Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Laman Utama
  • Tentang
  • Program
  • Sumber
  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • ENGENG
  • Derma

Kereta kabel akan memusnahkan persekitaran Bukit Bendera dan Taman Botani Pulau Pinang

  • Publication Date | Februari 2, 2017
  • Document Type | Kenyataan Akhbar
  • Programmes | Pembangunan & Perancangan
  • Issues | Pengangkutan, Perancangan, Perancangan Bandar
  • Tags | Bukit Bendera, kereta kabel, Taman Botani Pulau Pinang
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Download PDF

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat bimbang dengan cadangan sistem kereta kabel di Pulau Pinang dan dengan ini membantah cadangan projek ini kerana ia akan membawa kesan yang amat buruk serta mengakibatkan perubahan drastik kepada suasana bukit dan sekitar stesen bawah.

Dengan demikian SAM menggesa kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk membatalkan cadangan ini.

Pelan kereta kabel yang dicadangkan ini dianggarkan bernilai RM325 juta dan akan terdiri daripada jalinan yang menghubungkan Taman Botani Pulau Pinang dengan puncak Bukit Bendera, dan satu lagi yang menghubungkan bahagian atas bukit ke Teluk Bahang di bahagian barat laut Pulau Pinang.

Kami tidak bersetuju dengan kenyataan Kementerian Pelancongan yang menyokong cadangan kerajaan negeri Pulau Pinang yang menyatakan bahawa pulangan pelaburan  projek itu ada justifikasi kerana terdapat keperluan untuk membawa masuk lebih ramai pelancong.

Bilangan semasa pelawat ke Bukit Bendera telah melebihi kapasiti tampungnya. Ia dilaporkan bahawa pada tahun 2008, lebih daripada 200,000 orang melawat Bukit Bendera tetapi kini, jumlah itu telah meningkat kepada 1.6 juta. 

Pemilik projek kereta kabel tersebut pasti mempunyai kepentingan komersial dan akan mengutamakan keuntungan. Oleh itu, pemaju akan cuba untuk memaksimumkan bilangan orang yang akan menggunakan kereta kabel untuk meraih keuntungan daripada pelaburannya. Logik yang wujud untuk memaksimumkan bilangan orang yang akan menggunakan kereta kabel akan membawa kepada terlalu ramai orang di Bukit Bendera, sekali gus melebihi kapasiti tampungnya dan dengan itu menyumbang kepada pencemaran alam sekitar yang teruk. 

Untuk menambah masalah lagi, dalam usaha untuk menarik lebih ramai orang untuk menggunakan kereta kabel, akan ada peningkatan tekanan daripada pemaju untuk membangunkan lebih banyak projek di Bukit Bendera. Terdapat had kepada jumlah pembangunan dan bilangan pelawat yang Bukit Bendera boleh menampung. 

Peningkatan besar dalam bilangan pengunjung bukan sahaja akan merosakkan alam sekitar tetapi juga mengubah suasananya. Kedamaian, kesunyian dan ketenangan akan memberi laluan kepada suasana yang sangat dikomersialkan. 

Bukit Bendera adalah kawasan tadahan air yang sangat penting bagi negeri Pulau PInang dan sebahagian daripada hutan di sini dilindungi sebagai hutan simpan. Hampir separuh daripada Bukit Bendera atau 210.07 hektar diwartakan sebagai kawasan tadahan air (Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera, 2013). Dalam sesuatu persekitaran bukit, sebarang percubaan untuk mengganggu keseimbangan ekologi yang sensitif adalah satu kesilapan dan teruk akibatnya dalam jangka masa panjang. 

Jika kekangan akses yang terhad membantu mengekalkan fungsi Bukit Bendera sebagai tadahan air dan ciri-ciri khas yang lain Bukit ini, maka kekangan tersebut tidak mesti dilihat dengan pandangan yang negatif tetapi sebagai mempunyai fungsi yang positif. 

Cadangan kereta kabel tersebut juga akan menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar kerana ia melibatkan pendirian pilon besar dan pembinaan menara dan stesen yang akan memusnahkan flora dan menjejaskan hutan, bukit dan lembah. Kita juga perlu menimbangkan aspek kesesakan lalu lintas dan kemudahan tempat letak kenderaan di stesen bawah. 

Pada masa kini Taman Botani Pulau Pinang sudah sesak serta keamanan dan keindahan Teluk Bahang akan terjejas juga. 

Taman Botani Pulau Pinang adalah suatu tempat yang unik dan berharga, yang mewakili satu khazanah yang sangat popular dan bernilai di Pulau Pinang dan untuk rakyat Pulau Pinang. Ia telah digambarkan lama dahulu sebagai “tempat yang paling indah di Tanah Melayu.” Ia adalah satu-satunya atau salah satu daripada Taman Botani yang terletak di kaki bukit hutan tropika primer, yang tertua di dunia, dan merupakan persekitaran yang paling semula jadi. Beribu-ribu orang melawat Taman Botani setiap hari untuk menikmati alam semula jadi, untuk senaman serta untuk berinteraksi dengan keluarga dan masyarakat. 

Dengan menempatkan stesen bawah di Taman Botani atau kawasan sekitarnya, kereta kabel akan memusnahkan suasana yang tenang, persekitaran semula jadi dan keindahan Taman Botani kerana beribu-ribu orang akan mengunjung ke sana untuk menggunakan kereta kabel dan akan muncul banyak aktiviti komersial, gerai makanan dan kedai-kedai di samping kawasan yang besar diperlukan untuk stesen kereta kabel dan pentadbirannya. 

Oleh itu projek kereta kabel ini akan memusnahkan bukan sahaja alam semula jadi Bukit Bendera serta Taman Botani, dua komponen yang paling penting dalam warisan Pulau Pinang yang memberikannya nama “Pearl of the Orient”. 

Pembangunan pelancongan di Bukit Bendera adalah satu pembangunan yang tidak selaras untuk santuari semula jadi yang memerlukan keamanan dan ketenangan, bukannya pengkomersialan, orang ramai dan wang pelancong. Bukit Bendera pada masa kini sudah sesak dengan pelancong. 

Taman Botani juga adalah bernilai dan kawasan sensitif yang perlu dipelihara dalam keadaan semula jadinya. Kita tidak memerlukan atau menghendaki kereta kabel yang akan membawa banyak impak negatif. 

Keindahan semula jadi dan khazanah alam Pulau Pinang perlu dipelihara dan diberi keutamaan. Para pelancong yang pihak berkuasa cuba untuk tarik sebaliknya akan mual melihat kerosakan yang disebabkan oleh pembangunan yang melampau. 

Oleh itu, kami mengulangi gesaan kami kepada kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk membatalkan cadangan kereta kabel ini.  

S.M. MOHAMED IDRIS

Presiden

Latest

Pembangunan & Perancangan

Bantahan pengoperasian kilang pembuatan bateri di Jenjarom, Kuala Langat, Selangor

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa supaya pihak Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan supaya mengambil peduli dan mempertimbangkan dengan serius bantahan

Read More »
Januari 14, 2021
Hutan & Biodiversiti

Sangat tidak bertanggungjawab bagi negeri-negeri menggalakkan penebangan hutan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat bimbang dengan perkembangan terkini  di mana beberapa negeri terus menggalakkan penebangan hutan atas pelbagai alasan, dan bukannya mengambil langkah-langkah untuk melindungi

Read More »
Januari 5, 2021
Pencemaran & Perlombongan

Peringatan SAM terhadap bahaya pemajuan industri nadir bumi

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang dengan pengumuman oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, kelmarin bahawa kerajaan negeri telah membuat perjanjian dengan syarikat usahasama

Read More »
Disember 3, 2020
Hutan & Biodiversiti

NGO terkilan dengan aktiviti penebangan hutan di Kompleks Hutan Ulu Muda

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (seperti yang tersenarai di bawah) amat terkejut dan terkilan dengan aktiviti penebangan hutan baru-baru ini di kawasan Kompleks Hutan Ulu Muda.

Read More »
November 25, 2020

Bantahan pengoperasian kilang pembuatan bateri di Jenjarom, Kuala Langat, Selangor

  • Publication Date | Januari 14, 2021
  • Document Type | Kenyataan Akhbar
  • Programmes | Pembangunan & Perancangan
  • Issues | Bahan Toksik, Pencemaran, Perancangan, Sisa
Read more

Sangat tidak bertanggungjawab bagi negeri-negeri menggalakkan penebangan hutan

  • Publication Date | Januari 5, 2021
  • Document Type | Surat Kepada Pengarang
  • Programmes | Hutan & Biodiversiti
  • Issues | Air, Biodiversiti, Penebangan hutan
Read more

Peringatan SAM terhadap bahaya pemajuan industri nadir bumi

  • Publication Date | Disember 3, 2020
  • Document Type | Kenyataan Akhbar
  • Programmes | Pencemaran & Perlombongan
  • Issues | Bahan Toksik, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif, Sisa
Read more

NGO terkilan dengan aktiviti penebangan hutan di Kompleks Hutan Ulu Muda

  • Publication Date | November 25, 2020
  • Document Type | Kenyataan Akhbar
  • Programmes | Hutan & Biodiversiti
  • Issues | Pembalakan, Penebangan hutan, Perjanjian Antarabangsa, REDD-plus
Read more
Pembangunan & Perancangan

Bantahan pengoperasian kilang pembuatan bateri di Jenjarom, Kuala Langat, Selangor

Read More »
Januari 14, 2021
Hutan & Biodiversiti

Sangat tidak bertanggungjawab bagi negeri-negeri menggalakkan penebangan hutan

Read More »
Januari 5, 2021
Pencemaran & Perlombongan

Peringatan SAM terhadap bahaya pemajuan industri nadir bumi

Read More »
Disember 3, 2020
Hutan & Biodiversiti

NGO terkilan dengan aktiviti penebangan hutan di Kompleks Hutan Ulu Muda

Read More »
November 25, 2020

Testimonials

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Support our mission

Do your part for the environment with your donations. Each contribution enables our organisation to create more impact towards environmental justice.

Donate here

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki, 11400 Penang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O.Box 216,
98058 Marudi, Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Laman Utama
  • Tentang
  • Program
  • Sumber
  • Arkib
  • Derma
  • Hubungi Kami
  • Polisi Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Web

Dapatkan berita terkini

[wpforms id="9"]
Facebook
Twitter
Youtube
Instagram
Copyright © 2021 Sahabat Alam Malaysia
Powered by Sahabat Alam Malaysia