Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Hutan dalam bahaya: SAM gesa hentikan projek cadangan perlombongan di Pahang

  • Tarikh Penerbitan | Jun 30, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pemuliharaan, Pencemaran, Penukaran Hutan, Perlombongan & Ekstraktif, Sisa
  • Penanda | Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, bijih besi, EIA, Hutan Simpan Som, Mukim Kuala Tembeling, Pahang, Senarai Merah IUCN
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat bimbang  dan prihatin mengenai projek-projek perlombongan yang dicadangkan di dalam hutan-hutan simpan. Cadangan paling baharu yang mana Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) telah dikemukakan untuk ulasan awam adalah projek perlombongan bijih besi di Mukim Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang.

Projek yang dicadangkan ini adalah untuk mengeluarkan bijih besi di Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 2, meliputi 60.75 hektar. Tapak yang dicadangkan adalah di dalam Hutan Simpan Som, dalam koridor central forest spine (CFS1 – SL 2: Rizab Hidupan Liar Krau – HS Bencah – HS Som – HS Yong), yang dikategorikan sebagai KSAS Tahap 2.

Iklan mengundang ulasan awam bagi EIA bagi cadangan projek perlombongan bijih besi di Pahang

Amat menyedihkan bahawa projek yang memusnahkan alam sekitar seperti perlombongan terbuka dicadangkan di tapak yang kaya dengan biodiversiti. Projek ini akan menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan kepada landskap semula jadi serta flora dan fauna. Habitat hidupan liar akan terjejas dengan teruk memandangkan tapak yang dicadangkan terletak di koridor CFS, hubungan kedua yang menjadi jambatan bagi hidupan liar untuk bergerak dari satu hutan ke hutan yang lain. Dalam kes ini, koridor ini menghubungkan  Rizab Hidupan Liar Krau di Raub dengan Hutan Simpan Som di Jerantut.

Sebarang gangguan akan mengundang bencana kepada hidupan liar tempatan di kawasan itu. Menurut kenyataan yang dibuat oleh bekas Pengarah Perhilitan Pahang dalam tahun 2018, Encik Ahmad Azhar Mohammed, “pemburu haram biasanya memasuki kawasan hutan yang telah dibersihkan dan mereka mempunyai akses ke hutan untuk membawa keluar hasil tangkapan mereka. Hidupan liar yang menduduki kawasan hutan yang telah dibersihkan biasanya meninggalkan habitat mereka untuk mencari makanan. Antara kawasan titik panas yang dikenal pasti di Pahang adalah Kemasul (Bentong), Tekai (Jerantut), dan Berkelah (Kuantan).”

Pemecahan habitat, kehilangan sumber makanan dan habitat semula jadi memaksa hidupan liar untuk melarikan diri daripada habitat asal mereka dan memasuki kawasan penempatan manusia. Ini akhirnya menyebabkan lebih banyak konflik manusia-hidupan liar berlaku di mana pada masa kini ia lebih kerap berlaku.

Kelihatan di sini tahi gajah, pokok tumbang dan tapak kaki gajah berdekatan dengan kawasan perkampungan | Gambar diguna dengan ikhsan Kampung Som

Berdasarkan laporan EIA cadangan projek, tapak yang dicadangkan adalah tempat di mana terdapat banyak hidupan liar yang diklasifikasikan sebagai lemah ancaman, terancam teruk, dan terancam dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan juga Senarai Merah IUCN. Spesies haiwan yang ditemui di sini adalah Harimau Malaya, harimau kumbang, tapir, gajah, rusa dan kijang.

Bilangan hidupan liar ini semakin merosot dengan serius sekali dalam tempoh beberapa tahun yang lepas disebabkan oleh pembangunan yang berleluasa dan konflik manusia-hidupan liar. Kami amat bimbang jika projek perlombongan ini diluluskan, tapak projek yang dicadangkan tersebut tidak boleh lagi diperbaiki atau dipulihkan dan ia juga akan memaksa hidupan liar ini hidup dalam keadaan bahaya dan ketakutan yang berterusan.

Untuk memburukkan lagi keadaan, jenut garam (salt lick) ditemui kurang daripada 500 meter daripada tapak projek yang dicadangkan. Struktur geologi semula jadi ini memainkan peranan penting dalam menyediakan nutrien mineral penting bagi hidupan liar seperti tapir, rusa, dan gajah. Seksyen 85 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 jelas menyatakan bahawa jenut atau tanah berhampiran dengan jenut tidak boleh diganggu. Oleh itu, jika projek ini dibenarkan, penggerak projek akan mencabuli Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Operasi perlombongan yang dicadangkan juga akan mengubah secara kekal kawasan rupa bumi semula jadi dan ini akan menjejaskan laluan hidupan liar di mana ada di antara hidupan liar yang berkemungkinan besar sesat di sepanjang jalan dan berakhir jauh daripada kawasan rayauan biasa. Ini akan menyebabkan tekanan kepada hidupan liar dan mengakibatkan penderitaan kerana kekurangan nutrien dan tidak mampu mengamalkan cara hidup biasa.

Hutan dan biodiversiti kita seharusnya diberi kepentingan dalam penelitian EIA bagi projek perlombongan yang dicadangkan ini. Kerajaan Malaysia telah menandatangani beberapa perjanjian antarabangsa yang bertujuan menangani masalah perubahan iklim dan melindungi hutan serta biodiversiti. Semua ini perlu dihormati. Jika kita kehilangan hutan dan biodiversiti, kita tidak boleh lagi memulihkan semula kawasan tersebut kepada keadaan asalnya.

SAM menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) agar tidak meluluskan laporan EIA bagi cadangan projek perlombongan ini. Kita perlu memelihara dan melindungi hidupan liar dan alam semula jadi pada masa di mana ramai sedang bekerja keras dalam memelihara dan memulihkan kawasan alam sekitar dan biodiversiti yang sudah kian merosot. Laporan EIA ini mestilah ditolak.

Kami sekali lagi mengulangi gesaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri agar tidak meluluskan projek perlombongan di dalam kawasan hutan simpan dan kawasan alam sekitar yang sensitif. Kawasan-kawasan ini harus dilindungi daripada semua projek-projek pembangunan yang bakal merosakkan alam sekitar dan ekosistem kita.

Meenakshi Raman
Presiden

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang apabila mengetahui pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa projek kereta kabel ke Bukit Bendera (Penang Hill) telah

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Ini adalah satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh beberapa NGO yang membantah aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Memandangkan krisis iklim dan biodiversiti semakin meningkat, kredit kepada syarikat komoditi yang berisiko kepada hutan meningkat 60 peratus antara 2020 dan 2021 Laporan terbaharu, yang dikeluarkan hari

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
cable car, isolated, winter-3989542.jpg

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

  • Tarikh Penerbitan | Disember 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pemuliharaan, Perancangan Bandar
Selanjutnya

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | November 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Hidupan Liar, Pemuliharaan, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 19, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Kewangan & Pelaburan Membabitkan Hutan, Penebangan hutan
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia