Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Jangan Tunda Lagi: Hapus Pukat Tunda Untuk Selamatkan Sumber Perikanan

  • Tarikh Penerbitan | November 1, 2018
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Marin & Perikanan
  • Jenis Isu | Ekosistem Persisiran Pantai, Perikanan
  • Penanda | akualtur, Dasar Agromakanan Negara, JARING, pukat kenka
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF
Nelayan-nelayan pantai menyatakan bantahan mereka | SAM
Nelayan-nelayan pantai menyatakan bantahan mereka | SAM

1. Sumber perikanan di Malaysia kini di ambang kemusnahan yang teruk. Kebimbangan terhadap kemerosotan sumber perikanan tersebut berlaku apabila kita dapat melihat kemusnahan besar terhadap ekosistem marin dan juga kekurangan spesies-spesies ikan yang tertentu yang semakin sukar didapati seperti bawal, kerapu, jenahak dan lain-lain. Hasil kajian menunjukkan penurunan populasi dan spesies yang terancam adalah spesies ikan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi di pasaran.

2. Dasar Agromakanan Negara (2011-2020) mensasarkan 50% daripada sumber perikanan negara adalah dari akuakultur dan hanya 50% adalah dari tangkap liar. Dasar ini perlu dikaji semula kerana SAM dan JARING percaya industri akuakultur merupakan salah satu faktor yang merosakkan sumber perikanan. Dasar ini akan menggalakkan kawasan hutan paya bakau, pinggir pantai dan kawasan sungai dimusnahkan untuk pembangunan akuakultur. SAM dan JARING percaya dengan penuh yakin dan kajian menunjukkan 70% daripada sumber marin menggunakan hutan paya bakau sebagai nurseri dan tempat pembiakan. Oleh itu, kawasan ini seharusnya dilindungi sepenuhnya.

3. Pengembangan industri akuakultur menggalakkan permintaan yang tinggi terhadap ikan baja. Industri ini telah menggalakkan nelayan pukat tunda untuk menangkap ikan baja bagi dijadikan sebagai sumber pemakanan ikan ternak/akuakultur. Ikan baja merupakan ikan yang tidak atau kurang mempunyai nilai komersial yang ditangkap dan diproses sebagai bahan makanan untuk industri akuakultur.

Jamaluddin Mohamad, Presiden JARING berucap di sidang media bersama JARING dan SAM | SAM

4. Statistik perikanan menunjukkan 267,892 tan metrik atau 267,892,000 kilogram (kg) ikan baja didaratkan di Malaysia pada 2017 dan sepanjang tempoh 5 tahun dari tahun 2013 hingga 2017 sebanyak 1,317,828 tan metrik ikan baja telah didaratkan. Berdasarkan statistik perikanan tahun 2017, sebanyak 30% daripada tangkapan pukat tunda ialah ikan baja, iaitu 216,623 tan metrik dari jumlah pendaratan pukat tunda sebanyak 711,525 tan metrik.

5. Dari pemantauan SAM dan JARING, 1kg ikan baja bersamaan sekurang-kurangnya 92 ekor anak-anak ikan. Sekiranya ikan ini dibiarkan dewasa dan mencapai saiz matang dianggarkan 1kg anak-anak ikan ini akan menjadi sekurang-kurangnya 12kg ikan saiz dewasa. Berdasarkan kiraan ini, dianggarkan tangkapan ikan baja bagi tahun 2017 akan memusnahkan 3,214,704,000 kg (3,214,704 metrik tan) ikan saiz dewasa dengan nilai RM 25,717,632,000 (RM25.72 billion) (rujuk lampiran 1). Jumlah ini adalah lebih dari mencukupi untuk memenuhi permintaan protein negara. Berdasarkan data ini adalah tidak mustahil sumber perikanan akan pupus menjelang 2048 seperti kajian yang dijalankan oleh Organisasi Pertanian dan Makanan (FAO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB).

6. SAM dan JARING berpendapat pukat tunda dan pukat yang memusnahkan sumber seperti pukat Apollo (kenka 2 bot), pukat harimau, rawa sorong serta pukat-pukat yang memusnahkan sumber perikanan yang lain tidak harus diberikan subsidi atau insentif oleh kerajaan sama ada dalam bentuk minyak atau berat ikan didaratkan (RM10/kg). Pukat-pukat ini telah merosakkan sumber perikanan dan perlu dikenakan denda yang berat kerana merosakkan sumber makanan negara.

7. Sistem zon (rujuk lampiran 2) yang telah diguna pakai sejak lama bertujuan melindungi sumber perikanan dilihat gagal apabila penguatkuasaan gagal memainkan peranan melindungi sumber. Konflik antara nelayan zon A dengan nelayan pukat tunda bagaikan tiada kesudahan. Nelayan tunda sering memasuki zon A (bawah 5/8n) dan kami percaya mereka mensasarkan anak-anak ikan untuk dijadikan ikan baja.

8. Contohnya Pukat Kenka 2 bot yang diubah suai menjadi pukat Apollo (rujuk lampiran 3) yang secara terang-terangan menyalahi Akta Perikanan 1985. Pukat rawa sorong yang memenuhi kuala-kuala sungai juga dilihat begitu kebal dan bebas memusnahkan habitat anak ikan. Ini jelas menunjukkan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan perikanan tidak memainkan peranan bersungguh-sungguh dalam melindungi sumber perikanan. Bahkan alat-alat tangkapan yang merosakkan sumber perikanan kian banyak dan tiada kawalan.

9.Kami percaya jika pukat tunda dan alat tangkapan yang merosakkan sumber perikanan dihapuskan berserta dengan tindakan penguatkuasan tegas dan berkesan, sumber perikanan akan kembali pulih. Sumber marin akan membiak dengan lebih baik dan lebih banyak.

10 Sehubungan itu, SAM dan JARING menggesa agar pengurusan perikanan yang bersepadu yang mengambil kira hubung kait yang erat antara ekosistem dan sumber marin perlu diberi penekanan yang serius. Kemampanan sumber dan kemerosotan serius terhadap biomas perlu ditangani dengan bijak. Selain itu, semua pembangunan pesisiran pantai dan persekitaran marin harus mengambil kira impak kepada ekosistem marin serta penggunaan peralatan-peralatan perikanan yang memusnahkan dasar lautan tidak dibenarkan sama sekali dan perlu dibatalkan segera.

11.SAM dan JARING juga menggesa pihak kerajaan tidak tunduk kepada tekanan dari mana-mana pihak dalam usaha menghapuskan pukat tunda menjelang 2020. SAM dan JARING mendapat maklumat terdapat usaha yang dilakukan bagi melanjutkan pengharaman pukat tunda ini. Kerajaan seharusnya tidak melayani pengusaha pukat tunda ini kerana masa yang lama telah diberikan untuk fasa keluar iaitu sejak 2016 lagi.

Kenyataan Bersama

S M Mohamed Idris                                                 

Presiden                                                                      

SAHABAT ALAM MALAYSIA (SAM)                             

Jamaluddin Mohamad                                                                                   

Pengerusi    

PERSATUAN PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN

JARINGAN NELAYAN PANTAI MALAYSIA (JARING)

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Infografik 16 halaman di bawah menggambarkan bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada kita semua. Penggunaan berlebihan / pengeluaran berlebihan plastik menyebabkan peningkatan pengeluaran bahan buangan. 

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM)  mengalu-alukan langkah kerajaan Malaysia yang tidak tunduk kepada tekanan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk membatalkan syarat kelulusan lesen operasi  pada tahun 2020. Syarat

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin memberikan maklum balas terhadap kenyataan oleh Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian Mcfeeters baru-baru ini bertajuk ‘Partners in

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

  • Tarikh Penerbitan | Mac 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

  • Tarikh Penerbitan | Februari 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya
climate change, global warming, environment

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

  • Tarikh Penerbitan | Januari 17, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
Selanjutnya

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia