Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Kerajaan tidak sepatutnya melonggarkan syarat berhubung operasi Lynas

  • Tarikh Penerbitan | Ogos 7, 2020
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif, Sisa
  • Penanda | Bukit Ketam, Gebeng, JAS, Lynas, MOSTI, Pahang
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan semasa supaya tidak melonggarkan syarat yang dikenakan oleh kerajaan terdahulu bagi operasi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang.

Kebimbangan mengenai kesihatan awam dan keselamatan alam sekitar sepatutnya terus menjadi tumpuan ketika kerajaan membuat sesuatu keputusan dan bukannya berdasarkan kehendak politik dan lobi pihak-pihak yang berkepentingan.

Kami menggesa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, agar tidak mengkaji semula keputusan yang telah diambil oleh kerajaan sebelumnya, memandangkan tindakan ini bukan sahaja akan bercanggah dengan keputusan yang tepat dan pentadbiran yang baik malah bertentangan dengan kepentingan menjaga kesihatan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Selama bertahun-tahun masa dan sumber berharga telah dihabiskan untuk menangani operasi Lynas yang diselubungi kontroversi. Sudah tiba masanya untuk mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan terdahulu dan tidak membuka semula  keputusan yang telah diambil demi kepentingan awam.

Gesaan SAM ini dibuat sehubungan dengan berita terkini bahawa kerajaan sekarang akan menyemak semula saranan bagi Lynas untuk meneruskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan mengenai sisa ‘water leach purification’ (WLP) sebagai ‘Condisoil’ bagi tujuan pertanian.

Hasrat kerajaan telah dimaklumkan oleh Menteri MOSTI di Parlimen semalam, dengan menyebut keputusan itu tertakluk kepada kelulusan dari Kabinet, dan Kementerian akan kekal dengan pelan untuk memindahkan sisa Lynas ke kawasan fasiliti pembuangan sisa kekal (permanent disposal facility — PDF) jika  penyelidikan dan pembangunan tersebut gagal dikomersialkan.

SAM amat bimbang dengan kenyataan Menteri MOSTI yang seolah-olah mengabaikan kajian dan kontroversi selama bertahun-tahun berhubung operasi Lynas dan longgokan sisanya, yang akhirnya membawa kepada penilaian oleh pakar bebas  di bawah kerajaan terdahulu.

Penilaian yang dilakukan oleh pakar bebas tersebut membawa kepada Laporan Jawatankuasa  Eksekutif Penilaian (ECR) yang diserahkan kepada bekas Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Laporan itu mendedahkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menolak permohonan Lynas untuk menjalankan kajian berskala besar bagi kenaf dan biji jagung (grain corn) berdasarkan kajian terdahulu yang menunjukkan antara lain, peningkatan logam berat selepas penggunaan Condisoil, kepekatan kromium melebihi hadnya, dan kepekatan logam berat dalam pertumbuhan meningkat selepas menggunakan Condisoil.

Ini akhirnya membawa kepada pengenaan beberapa syarat oleh kerajaan terdahulu bagi pembaharuan lesen operasi Lynas tahun lalu, termasuk sekatan terhadap penyelidikan dan pembangunan selanjutnya bagi kitar semula sisa radioaktif  WLP sebagai Condisoil untuk kegunaan pertanian.

Kami mengulangi gesaan kepada Menteri MOSTI agar menghormati syarat-syarat bagi pembaharuan lesen Lynas dan menumpukan perhatian ke atas tapak PDF di Bukit Ketam, Pahang.

Menurut Menteri MOSTI, pada 28 Julai lalu, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) telah meluluskan tapak yang dicadangkan, tertakluk kepada kelulusan Penilaian Impak Radiologi (RIA) dan kajian Penilaian Kesan kepada Alam Sekelilinh(EIA) selain keperluan relevan yang lain oleh pihak berkuasa tempatan.

Sementara kami menghargai kenyataan Menteri terbabit bahawa laporan bagi semua kajian akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan bagi penilaian sebelum kelulusan untuk membina PDF dikeluarkan oleh AELB, SAM ingin menyatakan bahawa ketelusan sepenuhnya dan penglibatan orang awam dalam proses tersebut perlu dijamin, seperti yang termaktub di bawah undang-undang.

Agensi-agensi kerajaan ini tidak seharusnya berada di bawah tekanan untuk meluluskan PDF secara tergesa-gesa dan perlu memastikan semua aspek kesihatan dan keselamatan awam, di samping pertimbangan terhadap alam sekitar, diteliti dan dinilai, dengan mengambil kira pandangan rakyat tanpa sebarang tolak ansur, terutamanya kerana sisa WLP akan kekal sebagai bahan radioaktif dan berbahaya kepada generasi akan datang.

Menurut laporan media sebelum ini, Lynas berkata ia telah melantik sebuah syarikat tempatan, Gading Senggara Sdn Bhd untuk mengendalikan PDF dengan kos US$98 juta (RM400 juta). Namun adalah kurang jelas jika ini turut termasuk kos pengambilan, penyediaan dan pembinaan PDF atau ia bagi kos penyelenggaraan tapak itu selama beberapa dekad akan datang.

Jumlah ini nampaknya tidak mencukupi untuk penyelenggaraan PDF yang sepatutnya menangani sekurang-kurangnya 1 juta tan sisa radioaktif untuk beberapa generasi yang akan datang.

Sebagai perbandingan, dalam kes sisa Asian Rare Earth, Mitsubishi Chemicals dari Jepun dilaporkan telah membelanjakan US$100 juta hanya  untuk membersihkan tapak loji ARE.

Satu lagi isu yang membimbangkan ialah berhubung kepakaran syarikat tempatan yang dinamakan oleh Lynas dalam mengambil alih pengurusan bahan sisa radioaktif tersebut. Keupayaan dan kepakaran syarikat ini perlu dihebahkan kerana bahan yang dikendalikan itu bukan sisa buangan biasa  tetapi sebaliknya merupakan sisa yang kekal berbahaya bagi generasi-generasi masa depan.

Sehubungan itu, SAM mengulangi gesaan agar Lynas tidak dibenarkan untuk melanjutkan lesen  beroperasi sehingga resolusi yang sempurna bagi pengendalian sisa buangannya secara kekal dicapai.

Meenakshi Raman

Presiden

Meenakshi RamanPresiden

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Infografik 16 halaman di bawah menggambarkan bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada kita semua. Penggunaan berlebihan / pengeluaran berlebihan plastik menyebabkan peningkatan pengeluaran bahan buangan. 

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM)  mengalu-alukan langkah kerajaan Malaysia yang tidak tunduk kepada tekanan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk membatalkan syarat kelulusan lesen operasi  pada tahun 2020. Syarat

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin memberikan maklum balas terhadap kenyataan oleh Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian Mcfeeters baru-baru ini bertajuk ‘Partners in

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

  • Tarikh Penerbitan | Mac 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

  • Tarikh Penerbitan | Februari 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya
climate change, global warming, environment

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

  • Tarikh Penerbitan | Januari 17, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
Selanjutnya

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia