Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Isu Lynas: Kerajaan Mestilah Utamakan Kesihatan Awam dan Alam Sekitar

  • Tarikh Penerbitan | Ogos 13, 2019
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif, Sisa
  • Penanda | Gebeng, kesihatan awam, Lynas, nadir bumi, Pahang, Radioaktif
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
PDF

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat bimbang oleh laporan berita bahawa kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan Lynas meneruskan operasi kilangnya sekurang-kurangnya enam bulan lagi. Walaupun pada hakikatnya syarikat itu tidak melupuskan sisa radioaktif berbahayanya dengan selamat, sama ada dengan mengeksportnya atau dengan  menyimpannya di tapak kemudahan pelupusan kekal yang sesuai.

Lesen pada masa kini yang diberikan oleh kerajaan sebelum ini kepada Lynas Malaysia untuk beroperasi di negara ini akan tamat pada 2 September 2019. Oleh itu, sebelum tarikh itu, kerajaan sekarang perlu memutuskan sama ada untuk memperbaharui lesen atau membiarkannya berakhir atau untuk memperbaharuinya semula untuk tempoh tertentu dengan bersyarat.

Operasi Lynas Malaysia menghasilkan dua jenis sisa: proses daripada ‘Water Leach Purification’ (WLP) yang mengandungi sisa radioaktif termasuk thorium dan uranium dan ‘Neutralisation Underflow Residue’ (NUF) yang juga berbahaya memandangkan ia mengandungi logam berat. Kedua-dua sisa ini tertakluk kepada peraturan di bawah undang-undang Malaysia.

Pengaturan pada masa kini bagi operasi Lynas termasuklah syarat bahawa syarikat itu perlu menangani dengan masalah sisa yang dihasilkan. Syarat ini termasuklah seperti berikut:

· Sisa WLP perlu dikitar semula atau

· WLP dilupuskan dalam kemudahan pelupusan kekal atau ‘permanent disposal facility’ (PDF) atau

· WLP dieksport ke negara asal (Australia).

Berhubung pilihan pertama, walaupun terdapat penyelidikan dan ujikaji oleh Lynas sejak 2015 untuk kitar semula sisa WLP dan NUF kepada perapi tanah dipanggil ‘Condisoil’ untuk tanaman padi, kelapa sawit, jagung, kelapa dan sebagainya, masih belum ada kelulusan sepenuhnya berhubung rancangan ini.

Kami berpandangan bahawa kitar semula itu tidak seharusnya diluluskan. Jika kitar semula itu dibenarkan, ia boleh memberikan kesan sampingan bukan hanya kepada kesihatan manusia tetapi juga kepada ekonomi Malaysia. Mungkin pengguna asing akan menolak daripada menggunakan produk pertanian negara di mana bahan radioaktif digunakan sebagai baja. Ini termasuklah menyebabkan masalah baharu bagi kelapa sawit Malaysia yang sudah pun berhadapan dengan masalah pemasaran di Eropah. Kemungkinan juga pengguna tempatan yang takut akan risiko pengambilan produk makanan mengandungi bahan radioaktif akan beralih kepada membeli produk import. Ini merupakan risiko sebenar bahaya kesihatan yang boleh dihadapi oleh rakyat Malaysia yang makan produk seperti itu.

Oleh itu, kami membantah dengan sekeras-kerasnya kitar semula sisa untuk kegunaan sebagai perapi tanah.

Berhubung pilihan kedua iaitu kemudahan pelupusan kekal (PDF), masih belum terdapat sebarang tempat pelupusan sisa walaupun banyak tahun sudah berlalu sejak kilang Lynas mula beroperasi. Tapak kekal bagi PDF untuk WLP masih belum dipilih.

Kerajaan dahulu dan sekarang perlu menjelaskan kenapa syarikat itu dibenarkan untuk meneruskan operasinya apabila syarikat itu belum menetapkan PDF. Malah, sisa WLP yang terkumpul disimpan dalam kawasan kilang dan ini adalah tidak selamat.

Setakat ini, menurut laporan, jumlah sisa WLP terkumpul ialah 451,464 metrik tan, manakala sisa NUF berjumlah 1.113 juta metrik tan, terkumpul lebih enam tahun dan sisanya semakin bertambah setiap hari.

Oleh kerana masih belum mendapat tapak kekal sehingga sekarang, Lynas sedang mencari tempat untuk PDF. Terdapat pandangan untuk sisa itu dibuang ke dalam lombong yang tidak lagi digunakan. Kami membantah dengan sekeras-kerasnya langkah itu.

Sisa ini tidak boleh dianggap sebagai bahan radioaktif yang berlaku secara semula jadi atau ‘naturally occuring radioactive material’ (NORM) tetapi sebagai NORM yang ditingkatkan secara teknologi (TENORM), memandangkan bahan radioaktif semula jadi tidak dibiarkan di dalam tanah dalam bentuk semula jadi tetapi menjadi bahaya dengan proses teknologi yang melibatkan pemindahan daripada tanah dan dipekatkan oleh proses bahan kimia dan secara mekanikal. Dakwaan bahawa elemen radioaktif seperti uranium dan thorium dalam WLP boleh dicairkan dan menjadikannya kurang radioaktif tidak boleh diterima dan tidak berasas.

Uranium dan thorium mempunyai jangka hayat yang panjang sehingga berjuta dan berbilion tahun. Oleh itu, menguruskan sisa yang kekal radioaktif ini untuk tempoh masa panjang bukanlah satu tugas yang mudah.

Tambahan lagi, tiada paras radiasi selamat, sebarang dos mempunyai kesannya sepertimana yang dinyatakan oleh laporan U.S. National Academy of Sciences Biological Effects of Ionising Radiation (BIER), dengan yang terbaharu laporan ketujuh. Hanya kerana kerajaan menetapkan apa yang dikenali sebagai pendedahan kepada “paras yang dibenarkan”, ini tidak bermakna bahawa paras ini selamat, memandangkan ia mengambilkira pertimbangan ekonomi dan lain-lain dalam menetapkan “paras yang dibenarkan”, walaupun terdapat risiko kepada kesihatan awam dan alam sekitar.

Jika terdapat sebarang tapak berpotensi dipilih untuk PDF tersebut, kami berpandangan bahawa banyak syarat perlu dipenuhi untuk sisa disimpan dengan “selamat”. Pada hakikatnya, tiada kaedah sisa radioaktif boleh disimpan dengan “selamat”. Malah dengan teknologi paling canggih, dan pembinaan kemudahan tapak pembuangan yang diperkuatkan, tiada jaminan bahawa tapak itu boleh menyimpan sisa dengan selamat selama bertahun, berdekad atau seabad.      

Pengalaman dengan kilang Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh menunjukkan menangani pembersihan tapak sementara, membina dan menjaga tapak kekal amat mahal. Menurut laporan berita, Mitsubishi Chemicals Jepun, pemilik majoriti ARE membelanjakan AS$100 juta hanya untuk membersihkan tapak kilang ARE. Ini tidak termasuk kos menyelenggara tapak pelupusan kekal di Banjaran Kledang di Perak yang ditanggung oleh kerajaan.

Dalam kes Lynas, kos membina dan menjaga tapak kekal perlu ditanggung oleh syarikat. Adakah Lynas bersedia untuk membiayai, membina dan menjaga PDF dalam jangka masa panjang, memandangkan bahaya sisa radiaokatifnya dalam jangka masa panjang?

Dilaporkan juga bahawa Lynas bersetuju untuk memindahkan beberapa operasi nadir bumi ke Australia supaya bahan yang dihantar ke Malaysia pada masa depan tidak lagi mengandungi bahan radioaktif. Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai rancangan itu tidak diberikan. Banyak persoalan timbul berhubung perkara ini:

– Sehingga ke peringkat pengeluaran yang manakah akan dijalankan di Australia?

– Bagaimana kita tahu tidak terdapat bahan radioaktif dalam apa yang dihantar ke Malaysia?

– Bilakah operasi ini akan bermula di Australia? Berapa banyak sisa radioaktif akan dihasilkan di Malaysia sehingga saat itu?

Sehingga butiran lanjut diberikan, kita tidak mampu untuk menilai situasi masa depan.

Sementara itu, dalam hal apa pun, adalah tidak wajar sekali untuk Lynas dibenarkan untuk menghasilkan lebih banyak sisa.                 

Menurut laporan berita, kerajaan memutuskan untuk membenarkan Lynas untuk meneruskan operasinya untuk enam bulan lagi.

Dalam tempoh enam bulan, bolehkah syarikat mencari tapak pelupusan kekal yang “selamat” dan sesuai? Bolehkah ia mendapat kelulusan kerajaan persekutuan dan negeri dan mendapat persetujuan penduduk di kawasan itu di mana terletaknya tapak itu? Bolehkah Penilaian Kesan Alam Sekitar dan Penilaian Kesan Radiologi yang perlu disediakan diluluskan dalam masa itu? Bolehkah Lynas membina kemudahan dan memindahkan sejumlah besar sisa terkumpul dalam tempoh itu?

Inilah persoalan yang orang awam perlukan jawapan. Terdapat keraguan yang munasabah bahawa semua proses boleh dilakukan dalam enam bulan.

Dalam keadaan PDF tidak boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan, apakah yang kerajaan akan lakukan? Ia tidak seharusnya melanjutkan lagi tempoh masa yang diberikan kepada Lynas, yang sehingga kini sudah pun diberikan layanan istimewa seperti pengecualian cukai selama 12 tahun.

Berdasarkan kepada situasi ini, kami meminta seperti berikut:

1. Kerajaan perlu meminta Lynas menghentikan operasinya apabila lesennya tamat pada 2 September ini.

2. Kerajaan perlu meminta Lynas untuk mengeksport sisa radioaktif terkumpul ke luar negara.

3. Memandangkan sumber kewangan yang banyak diperlukan dalam menguruskan sisa, kerajaan perlu menilai berapa banyak kos yang terpaksa dibelanjakan untuk melupuskan atau mengeksport sisa menurut senario yang berbeza.

4. Penelitian semula perlu dibuat terhadap kecukupan peraturan dan penguatkuasaan berkaitan yang sedia ada.

5. Kerajaan juga perlu meneliti semula dan menangani pelupusan dan penyimpanan sisa NUF memandangkan ia juga mengandungi bahan berbahaya dan toksik seperti logam berat.

6. Kerajaan tidak sepatutnya mengalu-alukan kemasukan mana-mana syarikat baharu atau operasi baharu yang berkaitan dengan nadir bumi atau yang menjana radioaktif dan sisa bahaya lain, terutama sekali jika ia tidak dibenarkan daripada beroperasi di negara asal mereka.

Kami ingin mengulangi sekali lagi bahawa Malaysia tidak dilayan sebagai tapak pembuangan bagi sisa berbahaya dan kerajaan mestilah meletakkan kepentingan kesihatan awam dan alam sekitar dalam jangka panjang daripada kepentingan syarikat asing yang beroperasi menjana sisa toksik.

Meenakshi Raman

Presiden

Terkini

Perubahan Iklim

Kenyataan pahit tentang pelepasan ‘bersih sifar’ karbon

Dalam wacana perubahan iklim di peringkat antarabangsa, cita-cita beberapa negara untuk mencapai pengurangan kadar pelepasan bersih sifar karbon (net zero) menjelang 2050, telah digembar-gemburkan sebagai

Selanjutnya »
April 21, 2021
Pembangunan & Perancangan

Atasi segera masalah hakisan tebing Sungai Kerian

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang mengambil langkah-langkah awal dengan segera untuk mencegah hakisan tebing Sungai Kerian sebelum ia

Selanjutnya »
April 7, 2021
Hutan & Biodiversiti

Hentikan penukaran dan pembersihan hutan paya gambut di Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam untuk projek Selangor Smart Agro Park (SSAP)

Kenyataan akhbar ini telah dikeluarkan oleh Gabungan Melindungi Hutan Negeri Selangor di mana SAM adalah ahli. Kenyataan ini adalah terhadap penukaran dan pembersihan 2,400 ekar

Selanjutnya »
April 6, 2021
Pertanian

Cadangan pelesenan benih dan pemprosesan benih boleh menafikan hak petani

SAM adalah ahli Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM). Hari ini FKMM telah mengadakan satu sidang media dan mengeluarkan kenyataan berikut terhadap pembentangan Rang Undang-Undang Kualiti

Selanjutnya »
April 6, 2021

Kenyataan pahit tentang pelepasan ‘bersih sifar’ karbon

  • Tarikh Penerbitan | April 21, 2021
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Perjanjian Antarabangsa
Selanjutnya

Atasi segera masalah hakisan tebing Sungai Kerian

  • Tarikh Penerbitan | April 7, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Mitigasi, Pembangunan, Perancangan, Perikanan
Selanjutnya

Hentikan penukaran dan pembersihan hutan paya gambut di Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam untuk projek Selangor Smart Agro Park (SSAP)

  • Tarikh Penerbitan | April 6, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pemuliharaan, Penukaran Hutan, Perladangan
Selanjutnya

Cadangan pelesenan benih dan pemprosesan benih boleh menafikan hak petani

  • Tarikh Penerbitan | April 6, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pertanian
  • Jenis Isu | Agroekologi, Benih, Biodiversiti, Pensijilan, Pertanian
Selanjutnya
Perubahan Iklim

Kenyataan pahit tentang pelepasan ‘bersih sifar’ karbon

Selanjutnya »
April 21, 2021
Pembangunan & Perancangan

Atasi segera masalah hakisan tebing Sungai Kerian

Selanjutnya »
April 7, 2021
Hutan & Biodiversiti

Hentikan penukaran dan pembersihan hutan paya gambut di Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam untuk projek Selangor Smart Agro Park (SSAP)

Selanjutnya »
April 6, 2021
Pertanian

Cadangan pelesenan benih dan pemprosesan benih boleh menafikan hak petani

Selanjutnya »
April 6, 2021

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook
Twitter
Youtube
Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook
Twitter
Youtube
Instagram
Copyright © 2021 Sahabat Alam Malaysia