Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Sumber
  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • ENGENG
  • Derma

Kesahihan kenyataan YAB Menteri Besar Kelantan berhubung faktor yang menyumbang kepada bencana banjir di Kelantan

  • Publication Date | Januari 23, 2015
  • Document Type | Surat Kepada Pengarang
  • Programmes | Pembangunan & Perancangan
  • Issues | Pembalakan, Penukaran Hutan, Perladangan
  • Tags | HSK, hutan simpan kekal, Kelantan, Lojing Highlands, monokultur
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Download PDF

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merujuk kenyataan YAB Menteri Besar Kelantan pada 3 Januari lalu yang disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan. 

YAB Menteri Besar menyatakan kegiatan pembalakan di Tanah Tinggi Lojing telah dibekukan sejak 2006.

Walau bagaimanapun timbul persoalan dan SAM menggesa YAB Menteri Besar memastikan kesahihan kerana mengikut sumber Jabatan Perhutanan Negeri, pada tahun 2014 sahaja sebanyak 41 lesen konsesi pembalakan diluluskan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Jajahan Hutan Kelantan Selatan (meliputi Jajahan Gua Musang dan Jajahan Kecil Lojing). 

Kebanyakan kelulusan lesen konsesi pembalakan dalam HSK di Jajahan Hutan Kelantan Selatan adalah untuk tujuan tanaman monokultur atau apa yang dinamakan Hutan Ladang pada skala yang besar. 

Sebelum dilaksanakan tanaman monokultur dalam HSK (TMDHSK), litupan hutan asal (hutan asli) akan diusahahasil (harvesting) secara tebang habis. Penebangan secara tebang habis tersebut tidak tertakluk kepada ‘sustainable forest management’ dan Catuan Tebangan Tahunan (CTT). 

Kenyataan YAB Menteri Besar bahawa Kelantan mengamalkan pengurusan hutan secara mampan dan telah memperolehi pensijilan ‘Malaysian Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management’ (MC&I) hanyalah tertakluk kepada kegiatan pembalakan dalam hutan asli di HSK sahaja tetapi kawasan HSK yang dilakukan tanaman monokultur, perlombongan dan lain-lain kegiatan tidak tertakluk kepada pensijilan tersebut. 

Kadar curahan hujan yang tinggi tidak boleh dijadikan faktor utama yang menyumbang kepada bencana banjir kerana seperti yang diketahui monsun timur laut diantara bulan Oktober hingga Mac sememangnya membawa hujan lebat ke pantai timur pada setiap tahun. 

Geofizikal dan topografi negeri Kelantan juga mempunyai beberapa banjaran utama yang merupakan sebagai ‘Central Forest Spine’.Oleh kerana itu mengikut Rancangan Fizikal Negara (RFN) kawasan tersebut dikategori sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang perlu dipelihara. 

Walaupun Pihak Berkuasa Negeri telah menerima-pakai RFN tetapi mendukacitakan kerana kebanyakan KSAS tersebut telah dimusnahkan oleh kegiatan manusia terutama pembalakan dan untuk tujuan pertanian. 

Malah kegiatan-kegiatan tersebut didapati dilakukan tanpa kawalan walaupun Pihak Berkuasa Negeri mengakui mempunyai ‘standard and operating procedure’ dan diluluskan oleh pihak-pihak berkuasa berkaitan. 

Pihak Berkuasa Negeri harus memahami bahawa apabila kawasan ‘Central Forest Spine’ yang dikategori sebagai KSAS dimusnahkan dan dilakukan kegiatan selain guna-tanah hutan, impaknya adalah terhadap hidrologi hutan. 

Permukaan tanah yang terdedah kepada kadar curahan hujan yang tinggi akan menyebabkan lebihan air larian permukaan, hakisan lereng bukit, kerosakan struktur sungai dan kemerosotan kualiti air. 

Hutan asli adalah aset yang sangat penting kerana salah-satu fungsi dirian pokok dan tumbuhan ialah mampu menadah curahan hujan manakala reputan di lantai hutan melindungi tanah daripada impak secara terus curahan hujan. 

Disamping itu apabila hutan dimusnahkan, proses penyejatan meningkat dan paras wap air juga biasanya lebih tinggi. 

Berdasarkan pemerhatian dan kajian, SAM telah mengenal-pasti antara faktor yang menyumbang kepada bencana banjir di Kelantan baru-baru ini adalah daripada kegiatan manusia yang mengeksploitasi KSAS terutama HSK. Sebagai contoh:-

  • Pembalakan secara tebang habis berskala besar untuk tujuan tanaman monokultur atau (apa yang dinamakan Hutan Ladang)di Jajahan Gua Musang iaitusebahagian Hutan Simpan Sungai Berok (HS Sungai Berok), HS Batu Papan, HS Hulu Galas dan HS Gunung Rabong;
  • Pembalakan secara tebang habis berskala besar untuk tujuan perlombongan di Jajahan Gua Musang iaitu di HS Sungai Betis dan HS Nenggiri;
  • Pembalakan secara tebang habis berskala besar untuk tujuan tanaman monokultur atau (apayang dinamakan Hutan Ladang) dilakukan juga di beberapa jajahan lain.

Namun begitu tidak dinafikan terdapat juga faktor lain daripada kegiatan manusia dan faktor semula-jadi yang menyumbang kepada bencana banjir.

Malah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah bertitah bahawa semua pihak agar sedar musibah banjir yang berlaku adalah akibat perbuatan manusia sendiri.

Oleh itu SAM berharap Pihak Berkuasa Negeri akan menghentikan dan tidak meluluskan  lagi kegiatan-kegiatan yang berisiko impak di KSAS terutama dalam HSK.

SAM juga menggesaPihak Berkuasa Negeri dan pihak-pihak berkuasa berkaitan mematuhi dan mengguna-pakai pelan perancangan fizikal terutama Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan lain-lain dasar / polisi yang berkaitan pemuliharaan dan perlindungan alam semulajadi disamping menguatkuasakan peruntukan undang-undang sedia-ada.

S.M. MOHAMED IDRIS

Presiden

Latest

Pembangunan & Perancangan

Bantahan pengoperasian kilang pembuatan bateri di Jenjarom, Kuala Langat, Selangor

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa supaya pihak Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan supaya mengambil peduli dan mempertimbangkan dengan serius bantahan

Read More »
Januari 14, 2021
Hutan & Biodiversiti

Sangat tidak bertanggungjawab bagi negeri-negeri menggalakkan penebangan hutan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat bimbang dengan perkembangan terkini  di mana beberapa negeri terus menggalakkan penebangan hutan atas pelbagai alasan, dan bukannya mengambil langkah-langkah untuk melindungi

Read More »
Januari 5, 2021
Pencemaran & Perlombongan

Peringatan SAM terhadap bahaya pemajuan industri nadir bumi

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang dengan pengumuman oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, kelmarin bahawa kerajaan negeri telah membuat perjanjian dengan syarikat usahasama

Read More »
Disember 3, 2020
Hutan & Biodiversiti

NGO terkilan dengan aktiviti penebangan hutan di Kompleks Hutan Ulu Muda

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (seperti yang tersenarai di bawah) amat terkejut dan terkilan dengan aktiviti penebangan hutan baru-baru ini di kawasan Kompleks Hutan Ulu Muda.

Read More »
November 25, 2020

Bantahan pengoperasian kilang pembuatan bateri di Jenjarom, Kuala Langat, Selangor

  • Publication Date | Januari 14, 2021
  • Document Type | Kenyataan Akhbar
  • Programmes | Pembangunan & Perancangan
  • Issues | Bahan Toksik, Pencemaran, Perancangan, Sisa
Read more

Sangat tidak bertanggungjawab bagi negeri-negeri menggalakkan penebangan hutan

  • Publication Date | Januari 5, 2021
  • Document Type | Surat Kepada Pengarang
  • Programmes | Hutan & Biodiversiti
  • Issues | Air, Biodiversiti, Penebangan hutan
Read more

Peringatan SAM terhadap bahaya pemajuan industri nadir bumi

  • Publication Date | Disember 3, 2020
  • Document Type | Kenyataan Akhbar
  • Programmes | Pencemaran & Perlombongan
  • Issues | Bahan Toksik, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif, Sisa
Read more

NGO terkilan dengan aktiviti penebangan hutan di Kompleks Hutan Ulu Muda

  • Publication Date | November 25, 2020
  • Document Type | Kenyataan Akhbar
  • Programmes | Hutan & Biodiversiti
  • Issues | Pembalakan, Penebangan hutan, Perjanjian Antarabangsa, REDD-plus
Read more
Pembangunan & Perancangan

Bantahan pengoperasian kilang pembuatan bateri di Jenjarom, Kuala Langat, Selangor

Read More »
Januari 14, 2021
Hutan & Biodiversiti

Sangat tidak bertanggungjawab bagi negeri-negeri menggalakkan penebangan hutan

Read More »
Januari 5, 2021
Pencemaran & Perlombongan

Peringatan SAM terhadap bahaya pemajuan industri nadir bumi

Read More »
Disember 3, 2020
Hutan & Biodiversiti

NGO terkilan dengan aktiviti penebangan hutan di Kompleks Hutan Ulu Muda

Read More »
November 25, 2020

Testimonials

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Support our mission

Do your part for the environment with your donations. Each contribution enables our organisation to create more impact towards environmental justice.

Donate here

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Sumber
  • Arkib
  • Derma
  • Hubungi Kami
  • Polisi Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook
Twitter
Youtube
Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Sumber
  • Arkib
  • Derma
  • Hubungi Kami
  • Polisi Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook
Twitter
Youtube
Instagram
Copyright © 2021 Sahabat Alam Malaysia