Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Hentikan Penambakan Laut! SAM melancarkan laporan “Kesan-Kesan Penambakan Laut di Malaysia”

  • Tarikh Penerbitan | Februari 27, 2019
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Ekosistem Persisiran Pantai, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perancangan Bandar, Perikanan
  • Penanda | EIA, Laporan EIA, Penang South Reclamation, PSR, PTMP, RSNPP2030
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Malaysia untuk membatalkan semua cadangan projek penambakan laut di Malaysia.  Gesaan ini adalah berdasarkan kepada kajian dan hasil tinjauan SAM yang mendapati masyarakat persisiran pantai dan eksosistem laut adalah terjejas akibat projek penambakan laut.  Projek penambakan juga menjejas hak dan sumber pendapatan nelayan.

Terbitan baru SAM bertajuk “Kesan-Kesan Penambakan Laut di Malaysia” membutirkan kesan-kesan ke atas biologi, sosio-ekonomi, fizikal, sosio-kebudayaan dan lain-lain impak penambakan, dengan menengahkan beberapa kes di Malaysia. Kajian SAM mendapati bahawa pembangunan di persisiran pantai dan projek tambakan telah merompak penggunaan serta akses nelayan dan komuniti kepada sumber persisiran pantai dan laut.

Beribu-ribu hektar kawasan menangkap ikan dan habitat marin telah hilang kerana kegilaan untuk penambakan.  Projek penambakan telah dicadangkan atau dijalankan di Kedah, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Pahang dan Kelantan. Sebagai contoh di Pulau Pinang, kerajaan negeri bercadang untuk menebusguna 4,500 ekar kawasan laut di selatan pulau ini, dengan mengabaikan kehidupan masyarakat nelayan dan sumber marin di sini.

Perlombongan pasir laut dan batu agregat yang digunakan untuk pembangunan dan penambakan juga meningkat dengan ketara, memberi kesan kepada flora dan fauna dasar laut. Berjuta-juta tan pasir dan batu-batan perlu dilombong untuk mewujudkan tanah baru.

Pengorekan dan pengeluaran agregat dari zon benthik (dasar laut) memusnahkan organisma, habitat serta ekosistem dan amat memberi kesan kepada komposisi biodiversiti. Kajian menunjukkan bahawa ini membawa kepada penurunan bersih dalam kepadatan dan kepelbagaian fauna atau perubahan dalam komposisi spesies.

SAM akan mengemukakan terbitan ini kepada ahli Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) untuk membatalkan semua projek-projek penambakan yang dicadangkan di negara ini dan khususnya projek Penang South Reclamation (PSR).  Penyerahan ini adalah sebagai maklumbalas kepada kenyataan minggu lepas oleh Exco negeri Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo bahawa projek PSR akan dibentang di MPFN pada April ini.

Cadangan projek PSR yang melibatkan pembuatan tiga pulau yang merentang dari selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke arah timur ke sekitar Permatang Damar Laut, tidak diperlukan sama sekali. Sebab utama projek PSR dicadangkan adalah untuk mewujudkan bank tanah untuk membiayai Rancangan Induk Pengangkutan (PTMP) Pulau Pinang yang merupakan satu lagi projek yang tidak wajar.

Kerajaan Negei Pulau Pinang seolah-olah meredah untuk mendapat kelulusan bagi cadangan projek ini. Minggu lalu Ketua Pengarah PLANMalaysia Datuk Rokibah Abdul Latif dipetik menyatakan projek PSR tidak dibentangkan lebih awal kepada MPFN kerana Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) tidak dikemaskini. Menjawab dengan serta-merta, Jagdeep telah menyatakan draf RSNPP 2030 berada di peringkat akhir dan hampir diwartakan.

Pendengaran mengenai maklum balas awam ke atas RSNPP2030 masih belum dijalankan dan kami bimbang sekiranya sesi ini diadakan ia hanya semata-mata untuk memenuhi kewajipan. Kami khuatir bantahan yang telah dikemukakan oleh orang awam tidak akan dipertimbangkan serius dan pindaan draf RSNPP 2030 tersebut dilakukan.

Di samping itu terdapat persoalan pembiayaan projek PSR. Menteri Kewangan minggu lalu mendedahkan bahawa hutang dan liabiliti kerajaan persekutuan masih berlegar sekitar RM1 trilion. Ia tidak arif untuk kerajaan Persekutuan menyalurkan apa-apa dana kepada Kerajaan Negeri untuk projek yang tidak diperlukan. Mendapatkan pinjaman sama ada dari sumber tempatan atau luaran akan menambah lagi hutang negara.

Selain membazirkan dana dan sumber semula jadi, PSR akan memberi impak besar kepada perikanan. Aktiviti perikanan dijalankan secara meluas dalam kawasan PSR yang dicadangkan serta di laut sekitarnya. Projek penambakan yang dicadangkan akan memberi kesan kepada rantaian makanan lautan dan industri perikanan kerana kehilangan dataran lumpur. Kehilangan habitat persisiran pantai disebabkan cadangan projek ini merupakan tamparan hebat bagi alam sekitar di sini.

Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) cadangan projek PSR melaporkan bahawa nilai harga borong ikan yang didarat di kawasan kajian dianggarkan bernilai RM42.09 juta, iaitu 12.4% daripada keseluruhan nilai harga borong ikan dari bahagian Pulau.  Ditambah dengan aktiviti sokongan dan hiliran, sektor perikanan berjuta-juta ringgit yang beribu-ribu orang bergantung kepada sedang diperagakan untuk pembangunan. Ikan akan pupus dan tidak lama lagi nelayan juga akan lenyap kerana kehilangan kawasan penangkapan.  Adakah ini matlamat kerajaan negeri?

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kow Yeow dilaporkan menyatakan bahawa wawasan Pulau Pinang 2030 mesti dapat menilai ujian kebajikan rakyat. “Sekiranya projek ini tidak meningkatkan kebajikan rakyat, mungkin kita perlu fikirkan semula,” kata beliau.  Kami berharap Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri akan mengkaji semula cadangan projek dan sedar bahawa projek PSR ini akan membawa impak negatif kepada penduduk dan alam sekitar.

Dengan ini SAM menggesa pihak bertanggungjawab untuk membatalkan cadangan projek  Penang South Reclamation dan semua projek penambakan lain yang dirancang di Malaysia.

Hentikan Perampasan Laut!

S.M. MOHAMED IDRIS

Presiden

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Infografik 16 halaman di bawah menggambarkan bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada kita semua. Penggunaan berlebihan / pengeluaran berlebihan plastik menyebabkan peningkatan pengeluaran bahan buangan. 

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM)  mengalu-alukan langkah kerajaan Malaysia yang tidak tunduk kepada tekanan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk membatalkan syarat kelulusan lesen operasi  pada tahun 2020. Syarat

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin memberikan maklum balas terhadap kenyataan oleh Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian Mcfeeters baru-baru ini bertajuk ‘Partners in

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

  • Tarikh Penerbitan | Mac 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

  • Tarikh Penerbitan | Februari 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya
climate change, global warming, environment

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

  • Tarikh Penerbitan | Januari 17, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
Selanjutnya

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia