Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Kenyataan pahit tentang pelepasan ‘bersih sifar’ karbon

  • Tarikh Penerbitan | April 21, 2021
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Perjanjian Antarabangsa
  • Penanda | mengimbang balik, pelepasan bersih sifar karbon, pelepasan karbon, pelepasan sifar karbon yang sebenar, penjajahan karbon, Perjanjian Paris
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Dalam wacana perubahan iklim di peringkat antarabangsa, cita-cita beberapa negara untuk mencapai pengurangan kadar pelepasan bersih sifar karbon (net zero) menjelang 2050, telah digembar-gemburkan sebagai sebuah azam yang besar.

Malah, kelihatannya pegawai tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, iaitu Setiausaha Agungnya sendiri, Antonio Guterres, turut berpendapat sedemikian rupa. Oleh itu, tidak hairanlah jika orang awam pun boleh menjadi terkeliru tentang perkara ini, akhirnya dengan mudah mempercayai bahawa pengurangan pelepasan bersih sifar oleh negara-negara pengeluar pelepasan karbon yang tertinggi di dunia hari ini, akan dapat menyelamatkan kita dari krisis perubahan iklim sedunia.

Sebenarnya, kefahaman tentang pelepasan bersih sifar karbon ini amatlah menyimpang dari kenyataan yang sebenar.  Penelitian yang lebih mendalam amatlah diperlukan untuk memahami mengapa cita-cita seperti ini tidak akan mampu berjaya menghadkan kenaikan suhu dunia dari paras sebelum zaman perindustrian setakat 1.5 darjah Celsius sahaja.

Usaha untuk mendesak kerajaan di seluruh dunia untuk bertindak menangani perubahan iklim sememangnya patut dipuji. Akan tetapi, sasaran negara-negara kaya dan syarikat-syarikat mereka untuk mencapai pelepasan bersih sifar ini menjelang tahun 2050, sebenarnya merupakan usaha yang sangat tidak memadai. Sasaran sebegini bukanlah sebuah tekad yang begitu tinggi di dalam erti kata yang sebenar.

Untuk mengelakkan malapetaka iklim yang berkekalan, negara-negara maju yang kaya raya sebetulnya wajib mengambil beberapa tindakan penting dengan segera, bagi mencapai sasaran ‘pelepasan sifar karbon yang sebenar’, pada waktu sekarang juga; dan bukan sekadar ‘pelepasan bersih sifar karbon’ yang cuma akan melewatkan selama tiga dekad lagi, perlaksanaan segala tindakan yang perlu diambil pada hari ini. Bumi kita ini tidak akan dapat menunggu lebih lama lagi.

Beberapa bulan yang lepas, beberapa kerajaan negara-negara maju dan syarikat besar juga, termasuklah para pengeluar utama bahan api fosil, telah turut mengumumkan sasaran pelepasan bersih sifar karbon ini.

Analisa oleh beberapa kumpulan pertubuhan sivil antarabangsa, termasuklah ActionAid International, Friends of the Earth International dan Third World Network telah menunjukkan bahawa pengumuman seperti sasaran pelepasan bersih sifar karbon ini sebenarnya tidak menunjukkan sebarang tekad yang tinggi, tidak akan dapat pergi jauh di dalam memberikan kita sebarang penyelesaian yang baik dan malah, amatlah meragukan.

Dari sudut pandangan keadilan dan kesaksamaan, janji-janji seperti ini oleh negara-negara maju tidak akan pernah memadai, apatah lagi dalam keadaan di mana anggaran karbon yang boleh kita lepaskan (carbon budget) akan semakin menyusut jika kita mahu memastikan suhu dunia tidak akan meningkat lebih dari 1.5°C.

“Jauh dari menandakan sebuah azam yang kuat untuk menangani perubahan iklim, frasa pelepasan bersih sifar karbon yang digunakan oleh kebanyakan kerajaan dan syarikat yang telah banyak mencemarkan alam sekitar ini, sebenarnya telah dipergunakan untuk menjana lebih banyak istilah yang boleh dipergunakan untuk menyelamatkan diri mereka sendiri, bagi membolehkan mereka mengelakkan tanggungjawab, memindahkan beban mereka kepada pihak lain, menyembunyikan hakikat bahawa mereka sebenarnya tiada mengambil sebarang tindakan yang berkesan, dan di dalam sesetengah kes, boleh digunakan untuk mempertingkatkan lagi operasi penggalian, pembakaran dan pelepasan bahan api fosil. Istilah ini juga telah digunakan untuk memberikan imej mesra alam kepada amalan-amalan perniagaan seharian mereka yang masih lagi di takuk lama, ataupun amalan-amalan mereka yang malah, semakin mencemarkan alam. Pada dasarnya, janji-janji ini terdiri dari sasaran-sasaran kecil dengan jangka waktu yang amat panjang, yang sebenarnya tidak akan memerlukan sebarang tindakan diambil untuk berdekad lamanya, dan cita-cita tentang teknologi baru yang kemungkinan besarnya tidak akan dapat dicapai sama sekali pada skala yang diperlukan, dan malah boleh membawa kemudaratan besar jika mereka ternyata dapat dicapai,”

menurut pertubuhan-pertubuhan ini

Kebanyakan janji-janji pelepasan bersih sifar ini tidak berlandaskan kepada usaha untuk mengajukan ekonomi bebas-karbon yang sebenarnya. Mereka sekadar bergantung kepada apa yang kononnya diistilahkan sebagai ‘penyelesaian berasaskan alam’ (nature-based solution – Nbs), di mana kawasan simpanan karbon akan ditubuhkan untuk  menyimpan balik hitungan karbon yang telah dilepaskan. Proses ini didalangi oleh pasaran karbon yang kononnya boleh digunakan untuk ‘mengimbang balik’ (offset) pelepasan karbon negara-negara maju. Apa yang sebenarnya berlaku di sini adalah negara-negara maju kini tidak perlu lagi mengurangkan kadar pelepasan karbon mereka sendiri, tetapi sebaliknya, mereka boleh membayar negara-negara membangun untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon mereka. Ini dilihat sebagai lebih menjimatkan kos – bagi mengimbangi balik pelepasan karbon mereka, negara-negara kaya akan membeli kredit karbon dari negara-negara yang memerlukan dana tersebut.

Dengan atau tanpa proses pengimbangan balik karbon ini, sasaran pelepasan bersih sifar ini akan mewujudkan satu permintaan yang amat besar untuk kawasan simpanan karbon yang terletak di hutan, tanah bencah dan padang rumput yang kebanyakannya terdapat di negara-negara membangun. Setakat yang diketahui, tidak ada lagi sebarang penerbitan penyelidikan yang telah berjaya menghitung kuantiti penyingkiran karbon dari atmosfera yang akan dicapai berdasarkan tekad pelepasan bersih sifar karbon negara-negara maju dan syarikat-syarikat ini.

Apa yang jelas dilihat di sini adalah kuantiti kawasan simpanan karbon yang diperlukan nanti akan beberapa kali ganda lebih tinggi dari kemampuan bumi untuk menyerap karbon. Ini memiliki implikasi yang buruk kepada negara-negara membangun; ia boleh  menggalakkan lagi konflik tanah dan di kalangan komuniti tempatan dan orang asal, yang wilayah dan hutan mereka akan dicari untuk menyelesaikan masalah pelepasan karbon negara-negara kaya.

Kumpulan yang memperjuangkan keadilan iklim telah menggelar proses ini sebagai sebuah bentuk ‘penjajahan karbon’.                   

Untuk menghadkan kenaikan suhu dunia hanya setakat 1.5°C sahaja, dunia memerlukan sebuah perkongsian yang saksama di dalam memikul tanggungjawab untuk menguruskan anggaran pelepasan karbon sedunia ini. Dengan kebarangkalian menghadkan peningkatan suhu dunia di bawah 1.5°C sebanyak 50 peratus, baki anggaran pelepasan karbon sedunia adalah sama dengan pelepasan CO2 sebanyak 480 giga tan (GtCO2eq). Hari ini, dengan kadar pelepasan karbon setinggi 42 GtCO2eq setahun, anggaran baki pelepasan karbon sedunia ini nampaknya akan dihabiskan dalam masa kira-kira 12 tahun sahaja!

Dengan penyusutan carbon budget sedunia ini, pendekatan yang lebih tepat sebenarnya adalah untuk negara-negara maju yang kaya raya, terlebih dahulu mengurangkan dengan kadar yang lebih tinggi, jumlah pelepasan karbon mereka sendiri. Inilah yang dikatakan pendekatan ‘perkongsian yang adil’, yang mengambil kira pengumpulan pelepasan karbon negara-negara ini dari segi sejarah, termasuklah berdasarkan hitungan per kapita juga.

Namun begitu, cadangan yang berasaskan kesaksamaan ini akhirnya tidak diendahkan begitu sahaja, akibat dari tentangan kuat negara-negara maju, terutama sekali Amerika Syarikat –  atas alasan bahawa tiada sebarang perjanjian antarabangsa yang boleh mengarah-arahkan mana-mana negara untuk mengurangkan pelepasan karbon mereka dengan sedemikian rupa.

Malah, analisa ahli-ahli akademik yang terbaik dan pertubuhan masyarakat sivil yang progresif telah pun menunjukkan bahawa negara kaya sememangnya selama ini telah gagal untuk mengambil sebarang tindakan yang bermakna.

Contohnya, satu analisa baru-baru ini yang dilakukan “berdasarkan prinsip capaian per kapita yang saksama kepada sumber awam atmosfera” oleh Dr. Jason Hickel dari Universiti London, yang dilaporkan oleh The Lancet, menunjukkan bahawa sehingga tahun 2015, negara-negara maju sebenarnya telah bertanggungjawab mengeluarkan 92 peratus dari pelepasan karbon yang berlebihan. Jika pendekatan perkongsian yang adil ini digunakan, hitungan menunjukkan bahawa negara-negara membangun sebenarnya masih lagi belum lagi melepasi anggaran pelepasan karbon mereka. Ini termasuklah negara India dan China (walaupun China kelihatannya mungkin akan melepasi takat ini kelak nanti.)

Kita sewajarnya wajib memberikan perhatian yang tinggi terhadap pengurangan pelepasan karbon ini dari pendekatan perkongsian yang adil, untuk memastikan kesaksamaan di dalam pengurusan baki anggaran pelepasan karbon sedunia hari ini. Sebaliknya, hari ini, mantera pelepasan bersih sifar karbon ini telah digunakan untuk membenarkan negara-negara maju melepaskan diri mereka sendiri. Ini dilakukan melalui sasaran pengurangan mereka yang terlalu rendah dalam satu jangka waktu yang terlalu panjang, dan pelepasan tanggungjawab mereka kepada negara-negara membangun untuk mengambil beban pelepasan karbon mereka, malah tanpa imbalan kewangan dan pemindahan teknologi yang setimpal.

Perjanjian Paris sememangnya menyeru agar keseimbangan dicapai antara pelepasan karbon dan penyingkirannya melalui kawasan simpanan karbon sehingga tahun 2050. Namun begitu, ini perlu dilaksanakan berdasarkan kesaksamaan dan di dalam konteks pembangunan lestari dan usaha untuk menamatkan kemiskinan. Ini adalah sebuah aspirasi sedunia. Ia bukanlah sasaran sesebuah negara sahaja. Ianya tentu tidak boleh hanya menjadi setakat sebuah sasaran negara sahaja, kerana ini akan membawa kepada ketidaksaksamaan.

Kepalsuan pelepasan bersih sifar karbon ini perlu didedahkan dengan kenyataan yang sebenarnya. Ianya bukanlah ibu penyembuh krisis iklim kita. Negara-negara kaya tidak boleh lari dari melakukan apa yang perlu dilakukan hari ini, yakni, untuk menyasarkan pelepasan sifar karbon yang sebenar dan membantu negara-negara membangun untuk melaksanakan bahagian perkongsian adil mereka, melalui sokongan dana dan pemindahan teknologi yang diperlukan, dan untuk membangunkan keupayaan mereka supaya mereka tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan oleh negara-negara maju sebelum ini.

Kenyataannya adalah, pelepasan bersih sifar karbon ini hanyalah sebuah khayalan semata, yang hanya akan melambat-lambatkan lagi pelaksanaan tindakan yang sepatutnya oleh negara-negara kaya, yang sememangnya memiliki bahagian tanggungjawab yang terbesar ke atas krisis ini. Demi bumi kita dan golongan miskinnya, kita perlu segera sedar tentang perkara ini, untuk kebaikan bersama.

Meenakshi Raman
Presiden

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang apabila mengetahui pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa projek kereta kabel ke Bukit Bendera (Penang Hill) telah

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Ini adalah satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh beberapa NGO yang membantah aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Memandangkan krisis iklim dan biodiversiti semakin meningkat, kredit kepada syarikat komoditi yang berisiko kepada hutan meningkat 60 peratus antara 2020 dan 2021 Laporan terbaharu, yang dikeluarkan hari

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
cable car, isolated, winter-3989542.jpg

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

  • Tarikh Penerbitan | Disember 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pemuliharaan, Perancangan Bandar
Selanjutnya

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | November 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Hidupan Liar, Pemuliharaan, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 19, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Kewangan & Pelaburan Membabitkan Hutan, Penebangan hutan
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia