Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Kacau ganggu dari tapak pengumpulan bahan kitar semula dan besi buruk di Kampung Lima Kongsi, Sungai Bakap, Pulau Pinang

  • Tarikh Penerbitan | Januari 19, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
  • Penanda | kitar semula, Majlis Bandaraya Seberang Perai
PDF
Jentera yang diguna untuk memproses besi dan bahan lusuh terpakai | © SAM

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Selatan dan pihak berkuasa berkenaan supaya mengambil tindakan terhadap masalah yang timbul daripada aktiviti pemprosesan dari tapak pengumpulan kitar semula dan besi buruk yang menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk di kampung dan taman perumahan di kawasan Lima Kongsi, Sungai Bakap.

Lokasi Kg Lima Kongsi

Sebilangan penduduk-penduduk tempatan di sini kurang senang dengan aktiviti dari tapak pengumpulan kitar semula yang beroperasi di Kampung Lima Kongsi terutamanya bahagian pengumpulan dan pemprosesan besi buruk. Jarak antara premis berkenaan dengan kawasan penempatan lebih kurang 50 ke 100 meter manakala yang paling hampir hanya belakang rumah sahaja.

Menurut penduduk mereka agak terganggu dengan bunyi bising hentakan yang kedengaran dari tapak berkenaan. Hentakan yang dilakukan tersebut kononnya adalah untuk mendapatkan besi yang terdapat dari bahan batuan konkrit. Aktiviti terbabit adakalanya berlarutan sehingga jam 7 hingga ke 8 malam pada setiap hari dan mengganggu ketenteraman penduduk di sini khasnya anak-anak yang sedang belajar melalui kelas online dan sebagainya.

Kerja-kerja meleraikan komponen besi | © SAM

Selain bunyi bising mereka juga turut berhadapan dengan masalah debu dan habuk dari kenderaan  yang kerap melalui jalan utama. Kenderaan berat (lori) juga sering  keluar masuk ke premis terbabit. Menurut penduduk, ia bukan saja menyebabkan pencemaran udara, malah mengancam keselamatan penduduk apabila terdapat banyak kenderaan termasuklah kenderaan berat melalui jalan utama secara kerap.

Masalah habuk dan debu yang berterbangan itu semakin serius ketika musim panas sekarang dan menyebabkan kebanyakan kediaman mereka diselaputi debu pasir. Penduduk juga khuatir kemungkinan akan mengakibatkan masalah kesihatan pada masa hadapan.

Lanjutan dari operasi premis di sini, penduduk, terutamanya yang tinggal paling hampir dengan premis berkenaan berasa tidak selesa dengan keadaan ini. SAM juga dimaklumkan bahawa aktiviti ini dijalankan di atas tanah persendirian, namun kami berpendapat bahawa adalah tidak sesuai memandangkan ia sangat dekat dengan kawasan penduduk.

SAM juga telah mengetengahkan perkara ini ke pengetahuan pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), namun sehingga kini tidak menerima maklum balas daripada pihak berkenaan tentang tindakan yang diambil ke atas aduan SAM.

Berikutan itu, sebahagian penduduk mempersoalkan lesen operasi yang diberikan oleh pihak berkuasa kepada premis berkenaan. Apakah bentuk syarat lesen yang terkandung dalam garis panduan bagi sebarang premis berkaitan pengumpulan ktar semula, bahan lusuh dan besi buruk.

Sehubungan itu, SAM menggesa kepada semua Pihak Berkuasa Negeri agar komited dalam menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan yang telus. Jika siasatan yang dilakukan oleh pihak-pihak berkuasa mendapati pihak premis menyalahgunakan syarat, lesen dan permit maka tindakan yang sewajarnya yang bertepatan perlu diambil.

Meenakshi Raman
Presiden

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Projek PSR memerlukan EIA baru

Memandangkan terdapat perubahan dalam konsep pembangunan, baik dalam reka bentuk dan pernyataan keperluan, pandangan kami ialah Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang baharu diperlukan.

Selanjutnya »
Mei 12, 2023
Pembangunan & Perancangan

Penambakan 2,500 ekar tidak boleh diterima

Pada 11 Mei 2023, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kan Yeow telah mengumumkan bahawa projek penambakan tiga buah pulau akan dikecilkan sebanyak 49% iaitu daripada

Selanjutnya »
Mei 11, 2023
Marin & Perikanan

SAM berang dengan kelulusan EIA projek Penambakan Selatan Pulau Pinang

Sahabat Alam Malaysia (SAM) terkejut dan berang selepas mendapat tahu laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi cadangan kerja-kerja penebusgunaan dan pengorekan projek Penambakan

Selanjutnya »
April 26, 2023
globe, universe, stars-3857560.jpg
Perubahan Iklim

Bumi tidak harus dijadikan makmal iklim

Hari Bumi pada 22 April tahun ini jatuh pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri. Semasa keluarga berkumpul dengan rakan-rakan untuk meraikan Hari Raya, kita mesti kenangkan berkat yang telah dikurniakan oleh Ibu

Selanjutnya »
April 21, 2023

Projek PSR memerlukan EIA baru

  • Tarikh Penerbitan | Mei 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Kedaulatan Makanan, Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perancangan, Perancangan Bandar, Perikanan, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Penambakan 2,500 ekar tidak boleh diterima

  • Tarikh Penerbitan | Mei 11, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Ekosistem Persisiran Pantai, Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perikanan
Selanjutnya

SAM berang dengan kelulusan EIA projek Penambakan Selatan Pulau Pinang

  • Tarikh Penerbitan | April 26, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Marin & Perikanan
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perancangan Bandar
Selanjutnya
globe, universe, stars-3857560.jpg

Bumi tidak harus dijadikan makmal iklim

  • Tarikh Penerbitan | April 21, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Adaptasi, Biodiversiti, Pembangunan, Perjanjian Antarabangsa
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Projek PSR memerlukan EIA baru

Selanjutnya »
Mei 12, 2023
Pembangunan & Perancangan

Penambakan 2,500 ekar tidak boleh diterima

Selanjutnya »
Mei 11, 2023
Marin & Perikanan

SAM berang dengan kelulusan EIA projek Penambakan Selatan Pulau Pinang

Selanjutnya »
April 26, 2023
globe, universe, stars-3857560.jpg
Perubahan Iklim

Bumi tidak harus dijadikan makmal iklim

Selanjutnya »
April 21, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia