Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Jangan ambil mudah perlindungan kawasan berhutan

  • Tarikh Penerbitan | Mac 21, 2021
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pemuliharaan, Penebangan hutan, Penukaran Hutan, Penyahwartaan Hutan
  • Penanda | Central Forest Spine, Covid-19, Hari Hutan Antarabangsa, Hutan Simpanan Kekal, Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kepelbagaian Biologi, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, Rancangan Fizikal Negara, Sidang Kemuncak Bumi Rio
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Sempena Hari Hutan Antarabangsa pada 21 Mac, Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar semua pihak berkuasa negeri di Malaysia meningkatkan komitmen melindungi dan memulih hutan untuk memastikan kemandirian kesemua hidupan, memulihara biodiversiti dan menangani perubahan iklim.

Kawasan berhutan di Malaysia boleh dikelaskan kepada beberapa buah kategori dan sub-kategori, berdasarkan perlindungan perundangan yang mereka miliki. 

Kawasan berhutan yang terwarta perlu dibezakan dari hutan kerajaan yang tidak terwarta dan jauh lebih terdedah kepada ancaman pengubahan guna tanah. Analisa kami menunjukkan Malaysia sebenarnya masih memiliki 3.9 juta hektar hutan kerajaan yang masih lagi belum diwartakan pada tahun 2018. 

Sementara itu, kelas hutan terbesar di negara ini adalah hutan simpanan yang telah diwartakan di bawah undang-undang perhutanan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2018, ia meliputi kawasan seluas 12.7 juta hektar. Namun begitu, sebahagian besar hutan-hutan ini adalah hutan pengeluaran di mana operasi pembalakan dan perladangan monokultur boleh dijalankan.

Oleh itu, berapakah keluasan kawasan darat yang dilindungi sepenuhnya di negara ini? Ini termasuk hutan-hutan perlindungan yang telah diwartakan di bawah pelbagai undang-undang pemuliharaan alam dan hidupan liar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, yang seringkali dikenali dengan istilah taman negara, taman negeri, rizab hidupan liar dan sebagainya. A Master List of Protected Areas in Malaysia, penerbitan 2019 Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) yang kandungannya dikemaskini setakat 2016, menganggarkan keluasan kawasan darat yang dilindungi sepenuhnya di negara ini adalah sekadar 4.4 juta hektar sahaja.

Setiap tahun, data dari kesemua jenis hutan ini akan disatukan agar perangkaan kawasan berhutan negara dapat dilakukan. Pada tahun 1990, Malaysia dilaporkan memiliki kawasan berhutan seluas 19.4 juta hektar. Pada tahun 2018, keluasan ini telah berkurangan kepada 18.3 juta hektar. Oleh itu, dalam tempoh masa kurang dari 30 tahun, Malaysia sebenarnya telah kehilangan sekitar 1.1 juta hektar kawasan berhutan. Seiringan dengan itu, litupan kawasan berhutan negara berbanding dengan keluasan tanah negara pun telah turut berkurangan daripada 59 peratus pada tahun 1990 kepada 55 peratus sahaja pada tahun 2018.

Walaupun tren kehilangan kawasan berhutan ini amat membimbangkan, kerajaan Malaysia tetap bangga mengulangi bahawa ianya telah berjaya mengekalkan 50 peratus dari keluasan tanah negara sebagai kawasan berhutan. Inilah takat yang telah diwar-warkan, selaras dengan komitmen negara yang dibuat semasa Sidang Kemuncak Bumi Rio di Brazil pada tahun 1992; Persidangan mengenai Perubahan Iklim ke-15, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Copenhagen, Denmark pada tahun 2009; dan proses memenuhi keperluan pengurusan biodiversiti dan obligasi Malaysia di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kepelbagaian Biologi (CBD). 

Namun begitu, kita tidak boleh mengambil mudah perlindungan hutan dengan sedemikian rupa, yakni dengan menjadikan takat ‘kawasan berhutan’ di paras melebihi 50 peratus sebagai petanda sebuah kejayaan yang besar. Ada sekurang-kurangnya dua perkara yang perlu kita teliti dengan lebih mendalam lagi di sini.

Pertama, jika tren kehilangan hutan ini tidak dibendung segera, satu ketika nanti, Malaysia mungkin tidak akan dapat lagi mendakwa tentang kejayaannya dalam menunaikan janji ‘50 peratus kawasan berhutan’ ini di peringkat antarabangsa. Di Semenanjung Malaysia, kawasan berhutannya menurun dari 6.3 juta hektar pada tahun 1990 kepada 5.8 juta hektar pada tahun 2018. Di Sarawak, kawasan berhutannya telah menyusut dari 8.1 juta hektar pada tahun 2005 kepada 7.8 juta hektar pada tahun 2018. Cuma di Sabah sahaja, tren keluasan kawasan berhutan menunjukkan peningkatan iaitu dari 4.4 juta hektar pada tahun 2005 ke 4.8 juta hektar pada tahun 2018.

Salah satu ancaman terhadap hutan di negara ini adalah tindakan pemansuhan hutan terwarta bagi tujutan pengubahan guna tanah. Di Semenanjung Malaysia, pemansuhan mana-mana bahagian Hutan Simpanan Kekal (HSK) lazimnya dilakukan tanpa diganti kembali oleh pihak kerajaan negeri, walaupun ini sebenarnya dituntut di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 dan  masih terdapat banyak kawasan hutan kerajaan yang boleh dipilih untuk tujuan ini.

Berdasarkan kajian SAM, pemansuhan HSK di Semenanjung Malaysia ini turut melibatkan kawasan hutan yang bernilai tinggi. Ini termasuklah Hutan Simpanan Dara; kawasan HSK yang mempunyai spesies-spesies flora dan fauna endemik dan spesies-spesies terancam yang berada di bawah senarai  International Union for Conservation of Nature (IUCN); dan kawasan HSK dengan kepentingan ekosistem yang unik. Sepatutnya kesemua HSK seperti ini perlu dikekalkan dan dipelihara.

Pemansuhan kawasan berhutan ini turut menjejaskan kawasan perlindungan penuh. Contohnya, Rizab Hidupan Liar Chior di Kuala Kangsar yang merupakan rizab hidupan liar yang tertua di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1903 dengan keluasan 4,330 hektar.  Rizab Hidupan Liar Chior ini merupakan koridor hidupan liar terutama habitat dan kawasan keliaran mamalia besar khususnya gajah dan harimau belang. Hari ini rizab ini hanya bersaiz 689 hektar. 

Memburukkan lagi keadaan, semenjak tahun 1990an, pembangunan perladangan monokultur turut dibenarkan di dalam kawasan berhutan negara, termasuklah di dalam kawasan hutan pengeluaran terwarta. Kami percaya sekurang-kurangnya 3.3 juta hektar kawasan berhutan, yakni hampir seluas negeri Pahang, yang merangkumi hutan pengeluaran terwarta dan hutan kerajaan, telah dikhususkan bagi tujuan ini, walaupun bukanlah kesemua kawasan ini telah dibangunkan. Ini merupakan sebuah anggaran yang konservatif kerana kami tidak berjaya mencapai maklumat tertentu tentang hutan kerajaan di Sarawak.

Di Semenanjung Malaysia, terdapat kawasan cadangan pembangunan ladang monokultur di dalam HSK yang melibatkan kawasan koridor hidupan liar terutama habitat dan kawasan keliaran mamalia besar seperti gajah dan harimau belang, dan kawasan rangkaian ekologi Central Forest Spine (CFS) yang telah dikenalpasti di bawah Rancangan Fizikal Negara.  Di seluruh negara, pembangunan perladangan monokultur ini juga telah dan akan menjejaskan wilayah tanah adat orang asal.

Malah di Semenanjung Malaysia, terdapat juga lain-lain kegiatan dan pengubahan guna-tanah dalam HSK seperti kegiatan pengkuarian, perlombongan termasuk yang terkini ialah perlombongan nadir bumi serta pertanian. Kegiatan pengkuarian, perlombongan, pertanian dan lain-lain pengubahan guna-tanah dalam HSK juga menyebabkan fungsi kepelbagaian hayat hutan terjejas serta memberi kesan kepada pencapaian pengurusan hutan secara berkekalan yang menjadi teras dalam pengurusan hutan negara. 

Kedua, kita juga perlu membezakan data tentang kawasan berhutan dan kawasan perlindungan sepenuhnya. Walaupun pada tahun 2018, Malaysia boleh mendakwa bahawa 55 peratus keluasan tanah negara masih dilitupi kawasan berhutan, dua tahun sebelumnya, penerbitan KETSA menganggarkan hanya 4.4 juta hektar atau sekadar 13 peratus sahaja kawasan keluasan tanah negara yang telah diwartakan sebagai kawasan perlindungan sepenuhnya.

Melihatkan keadaan sebenar hutan-hutan di negara kita melebihi hujahan ‘50 peratus kawasan berhutan’, SAM menggesa agarcadangan-cadangan berikut perlu dilaksanakan dengan segera.

Pertama, kerajaan-kerajaan negeri wajib mengganti semula setiap kawasan berhutan terwarta yang telah dimansuhkan. 

Kedua, undang-undang perhutanan serta pemuliharaan alam dan hidupan liar di seluruh negara perlu dipinda untuk mewajibkan proses konsultasi awam setiap kali terdapatnya cadangan pemansuhan kawasan berhutan terwarta. Ini telah pun dilakukan di bawah enakmen perhutanan di Selangor dan perlu dicontohi semua. 

Ketiga, dasar perhutanan yang menggalakkan pembangunan ladang monokultur perlu dibatalkan. Sebahagian kawasan berhutan yang disasarkan untuk perladangan monokultur di negara ini masih belum lagi dibangunkan. Oleh itu, kita masih ada masa untuk memperbetulkan keadaan.

Keempat, kerajaan negeri perlulah menghormati ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Tanah Negara pada tahun 2014, yakni kelulusan kegiatan perlombongan dan pengkuarian di dalam HSK perlulah dikawal dan sebolehnya dielakkan.

Kelima, di Semenanjung Malaysia dan Sabah, kesemua kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan sensitif alam sekitar di bawah perancangan fizikal negara dan negeri mestilah diwartakan untuk memastikan perlindungan mereka. Antara lain, ini akan memastikan bahawa kelulusan tidak akan diberi untuk sebarang cadangan pembangunan dan pengubahan guna tanah di kawasan tanah tinggi bermula dari 1,000 meter, bagi mengelak lebih banyak berlakunya bencana alam dan kemusnahan ekologi. Di Semenanjung Malaysia, ini juga akan melibatkan pewartaan hutan di kawasan CFS.

Keenam, tindakan penguatkuasaan terhadap sebarang kegiatan pencerobohan dan penerokaan haram di kawasan berhutan, termasuklah di kawasan CFS di Semenanjung Malaysia, perlulah dipertingkatkan lagi.

Ketujuh, SAM juga menggesa kerajaan persekutuan agar segera mempercepatkan usaha untuk mendapatkan dana antarabangsa bagi membantu negeri-negeri melindungi dan memulihara hutan mereka yang amat penting bagi menangani perubahan iklim dan melindungi biodiversiti.

Hutan adalah ekosistem yang amat berharga, membekalkan air, menstabilkan iklim dan mengekalkan biodiversiti yang sangat penting untuk kelestarian alam. Pandemik Covid-19 juga telah mengajar kita bahawa jika kita terus menerus memusnahkan hutan dan menyalahguna hidupan liar untuk kepentingan diri, makanya manusia di seluruh dunia akan terus diancam pelbagai penyakit zoonotik di masa hadapan.

Meenakshi Raman
Presiden

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang apabila mengetahui pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa projek kereta kabel ke Bukit Bendera (Penang Hill) telah

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Ini adalah satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh beberapa NGO yang membantah aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Memandangkan krisis iklim dan biodiversiti semakin meningkat, kredit kepada syarikat komoditi yang berisiko kepada hutan meningkat 60 peratus antara 2020 dan 2021 Laporan terbaharu, yang dikeluarkan hari

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
cable car, isolated, winter-3989542.jpg

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

  • Tarikh Penerbitan | Disember 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pemuliharaan, Perancangan Bandar
Selanjutnya

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | November 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Hidupan Liar, Pemuliharaan, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 19, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Kewangan & Pelaburan Membabitkan Hutan, Penebangan hutan
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia