Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Iktibar dari kejadian cuaca yang tidak terjangka

  • Tarikh Penerbitan | Disember 21, 2021
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan, Penebangan hutan, Perancangan
  • Penanda | banjir, Dana Iklim Hijau, Pelan Adaptasi Kebangsaan, Pelan Malaysia Ke-11, UNFCCC
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF
flood, waves, splash-123200.jpg

Selalunya, Malaysia akan bersedia untuk menghadapi musim banjir di kawasan Pantai Timur disebabkan oleh monsun yang biasanya berlaku pada waktu ini setiap tahun. Tetapi, apa yang tidak begitu dijangka pada kali ini adalah kejadian banjir besar yang telah melanda Lembah Klang, akibat dari fenomena seperti tekanan rendah tropika di rantau ini dan kesan-kesan taufan besar Rai yang telah melanda Filipina.

Memang benar bahawa kadar hujan yang telah turun di beberapa bahagian negara kali ini adalah luar biasa, tetapi apa yang penting sekali adalah kita harus bersedia untuk menghadapi pelbagai peristiwa yang tidak dijangka seperti ini, yang mungkin akan berlaku dengan lebih kerap lagi disebabkan oleh kesan-kesan perubahan iklim.

Di seluruh dunia, peristiwa cuaca melampau yang tidak dijangka ini sedang menjadi lebih kerap, dan kebimbangan telah pun timbul tentang keperluan kita untuk memberi fokus terhadap langkah-langkah adaptasi dan pembinaan daya ketahanan kita terhadap perubahan iklim, serta peningkatan usaha siap siaga kita untuk menghadapi bencana.

Gambar ihsan dari seorang pembaca di Subang Jaya, Selangor

Kita tidak boleh lagi menganggap kadar taburan hujan sebegini sebagai kejadian terpencil sahaja. Sebaliknya, kita harus membuat perancangan untuk menghadapi kejadian-kejadian seperti ini dan mengambil segala jenis langkah yang diperlukan untuk mengurangkan kesan-kesan mereka. 

Malang sekali, kita sememangnya telah gagal untuk bertindak pantas selama ini, walaupun kita mempunyai perancangan semenjak Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) lagi, untuk mengurangkan risiko bencana melalui adaptasi perubahan iklim dan untuk memperkukuhkan pengurusan risiko bencana negara.

Baru-baru ini, negara kita telah memulakan Pelan Adaptasi Kebangsaan (National Adaptation Plan – NAP) untuk memberikan panduan berkenaan hal-hal perundangan, urus tadbir, perancangan dan penyelarasan kaedah-kaedah adaptasi serta indeks adaptasi untuk mengukur tahap keterdedahan negara terhadap kesan-kesan perubahan iklim. Tetapi usaha ini perlu diambil dengan kadar yang lebih segera lagi, kerana kenyataan sebenar telah pun menunjukkan bahawa negara kita ini masih lagi belum bergerak ke arah yang sepatutnya; dengan pelbagai projek dan rancangan pembangunan yang masih berjalan seperti biasa. Kita masih belum merancang ataupun bersedia dengan secukupnya atau malah, merancang dan bersedia sama sekali, untuk menangani kesan-kesan perubahan iklim yang sedang atau akan berlaku di masa hadapan.

Banyak persoalan telah pun timbul berkaitan dengan hal ini. Adakah penggubal dan perancang dasar negara kita di semua peringkat kerajaan, termasuklah para arkitek dan jurutera kita, cukup arif berkenaan dengan kesan perubahan iklim semasa dan kesan-kesannya di masa yang akan datang? Adakah kita sedang merancang untuk menghadapi segala bentuk ancaman dan bencana yang bakal kita hadapi di masa hadapan ?

Promosi projek infrastruktur berskala besar seperti pembinaan jalan raya, terowong, penambakan laut dan pembangunan mega masih boleh dilihat di mana-mana; dengan hanya sedikit atau malah tiada kebimbangan langsung terhadap risiko dan kesan-kesan perubahan iklim. Kelihatannya, tidak ada sebarang pertimbangan yang wajar tentang sama ada projek-projek sedemikian rupa akan menyumbang atau malah, menjejaskan lagi daya ketahanan negara terhadap perubahan iklim.

Kita harus membunyikan loceng amaran dengan lebih kuat lagi, dan cuba untuk menyesuaikan diri (jika boleh) kepada ‘norma baharu’ akibat dari kesan-kesan perubahan iklim ini. Kita juga harus bersedia untuk menghadapi keadaan di mana langkah-langkah adaptasi akan menjadi mustahil untuk dilaksanakan.

Masa untuk melakukan pelaburan di dalam segala perancangan dan langkah adaptasi perubahan iklim dan dalam pembinaan daya ketahanan terhadap perubahan iklim negara sudah lama kita lepasi. Tindak balas segera amat  diperlukan sekarang dan kita juga harus belajar dari apa yang sedang dilakukan oleh negara lain.

Terdapat juga dana-dana antarabangsa yang tersedia, seperti Dana Iklim Hijau UNFCCC yang menyediakan sumber kewangan untuk membantu negara-negara seperti negara kita untuk menghadapi cabaran perubahan iklim.

Jelasnya, kita memerlukan sebuah butang reset untuk perlindungan masa hadapan kita, di dalam dunia yang iklimnya sudah berubah. Kita juga harus melihat semula segala perkara yang kita lakukan dari lensa perubahan iklim. Jika tidak, kita akan membuat pelaburan-pelaburan yang salah yang tidak memiliki kelestarian di dalam jangka masa panjang, yang hanya akan menjadi pembaziran besar sumber-sumber awam.

Pelan adaptasi segera yang merangkumi pendekatan berasaskan alam semula jadi diperlukan untuk memastikan bangunan, prasarana dan kawasan persisiran pantai mempunyai daya ketahanan terhadap ribut, peningkatan kadar hujan, kebertahanan banjir, kenaikan paras laut, dan sebagainya. Langkah-langkah pemuliharaan hutan dan tanah, termasuklah perlindungan kawasan tadahan air dan sungai untuk mencegah dan mengurangkan kejadian banjir, menjadikan kawasan bandar kepada sebagai ‘bandar-bandar span’ dan memperkukuhkan persisiran pantai kita melalui perlindungan dan pemulihan hutan paya bakau adalah semua komponen yang penting dalam rancangan tersebut. Langkah-langkah yang lebih menyeluruh juga diperlukan dalam menangani kemarau, gelombang haba, kekurangan air, kesan-kesan ke atas pertanian, kesihatan, corak cuaca yang tidak menentu dan bencana.Jelas sekali, lebih banyak lagi yang harus dilakukan dengan kadar yang segera. Jika tidak, kita mungkin sama sekali tidak akan bersedia untuk menghadapi bencana yang akan datang pada masa hadapan; akibatnya tentulah amat buruk sekali, seperti yang telah kita lihat dari peristiwa banjir terbaru ini.

Meenakshi Raman
Presiden

Terkini

Hutan & Biodiversiti

Lindungi kawasan sensitif alam sekitar

Ahad, 5 Jun adalah Hari Alam Sekitar Sedunia (WED). Kempen Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 #HanyaSatuBumi menggesa satu tindakan transformatif secara kolektif pada skala global

Selanjutnya »
Jun 5, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM terperanjat bahawa EIA untuk perlombongan lanthanide diluluskan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar 

SAM amat terperanjat apabila mendengar berita berkenaan dengan kelulusan pada minggu lepas, laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi cadangan projek perlombongan nadir bumi lanthanide di Hulu Perak, yang mana sebelum ini laman web rasmi

Selanjutnya »
Mei 26, 2022
Pencemaran & Perlombongan

NGO Gesa Semua Kerajaan Negeri Contohi Selangor dan Hentikan Import Sisa Plastik

Ini adalah kenyataan bersama NGO-NGO yang mengikuti isu plastik Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor, YB Hee Loy Sian mengumumkan pada 19 Mei 2022

Selanjutnya »
Mei 23, 2022
Pembangunan & Perancangan

Kumpulan masyarakat sivil suarakan sokongan kepada penduduk Sungai Ara dalam kes bantahan projek Sunway Hills di kawasan bukit sensitif alam sekitar

Beberapa pertubuhan masyarakat sivil di Pulau Pinang bersatu dalam menunjukkan sokongan dan solidariti kepada penduduk Sungai Ara, yang telah menfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan, dalam perjuangan mereka

Selanjutnya »
Mei 22, 2022

Lindungi kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | Jun 5, 2022
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pembangunan, Pemuliharaan, Penambakan, Penebangan hutan, Penukaran Hutan, Perancangan, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

SAM terperanjat bahawa EIA untuk perlombongan lanthanide diluluskan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar 

  • Tarikh Penerbitan | Mei 26, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Orang Asal, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif, Sisa
Selanjutnya

NGO Gesa Semua Kerajaan Negeri Contohi Selangor dan Hentikan Import Sisa Plastik

  • Tarikh Penerbitan | Mei 23, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Kumpulan masyarakat sivil suarakan sokongan kepada penduduk Sungai Ara dalam kes bantahan projek Sunway Hills di kawasan bukit sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | Mei 22, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Pembangunan, Perancangan, Perancangan Bandar
Selanjutnya
Hutan & Biodiversiti

Lindungi kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
Jun 5, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM terperanjat bahawa EIA untuk perlombongan lanthanide diluluskan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar 

Selanjutnya »
Mei 26, 2022
Pencemaran & Perlombongan

NGO Gesa Semua Kerajaan Negeri Contohi Selangor dan Hentikan Import Sisa Plastik

Selanjutnya »
Mei 23, 2022
Pembangunan & Perancangan

Kumpulan masyarakat sivil suarakan sokongan kepada penduduk Sungai Ara dalam kes bantahan projek Sunway Hills di kawasan bukit sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
Mei 22, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2022 Sahabat Alam Malaysia