Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Kerajaan Negeri mesti menghebahkan kepada umum hasil siasatan tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus

  • Tarikh Penerbitan | Januari 31, 2019
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Perancangan, Perancangan Bandar
  • Penanda | Bukit Kukus, EIA, JAS, MBPP, Pembangunan Cerun Bukit, tanah runtuh
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar membuatpendedahan awam hasil siasatan yang dijalankan ke atas tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus serta mengemukakan syarat-syarat yang membenarkan kerja-kerja pembinaan diteruskan.

Gesaan ini dibuat berikutan kerja-kerja pembinaan dibenarkan untuk disambung semula di jalan terbabit, ekoran penarikan balik perintah menghentikan kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Majlis Bandaran Pulau Pinang (MBPP), seperti yang dilaporkan dalam media hari ini.

Memandangkan Kerajaan Negeri telah menjalankan siasatan dalaman mengenai tragedi berkenaan yang berlaku pada 17 Oktober tahun lalu, di mana 9 nyawa terkorban, adalah penting hasil siasatan itu didedahkan kepada orang ramai agar ada ketelusan dalam proses terbabit.

Kami ingin tahu sama ada pihak berkuasa terbabit akan bertanggungjawab terhadap ketiadaan tindakan yang diambil berhubung tragedi berkenaan.

Adalah penting juga untuk kita ketahui langkah-langkah yang telah diambil dan syarat-syarat yang dikenakan demi memastikan kejadian sama tidak berulang apabila kerja-kerja di jalan tersebut disambung semula.

Sebagai maklum balas kepada dakwaan yang dibuat oleh pihak berkuasa berkenaan bahawa laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) tidak diperlukan bagi projek berkenaan, CAP telah menulis kepada Ketua Menteri, Datuk Bandar MBPP dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menanyakan bagaimana projek itu boleh dikecualikan daripada mematuhi syarat tersebut.

Menurut pegawai-pegawai kerajaan negeri, EIA tidak diperlukan menurut pandangan JAS di mana surat pengecualian telah diberi.

Pihak berkuasa mesti menjelaskan kenapa projek ini diberikan pengecualian sedangkan projek ini  membabitkan kawasan berbukit yang melebihi 76 m dan cerun melebihi 25 darjah.

Pemahaman kami mengenai undang-undang berhubung perkara ini adalah seperti berikut:

Kelulusan bagi pembinaan jalan tersebut diberikan sekitar 2013-2014.

1.    Undang-undang berkaitan yang digunapakai pada ketika itu adalah Penilaian Alam Sekitar (Perintah Aktiviti yang Ditetapkan) 1987. Berkuatkuasa mulai 20 Jun 2011, JAS mempunyai senarai “Aktiviti yang Ditetapkan” yang menghendaki Penilaian Impak Alam Sekitar yang Terperinci (DEIA), yang bermakna maklum balas daripada orang awam perlu diperolehi terlebih dahulu mengenai DEIA bagi projek terbabit sebelumia diluluskan.

Di antara projek-projek yang disenaraikan termasuk:’Projek yang melibatkan pembersihan tanah di mana 50% atau lebih dari kawasan itu bercerun yang melebihi 25 darjah (kecuali kuari).’

Mengikut pandangan kami, ini bermakna meliputi sebarang projek di atas cerun bukit yang berisiko.

Berkaitan kes Jalan Bukit Kukus, sebahagian besar projek melibatkan pembersihan kawasan bercerun yang melebihi 25 darjah, dan tanpa mengira jenis jalan (sama ada ianya jalan ‘koridor’ atau jenis jalan lain), DEIA perlu didapatkan terlebih dahulu.

Adalah tidak betul untuk mengatakan bahawa undang-undang tidak memerlukan EIA, apabila senarai aktiviti JAS memerlukan EIA untuk projek sedemikian. Alasan pengecualian yang diberikan oleh JAS perlu didedahkan kepada awam oleh pihak JAS.

2.    Satu hal lagi yang perlu diketengahkan adalah berhubung tidak patuhan terhadap RancanganStruktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP). RSNPP mengandungi larangan umum terhadap sebarang pembangunan di atas tanah dengan cerun melebihi 25 darjah atau tanah yang terletak lebih daripada 75 m (250 kaki) di atas  paras laut (iaitu tanah bukit).

RSNPP hanya membenarkan pembangunan yang terhad dilakukan di atas tanah berbukit sekiranya sesuatu projek itu dikategorikan sebagai ‘projek istimewa’. RSNPP tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai ‘projek istimewa’. Namun begitu terdapat ‘Garis Panduan mengenai Projek Istimewa’ yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri 2009. Di bawah garis panduan ini, mana-mana projek infrastruktur yang penting kepada kerajaan dan untuk kegunaan orang awam, yang tidak dapat dielak daripada berada di kawasan bukit boleh berada di bawah kategori ‘projek istimewa’.

Jika Projek Jalan Bukit Kukus merupakan ‘projek istimewa’ seperti yang disebutkan dalam Garis panduan berkenaan, maka RSNPP dengan jelas menyebut pembangunan mesti tertakluk kepada kawalan tegas dengan mematuhi garis panduan bagi pembangunan cerun bukit dan ia juga mempunyai EIA yang diluluskan sebagai tambahan kepada kelulusan dari Jawatankuasa Perancangan Negeri.

Sehubungan itu, tidak mempunyai EIA untuk  projek Jalan Bukit Kukus ternyata mencabuli dan tidak mematuhi piawaian RSNPP.

RSNPP mempunyai kesan perundangan kerana ia dilakukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa  1976 dan merupakan dokumen yang diwartakan.

Pihak berkuasa negeri termasuk MBPP dan JAS perlu mematuhi RSNPP dan seharusnya memastikan DEIA disediakan bagi projek berkenaan, yang tertakluk kepada paparan awam dan konsultasi sebelum kelulusan projek ini.

Tanpa melakukan EIA, ternyata RSNPPtidak dipatuhi dan ini merupakan pencabulan undang-undang dan garis panduan yang amat serius oleh pihak berkuasa sendiri.

Kejadian tanah runtuh di Jalanraya Bukit Kukus tidak boleh dianggap semata-mata sebagai kejadian tragedi tapak pembinaan. Ianya meliputisatu projek pada tanah bukit yang sensitif, memandangkan projek ini dengan jelas melebihi 76 m dan membabitkan kecerunan 25 darjah dan lebih tinggi lagi.

Kerajaan negeri, MBPP dan JAS harus menjelaskan bagaimana mereka boleh membenarkan RSNPPdan garis panduan EIA tidak dipatuhi. Jika pihak berkuasa sendiri tidak mematuhi undang-undang makamereka perlu bertanggungjawab kerana tiada sebarang tindakan diambil.

Sehubungan itu kami menuntut penjelasan daripada Ketua Menteri, Datuk Bandar MBPP  dan Ketua Pengarah JAS berhubung perkara ini.

Perkara ini amat serius dan tidak boleh dianggap semata-mata sebagai tragedi tapak pembinaan dengan hanya menyalahkan kontraktor yang terlibat dalam projek ini. Pihak berkuasa sendiri perlu menanggung sebahagian daripada kesalahan yang ada dan bertanggungjawab kerana tidak bertindak dengan sewajarnya.

Justeru, kami mahu hasil siasatan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri didedahkan kepada orang awam, agar mereka memahami sama ada pihak berkuasa berkenaan akan dipertanggungjawabkan kerana tidak bertindak.

S.M. Mohamed Idris,

Presiden SAM dan CAP

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang apabila mengetahui pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa projek kereta kabel ke Bukit Bendera (Penang Hill) telah

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Ini adalah satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh beberapa NGO yang membantah aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Memandangkan krisis iklim dan biodiversiti semakin meningkat, kredit kepada syarikat komoditi yang berisiko kepada hutan meningkat 60 peratus antara 2020 dan 2021 Laporan terbaharu, yang dikeluarkan hari

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
cable car, isolated, winter-3989542.jpg

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

  • Tarikh Penerbitan | Disember 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pemuliharaan, Perancangan Bandar
Selanjutnya

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | November 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Hidupan Liar, Pemuliharaan, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 19, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Kewangan & Pelaburan Membabitkan Hutan, Penebangan hutan
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia