Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Kemusnahan hutan dan pencabulan NCR di Sarawak: Kerajaan persekutuan wajib turun ke lapangan

  • Tarikh Penerbitan | Ogos 9, 2019
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Hak Tanah, Orang Asal, Pembalakan, Penebangan hutan, Penukaran Hutan, Perladangan
  • Penanda | hak adat bumiputera, hutan ladang, ladang kayu, lesen, monokultur, MSPO, NCR, perubahan iklim, sumber asli
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Pada Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia hari ini, Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin mengulangi permintaan kami kepada kerajaan persekutuan untuk turun ke lapangan bagi memahami dengan terperinci bagaimana projek-projek perladangan monokultur di Sarawak telah menyebabkan kemusnahan hutan dan pencabulan hak tanah adat (NCR). Kami telah menyuarakan hal ini buat pertama kali sewaktu pelancaran penerbitan kami, The Land We Lost – Native customary rights and monoculture plantations in Sarawak (Tanah Kami yang Hilang – Hak tanah adat dan perladangan monokultur di Sarawak) pada Julai 21.

Penerbitan ini menegaskan kita wajib memahami konteks perladangan monokultur besar di Sarawak dengan tepat. Pertama, ia membabitkan kemusnahan hutan. Kedua, ia merupakan sebuah perkembangan pasca-pembalakan yang bermula pada lewat 1990an, setelah sumber kayu balak semakin berkurangan akibat dari pembalakan tidak terkawal yang dilakukan selama lebih dari dua dekad. Ketiga, ia melibatkan pencabulan NCR. Keempat, kemusnahan ini berlaku akibat dari keluasan ladang yang melampau serta cara dan konteks projek-projek ini dibangunkan, yang lazimnya melibatkan syarikat-syarikat besar. Oleh itu, kami tetap menyokong usaha melindungi kepentingan para pekebun kecil di seluruh negara. Kelima, Licence for Planted Forest (LPF) di bawah bidangkuasa Jabatan Hutan Sarawak, walaupun melibatkan 285,520 hektar tanaman sawit, pada dasarnya adalah permit untuk penanaman kayu kertas dan balak. Pada tahun 2017, keluasan kawasan LPF ini adalah 2.8 juta hektar, lebih luas lagi dari kawasan penanaman sawit menurut data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang berjumlah 1.5 juta hektar di Sarawak.

Namun, maklumbalas dari kerajaan persekutuan kelihatannya hanya terhad kepada hujah bahawa Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) turut mengiktiraf NCR. Sebetulnya, bab ketiga penerbitan ini telah pun mengakui tentang usaha ini. Namun ia mempersoalkan bagaimana prinsip ini dapat dizahirkan di Sarawak, tatkala kerajaan negeri memiliki tafsiran yang sangat sempit tentang NCR, sering menentukan wilayah NCR secara satu hala dan kebanyakan pemberian lesen perladangan untuk syarikat-syarikat besar telah pun dilakukan.

Malah, borang MPOB untuk pekebun kecil di Sarawak pun turut mengandungi penafian yang menyatakan bahawa borang tersebut hanyalah untuk mengesahkan kawasan tanaman sawit sahaja dan bukan bermaksud untuk pengesahan pemilikan NCR. Walaupun taraf pemilikan NCR akan dicatat, pengesahan NCR kelihatannya masih lagi bergantung kepada pihak berkuasa negeri. Jesteru itu, apakah nasib para pekebun kecil sawit orang asal di Sarawak yang tanah NCR mereka, walaupun masih lagi terselamat buat masa sekarang, terletak di dalam kawasan lesen perladangan milik syarikat-syarikat besar? Ini hanyalah satu dari puluhan permasalahan tentang wilayah NCR di Sarawak.

Keadilan di dalam pengurusan sumber-sumber asli adalah teras kepada perlindungan alam sekitar dan hak asasi manusia. Kelestarian tidak akan tercapai tanpa keadilan. Ketidakadilan tentang cara perladangan sawit korporat dibangunkan di Sarawak inilah yang sebenarnya menjadi punca industri ini menerima kritikan. Ketidakadilan ini juga dapat menjejaskan pekebun kecil. Ketidakadilan ini turut melibatkan perladangan kayu, fakta yang sayangnya telah diberikan perhatian yang amat kecil sekali. Sebelum 1990an, pembalakan dan pembangunan empangan telah lama dikaitkan dengan ketidakadilan yang sama.

Jelasnya, permasalahan pokok di sini adalah ketidakadilan sistemik di dalam polisi dan perundangan di Sarawak, yang gagal memastikan pengurusan hutan yang lestari dan jaminan pegangan tanah terhadap NCR. Ini turut melibatkan faktor-faktor kegagalan kepemerintahan yang lain. Pertama, kegagalan untuk mengiktiraf NCR dengan sepenuhnya, termasuklah di kawasan berhutan, berdasarkan undang-undang adat dan keputusan kehakiman. Kedua, ketiadaan peruntukan perundangan tentang proses pemberian izin dengan maklumat awal, bebas dan telus (IMABT). Ketiga, kawalan yang dilakukan ke atas pucuk pimpinan kampung-kampung orang asal and ruang perundingan. Keempat, sistem kepemerintahan yang tidak telus. Kelima, larangan ke atas kerja-kerja pemetaan tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri. Keenam, proses penilaian kesan-kesan ke atas alam sekitar (EIA) yang tidak mewajibkan penyertaan awam. Ketujuh, dasar yang membenarkan penebangan hutan untuk pembangunan perladangan kayu kertas dan balak serta sawit, termasuklah di Hutan Simpanan dan Hutan Kawalan.

Kami berbesar hati apabila kerajaan persekutuan telah melakukan beberapa hal yang betul di dalam usahanya untuk memenuhi ‘Janji 38’ manifesto pilihanraya mereka untuk membela nasib orang asli di Semenanjung Malaysia. Kami berharap agar ‘Janji 48’ manifesto ini untuk memulangkan dan menjamin hak tanah adat Sabah dan Sarawak, janganlah dilupakan pula.

Untuk masyarakat orang asal di seluruh Malaysia, kami mengucapkan ‘Selamat Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia!’

Meenakshi Raman

Presiden

Terkini

Perubahan Iklim

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

Ia adalah Hari Bumi sekali lagi pada 22 April. Seperti yang telah kami katakan sebelum ini, tidak cukup untuk mendedikasikan satu hari dalam setahun untuk mengingatinya

Selanjutnya »
April 22, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap penternak babi yang tidak patuh Enakmen 

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyokong dan menyambut baik tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas ketegasan yang ditunjukkan terhadap pengusaha ladang babi yang tidak mematuhi Enakmen

Selanjutnya »
April 17, 2022
clean, environment, garbage-1223168.jpg
Pencemaran & Perlombongan

Pencemaran Sungai Pinang merupakan isu yang telah lama berlarutan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) tidak terperanjat apabila mengetahui bahawa satu tan sampah sedang dikutip dari Sungai Pinang setiap hari. Ini adalah isu pembuangan sampah yang

Selanjutnya »
April 12, 2022
Pembangunan & Perancangan

SAM gesa kerajaan negeri Perak mengekalkan dan melindungi alam semulajadi daerah Manjung

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Perak mengekal dan melindungi guna tanah hutan dan kawasan semulajadi darat (termasuk hutan paya laut) yang masih terdapat

Selanjutnya »
April 6, 2022

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

  • Tarikh Penerbitan | April 22, 2022
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Adaptasi, Agroekologi, Agrokomoditi, Bahan Toksik, Kedaulatan Makanan, Orang Asal, Pembangunan, Pemuliharaan, Pencemaran, Penebangan hutan, Penukaran Hutan, Penyahwartaan Hutan, Perjanjian Antarabangsa, Sisa
Selanjutnya

SAM menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap penternak babi yang tidak patuh Enakmen 

  • Tarikh Penerbitan | April 17, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Pencemaran, Sisa
Selanjutnya
clean, environment, garbage-1223168.jpg

Pencemaran Sungai Pinang merupakan isu yang telah lama berlarutan

  • Tarikh Penerbitan | April 12, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

SAM gesa kerajaan negeri Perak mengekalkan dan melindungi alam semulajadi daerah Manjung

  • Tarikh Penerbitan | April 6, 2022
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Hidupan Liar, Pembangunan, Pemuliharaan, Penukaran Hutan, Perancangan
Selanjutnya
Perubahan Iklim

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

Selanjutnya »
April 22, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap penternak babi yang tidak patuh Enakmen 

Selanjutnya »
April 17, 2022
clean, environment, garbage-1223168.jpg
Pencemaran & Perlombongan

Pencemaran Sungai Pinang merupakan isu yang telah lama berlarutan

Selanjutnya »
April 12, 2022
Pembangunan & Perancangan

SAM gesa kerajaan negeri Perak mengekalkan dan melindungi alam semulajadi daerah Manjung

Selanjutnya »
April 6, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2022 Sahabat Alam Malaysia