Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Kegagalan menghentikan kehilangan hutan di Sarawak hanya akan mengundang banjir yang lebih teruk

  • Tarikh Penerbitan | Jun 24, 2021
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Orang Asal, Penebangan hutan, Penukaran Hutan, Penyahwartaan Hutan
  • Penanda | Banjir, Kampung Cina, Lawas River, Long Bemang, Long Ikang, Long Iman, Long Kawa, Long Lama, Long Laput, Long Luteng, Long Panai, Long Seridan, Marudi, Mulu, Sarawak
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF
Gambar menunjukkan banjir di Sekolah Kebangsaan Penghulu Baya Mallang pada bulan Mei 2021 | Ihsan dari Encik Simon Lagang, penduduk Long Terawan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin menyuarakan kebimbangan berterusan kami berkenaan kejadian banjir di Sarawak yang semakin kerap dan teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebelum penukaran hutan berskala besar mula dilaksanakan untuk tujuan perladangan monokultur, banjir seumpama ini jarang berlaku di kawasan hulu pedalaman Sarawak. Adalah hampir pasti, peristiwa banjir seperti ini merupakan sebahagian dari kesan-kesan terhadap alam sekitar yang berlaku akibat dari kehilangan hutan.

Bemula tahun 1990an, produksi kayu balak di Sarawak mula menurun secara beransur-ansur akibat peningkatan kadar pembalakan  tidak lestari selama dua dekad sebelumnya. Setelah itu, permit-permit mula dikeluarkan untuk perladangan monokultur, khususnya untuk penanaman pokok pulpa dan kertas dan kelapa sawit. Oleh itu, adalah tidak menghairankan bahawa sejak tahun 2010an, kejadian banjir menjadi semakin kerap dan teruk di kebanyakan kawasan di Sarawak, seperti yang dilaporkan oleh data yang diterbitkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak.

Pada bulan Mei yang lalu, beberapa kawasan di Baram dilanda banjir teruk sekali lagi. Kawasan yang terjejas termasuklah di hulu Baram seperti Mulu, Long Luteng, Long Kawa, Long Ikang, Long Seridan, Long Panai, Long Iman, Long Bemang dan sepanjang kawasan di hilir, seperti Long Lama, Long Laput dan Kampung Cina di daerah Marudi.

Banjir di Long Laput pada bulan Mei 2021 | Ihsan dari Puan Mary Puyang, penduduk Long Laput

Sesetengah kawasan seperti Long Laput dilaporkan dilanda banjir juga pada awal tahun ini. Namun, kejadian banjir pada bulan Mei tersebut dikatakan paling teruk, dengan kedalaman air setinggi enam kaki, menurut laporan penduduk kampung. Malah, Borneo Post pada 20 Mei melaporkan ketinggian air di beberapa kawasan di Baram mencecah 10 kaki.

Ketika peristiwa banjir ini, sejumlah kemusnahan harta benda juga berlaku, termasuklah keruntuhan Jambatan Tutoh. Arus yang kuat telah menghanyutkan jambatan tersebut, memutuskan perhubungan masyarakat di hulu Baram dari dunia luar. Sementara itu, MASwings dilaporkan terpaksa membatalkan 30 buah penerbangan selama tiga hari bermula dari dari 20 Mei, kerana air Sungai Lawas telah melimpah ke landasan penerbangan. Stesen janakuasa di Mulu pula terpaksa ditutup buat beberapa ketika apabila fasiliti tersebut juga kebanjiran.

Selain itu, beberapa sekolah juga terjejas akibat banjir ini. Sekolah-sekolah yang terjejas telah tidak dapat beroperasi. Ini semua merupakan sebuah kos sosial yang telah dibebankan ke atas para pelajar dan guru.

Borneo Post pada 20 Mei menyatakan bahawa jalan utama ke Sekolah Kebangsaan Long Luteng, yakni sebuah jambatan gantung, telah turut dihanyutkan oleh arus deras. Sekolah tersebut dilaporkan telah ditenggelami air sedalam enam kaki. Kawasan penginapan kakitangan sekolah telah turut terjejas, mengakibatkan para staf terpaksa mencari perlindungan di bilik kakitangan di bangunan sekolah. Laporan yang sama juga turut menerangkan bagaimana kakitangan Sekolah Kebangsaan Penghulu Baya Mallang terpaksa memindahkan harta benda milik sekolah tersebut ke tempat yang lebih tinggi kerana air banjir telah mencecah tiga kaki. 

Banjir di Sekolah Kebangsaan Penghulu Baya Mallang pada bulan Mei 2021 | Ihsan dari Encik Simon Lagang, penduduk Long Terawan

Lazimnya, komuniti adalah pihak yang paling terjejas teruk apabila bencana seumpama ini berlaku. Pada 5 Februari, Malay Mail melaporkan kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) bahawa 18 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuching dan daerah sekitarnya telah menampung sebanyak 1,056 orang mangsa banjir. Di Bahagian Miri sahaja, pada 23 Mei, sebanyak 10 buah PPS terpaksa dibuka.

Baru-baru ini, Borneo Post pada 14 Jun melaporkan bahawa pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua(MOCSAR) telah berganding bahu dengan penduduk kampung setempat untuk membersihkan kayu-kayu balak yang telah dihanyutkan ketika banjir pada bulan Mei tersebut. Dalam laporan yang sama, Jabatan Bomba dan Penyelamat di Miri juga telah menyatakan bahawa kayu-kayu balak tersebut boleh membahayakan para pengguna Sungai Baram dan perahu-perahu mereka.

Kejadian-kejadian ini menunjukkan betapa bahayanya banjir yang sedemikian rupa terhadap sektor ekonomi dan juga masyarakat. Mereka turut memberi kesan buruk terhadap sektor pendidikan kita dan sektor-sektor sosial yang lain. Bolehkah kawasan-kawasan luar bandar di Sarawak bertahan menghadapi kemungkinan kejadian seperti ini berulang kali terjadi setiap tahun? Semua ini menunjukkan betapa pentingnya bagi Sarawak untuk menghentikan penukaran gunatanah hutan dan mengambil langkah-langkah yang patut untuk menangani permasalahan ini, terutamanya apabila kita turut berhadapan dengan kesan-kesan perubahan iklim.

Oleh itu, kami menyokong seruan saudara Roland Engan, seorang peguam dari Baram, agar kerajaan negeri Sarawak mengkaji punca-punca kejadian banjir di beberapa kawasan di Baram ini dan membangunkan sebuah rancangan penyelesaian dan mitigasi.

Adalah juga mustahak bagi Sarawak untuk terus melindungi hutan yang masih ada dan memulihkan hutan yang telah terjejas oleh pembalakan dan aktiviti manusia yang lain. Adalah penting bagi kerajaan persekutuan dan negeri untuk memahami dan memberi perhatian terhadap hubungan antara penukaran gunatanah hutan dan peningkatan kejadian banjir di Sarawak. Dalam menghadapi perubahan iklim, kegagalan untuk melakukan perkara-perkara tersebut hanya akan mengundang kesan-kesan yang lebih buruk pada masa yang akan datang.

Jok Jau Evong
Penyelaras Sahabat Alam Malaysia, Sarawak 

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Infografik 16 halaman di bawah menggambarkan bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada kita semua. Penggunaan berlebihan / pengeluaran berlebihan plastik menyebabkan peningkatan pengeluaran bahan buangan. 

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM)  mengalu-alukan langkah kerajaan Malaysia yang tidak tunduk kepada tekanan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk membatalkan syarat kelulusan lesen operasi  pada tahun 2020. Syarat

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin memberikan maklum balas terhadap kenyataan oleh Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian Mcfeeters baru-baru ini bertajuk ‘Partners in

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

  • Tarikh Penerbitan | Mac 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

  • Tarikh Penerbitan | Februari 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya
climate change, global warming, environment

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

  • Tarikh Penerbitan | Januari 17, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
Selanjutnya

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia