebuh raya seharusnya menyedarkan orang ramai akan betapa besarnya tragedi kematian di jalan raya yang seharusnya dimasukkan ke dalam kursus pendidikan memandu. Pemandu mestilah digalakkan untuk berhati-hati kerana haiwan mungkin berada berdekatan atau di jalan raya. Melibatkan media melalui pengumuman di radio dan televisyen juga boleh membantu untuk mendidik pemandu.

Jika sebarang pembangunan jalan raya cenderung menyebabkan kesan kepada fauna asli, Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) mestilah dijalankan dan nasihat mestilah diminta daripada pihak berkuasa hidupan liar.

Dengan perkembangan bilangan penduduk yang semakin meningkat dan memerlukan lebih banyak jalan raya dan perhubungan, perancangan proaktif dan strategik untuk mengurangkan kematian di jalan raya seharusnya menjadi tumpuan utama dalam sebarang perancangan masa depan projek jalan raya yang melibatkan habitat hidupan liar.

Strategi terbaik sudah tentulah untuk mengurangkan keperluan bagi membina jalan raya sepanjang habitat hidupan liar.

Meenakshi Raman

Presiden

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang apabila mengetahui pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa projek kereta kabel ke Bukit Bendera (Penang Hill) telah

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Ini adalah satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh beberapa NGO yang membantah aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Memandangkan krisis iklim dan biodiversiti semakin meningkat, kredit kepada syarikat komoditi yang berisiko kepada hutan meningkat 60 peratus antara 2020 dan 2021 Laporan terbaharu, yang dikeluarkan hari

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
cable car, isolated, winter-3989542.jpg

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

  • Tarikh Penerbitan | Disember 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pemuliharaan, Perancangan Bandar
Selanjutnya

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | November 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Hidupan Liar, Pemuliharaan, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 19, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Kewangan & Pelaburan Membabitkan Hutan, Penebangan hutan
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia