Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Hentikan penukaran dan pembersihan hutan paya gambut di Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam untuk projek Selangor Smart Agro Park (SSAP)

  • Tarikh Penerbitan | April 6, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pemuliharaan, Penukaran Hutan, Perladangan
  • Penanda | Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan, EIA, Hutan Paya Gambut, kawasan sensitif alam sekitar, Pelan Tindakan Tanah Gambut Kebangsaan, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, Sabak Bernam, Sawit, Selangor, Smart Agro Park
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Kenyataan akhbar ini telah dikeluarkan oleh Gabungan Melindungi Hutan Negeri Selangor di mana SAM adalah ahli. Kenyataan ini adalah terhadap penukaran dan pembersihan 2,400 ekar (970 hektar) hutan paya gambut di Sungai Panjang, Sabak Bernam bagi projek Smart Agro Park (SSAP).

Gabungan Melindungi Hutan Negeri Selangor meminta supaya hentikan pembersihan 2,400 ekar hutan paya gambut di Daerah Sabak Bernam oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Hutan-hutan ini merupakan komponen penting bagi Hutan Paya Gambut Selangor Utara yang mempunyai kepentingan global.

PKPS merancang untuk membersihkan dan mengalir keluar air daripada 1,000 hektar hutan paya gambut tersebut, yang merupakan habitat penting kepada spesies hidupan liar dan ikan yang jarang ditemui di bumi ini. Penebangan dan pembersihan hutan tersebut telah bermula walaupun Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) tidak disediakan.

Kajian EIA adalah wajib dilakukan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling Aktiviti Yang Ditetapkan EIA 2015 oleh semua projek yang merancang untuk melakukan aktiviti pembersihan dan pengaliran keluar air lebih daripada 20 hektar hutan paya gambut untuk pertanian dan guna tanah lain. Adalah difahamkan bahawa PKPS sebelum ini telah merancang untuk membangunkan kawasan tersebut untuk penanaman minyak sawit, namun dihentikan apabila terdapat polisi nasional yang tidak membenarkan pembinaan kawasan tanaman minyak sawit di tanah atau hutan gambut. Projek tersebut kini telah digantikan dengan “Selangor Smart Agro Park (SSAP)” dan masih melibatkan penanaman minyak sawit dengan menanam kelapa sawit untuk mengambil kesempatan terhadap kepincangan (loophole) polisi nasional. PKPS telah memulakan kajian EIA untuk projek minyak sawit yang terdahulu tetapi dihentikan apabila menukar jenis projek – walaupun kajian EIA adalah wajib dilaksanakan untuk semua skim/projek pertanian melebihi 20 hektar di hutan tanah gambut.

Kawasan hutan tersebut mempunyai kepentingan global terhadap biodiversiti tanah gambut dengan ekosistem yang unik dan merupakan habitat kepada spesies-spesies Hampir Terancam (Near Threatened, NT), Lemah Ancaman (Vulnerable, V), dan Terancam (Endangered, EN). Kawasan ini: 

  • Didominasi oleh pokok-pokok yang berdiameter lebih daripada 20-30cm serta pokok-pokok besar yangberdiameter lebih daripada 50cm seperti Macarangga pruinosa., Cinnamomum spp.(Medang), Shorea uliginosa. (Meranti bakau), Cratoxylum spp (Geronggang). dan Palaquium spp.(Nyatoh) – yang mana majoriti adalah spesies paya gambut dengan taburan yang terhad;
  • Habitat kepada banyak mamalia yang jarang ditemui termasuklah Panther Panthera pardus (V), Sunbear Helarctos malayanus (V), Tapir Tapirus indicus (EN);
  • Habitat utama kepada burung enggang dan lain-lain spesies burung residen termasuk spesies yang terancam;
  • Habitat kepada pelbagai spesies ikan air hitam yang terancam (sesetengah spesies tidak terdapat di tempat lain) seperti Encheloclarias curtisoma (EN), Betta hipposideros (EN), Betta livida (EN), Parosphromenus harveyi (EN)], Parakysis verruscosus (V), Bihunichthys monopteroides (V), Clarias microcephalus (NT) dan Trichopodus leerii (NT).

Kawasan ini adalah Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di bawah Rancangan Fizikal Negara 3 (2016 – 2020). Selain daripada itu, kawasan ini juga dikhususkan untuk perlindungan dalam Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035.

Kawasan tanah gambut juga ini mempunyai kepentingan terhadap penyimpanan karbon dengan kedalaman gambut sebanyak 6 meter dan mampu menyimpan lebih daripada 3 juta tan karbon bersamaan dengan 12 juta karbon dioksida, bernilai sekurang-kurangnya RM 240 juta. Oleh itu, usaha untuk mendapatkan dana kebangsaan dan antarabangsa perlu dilaksanakan demi melindungi tanah gambut selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Paris serta untuk mengatasi perubahan iklim global.

Pembinaan saliran di kawasan hutan paya gambut ini akan membawa kepada mendapan tanah gambut dan meningkatkan risiko banjir di sepanjang jalan Tanjung Malim hingga ke Sabak Bernam dan bersebelahan dengan estet minyak sawit PKPS. Keadaan ini juga akan mengakibatkan peningkatan risiko kebakaran dan kemerosotan Hutan Simpan Sungai Karang yang terletak bersebelahan kawasan tersebut.

Tambahan lagi, penukaran guna tanah kepada pertanian di hutan paya gambut yang berkeadaan baik adalah tidak selari dengan polisi Kerajaan Malaysia untuk memelihara semua hutan paya gambut yang masih sihat. Projek ini juga tidak selari dengan Pelan Tindakan Tanah Gambut Kebangsaan (2011 – 2020) atau Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (2016-2025). Jika projek pertanian dan kilang minyak sawit ini diteruskan, reputasi minyak sawit dan industri pertanian di Malaysia akan terjejas.

Selain itu, Gabungan juga ingin mengingatkan bahawa Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi PKPS telah membuat pengumuman pada 20 Februari 2020 di mana kawasan hutan ini akan diwartakan sebagai tambahan kepada Hutan Simpan Sungai Karang untuk melindungi kawasan tersebut untuk jangka masa panjang. Kenapa kerajaan negeri tidak berpegang kepada kenyataan tersebut?

Gabungan dengan ini meminta hentikan pembangunan dan pembersihan hutan paya gambut tersebut, sementara menunggu penilaian penuh projek dan penyediaan EIA.

Kawasan yang sedang dibersihkan berada dalam keadaan yang baik dengan vegetasi semula jadi di hutan paya gambut tropika dataran rendah
(Tapak 1 & Tapak 2) seperti yang telah digambarkan dalam rajah di bawah (Google image)
  • Imej Google menunjukkan Tapak-Tapak
  • Tapak 1
  • Tapak 2
Gambar: Gabungan Melindungi Hutan Negeri Selangor

Tapak 1 yang sedang dibersihkan untuk tujuan penukaran guna tanah (3°39’22.20″N, 101°19’33.02″E)

  • Tapak 1
  • Tapak 1
  • Tapak 1
Gambar: Gabungan Melindungi Hutan Negeri Selangor

Kawasan Tapak 2 yang sedang dibersihkan untuk pembinaan empat jalan dan saliran di hutan yang berkualiti tinggi (3°41’45.18″N, 101°13’26.99″E)

  • Tapak 2
  • Tapak 2
  • Tapak 2
Gambar: Gabungan Melindungi Hutan Negeri Selangor


Mengenai Gabungan Melindungi Hutan Negeri Selangor

Gabungan tujuh pertubuhan alam sekitar ini telah ditubuhkan berikutan kebimbangan kami kerana Selangor akan kehilangan hutan simpan paya gambut yang amat penting, kaya dengan biodiversiti dan khazanah bagi masyarakat Orang Asli. Gabungan ini menggesa untuk perlindungan dan pemuliharaan hutan di Selangor serta bekerja rapat dengan pakatan, sekutu dan rangkaian lain untuk menyerlahkan kepentingan ekosistem dan biodiversiti hutan bagi seluruh dunia untuk kawalan iklim dan kemapanan semula jadi. Gabungan ini juga menggalakkan penghormatan hak dan identiti komuniti orang asli yang wujud bersama dengan hutan di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gabungan, kunjungi:

https://www.facebook.com/Coalition-for-the-Protection-of-Selangors-Forests-102562088005138/

Ahli-ahli Gabungan ialah:

  • Center for Orang Asli Concerns Malaysia (COAC)
  • Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS Malaysia)
  • Global Environment Centre (GEC)
  • Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)
  • Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)
  • Sahabat Alam Malaysia (SAM)
  • Treat Every Environment Special (TrEES)

Untuk maklumat lanjut / pertanyaan media, sila hubungi:

Global Environment Centre (GEC):
Nagarajan Rengasamy – nagarajan@gec.org.my | Tel: 012-296 8434
Adelaine – adelaine@gec.org.my | Tel: 012 2393 2983

Sahabat Alam Malaysia (SAM):
Mageswari Sangaralingam – foemalaysia@gmail.com | Tel: 012 878 2706

Treat Every Environment Special (TrEES):
Leela Panikkar – treateveryenvironmentspecial@gmail.com | Tel: 012 391 2521

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang apabila mengetahui pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa projek kereta kabel ke Bukit Bendera (Penang Hill) telah

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Ini adalah satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh beberapa NGO yang membantah aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Memandangkan krisis iklim dan biodiversiti semakin meningkat, kredit kepada syarikat komoditi yang berisiko kepada hutan meningkat 60 peratus antara 2020 dan 2021 Laporan terbaharu, yang dikeluarkan hari

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
cable car, isolated, winter-3989542.jpg

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

  • Tarikh Penerbitan | Disember 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pemuliharaan, Perancangan Bandar
Selanjutnya

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | November 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Hidupan Liar, Pemuliharaan, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 19, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Kewangan & Pelaburan Membabitkan Hutan, Penebangan hutan
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia