Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Kumpulan masyarakat sivil suarakan sokongan kepada penduduk Sungai Ara dalam kes bantahan projek Sunway Hills di kawasan bukit sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | Mei 22, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Pembangunan, Perancangan, Perancangan Bandar
  • Penanda | Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Rancangan Struktur Pulau Pinang, Sungai Ara, Sunway Hills
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF
Kiri - Kanan: Khoo Salma, Mohideen Abdul Kader dan Zulfikar Ali bercakap di sidang akhbar | Gambar: SAM

Beberapa pertubuhan masyarakat sivil di Pulau Pinang bersatu dalam menunjukkan sokongan dan solidariti kepada penduduk Sungai Ara, yang telah menfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan, dalam perjuangan mereka menentang projek Sunway City di kawasan tanah bukit yang sensitif alam sekitar.

Perbicaraan Mahkamah Persekutuan akan berlangsung pada 25 dan 26 Mei 2022 dan merupakan kes kepentingan awam yang amat ketara, memandangkan ia melibatkan aspek undang-undang perancangan dan perlindungan tanah dan cerun bukit daripada pembangunan, bukan hanya di Pulau Pinang tetapi juga di seluruh negara.

Sejak beberapa tahun dan kebelakangan ini, kita telah menyaksikan kejadian tanah runtuh dan kegagalan cerun bukit yang telah menyebabkan kehilangan nyawa, kecederaan manusia dan kerosakan harta benda di Pulau Pinang dan seluruh negara.

Projek Sunway Hills oleh Sunway City di Sungai Ara melibatkan pembangunan perumahan di kawasan tanah bukit yang sensitif, iaitu tanah dengan ketinggian lebih daripada 250 kaki (76 meter) di atas paras laut dan kecerunan melebihi 25 darjah.

Penduduk dari Kondominium Sunrise Garden dan perumahan bertanah yang tinggal di kaki bukit berhampiran projek yang dicadangkan telah membawa rayuan ini ke Mahkamah Persekutuan kerana bimbang akan keselamatan dan kesannya kepada alam sekitar.

Sunway City bercadang untuk membina 600 unit terdiri daripada pangsapuri bertingkat dan banglo di tanah bukit meliputi kawasan seluas 80 ekar, kira-kira 43% daripadanya adalah di atas cerun yang melebihi 25 darjah.

Pada 20 November 2015, Lembaga Rayuan[1] di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa (TCPA) 1976, mendukung bantahan oleh penduduk terhadap kelulusan projek dan kebenaran merancang yang diberikan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Sunway City berhujah bahawa MBPP memberikan kebenaran merancang bagi projek itu dengan betul kerana pembangunan yang dicadangkan itu adalah ‘projek khas’. Penduduk berhujah bahawa tanah bukit yang sensitif adalah tidak sesuai untuk pembanguan yang dicadangkan itu.

Lembaga Rayuan memutuskan bahawa MBPP adalah salah dalam memberikan kelulusan, kerana ia gagal mempertimbangkan dengan betul bahawa (dalam kes ini), objektif utama Rancangan Struktur Pulau Pinang 2020  adalah  untuk  memelihara  tanah bukit; dan hanya pengecualian yang sangat terhad dan wajar dibenarkan sebagai ‘projek khas’, yang mana justifikasinya kurang dalam projek Sunway.

Rancangan Struktur Pulau Pinang 2020 diwartakan pada 2007 dan menyatakan bahawa tanah bukit lebih daripada 250 kaki (76 meter) dari paras laut dan/atau dengan kecerunan melebihi 25 darjah tidak boleh diluluskan untuk pembangunan, kecuali dalam kes di mana ia melibatkan ‘projek khas’. Rancangan Struktur bagaimanapun tidak mentakrifkan apa itu ‘projek khas’.

Takrifan dan garis panduan untuk ‘projek khas’ telah diluluskan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pada 2009.

Bagaimana garis panduan itu ditafsirkan adalah intipati pertikaian dalam kes penduduk Sungai Ara.

Daripada terus berkecuali, MBPP dengan sokongan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memihak kepada Sunway dalam mencabar keputusan Lembaga Rayuan.

Pada 2017, Sunway City dan MBPP memfailkan permohonan semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap keputusan Lembaga Rayuan; dan pada 29 Mei 2017, keputusan Mahkamah Tinggi memihak kepada Sunway City dan MBPP.

Pada Jun 2017, penduduk Sungai Ara memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan[2], mencabar keputusan Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan menyampaikan keputusannya hanya pada 21 Mei 2021 (lebih dua tahun selepas rayuan didengar), dan bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan memberi keputusan yang memihak kepada Sunway City.

Justeru, penduduk telah membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Kami, sebagai kumpulan yang prihatin, menyatakan sokongan dan solidariti kami kepada penduduk Sungai Ara dalam rayuan mereka, memandangkan kes ini memberikan implikasi yang serius bukan sahaja kepada penduduk berhampiran yang tinggal di sekitar projek itu, tetapi juga kepada semua rakyat Pulau Pinang dan Malaysia yang akan terjejas dengan projek pembangunan di kawasan sensitif alam sekitar terutamanya di kawasan bukit dan tanah tinggi. 

Memandangkan keputusan Mahkamah Persekutuan juga akan turut berkaitan dengan undang-undang perancangan di negara ini mengenai isu Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan, implikasi kes ini adalah ketara kepada semua rakyat tentang bagaimana kebenaran merancang projek diberikan, terutamanya projek berkaitan dengan kawasan sensitif alam sekitar seperti tanah bukit.

Turut menjadi kepentingan yang amat kritikal ialah isu bagaimana MBPP boleh mencabar keputusan Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah TCPA.

Ini adalah satu perkara yang amat serius yang melibatkan kepentingan awam, yang memerlukan perhatian orang ramai dan semua kumpulan yang prihatin.

Kami memuji semangat dan keberanian penduduk Sungai Ara dalam menerajui rayuan penting ini ke Mahkamah Persekutuan, walaupun mereka menghadapi cabaran kewangan.

Perjuangan mereka demi kepentingan awam perlu disokong untuk persekitaran dan Pulau Pinang yang lebih baik dan kita akan melihat dengan penuh harapan hasil keputusan prosiding Mahkamah Persekutuan ini.

Penduduk Sungai Ara dan NGO & CSO di hadapan pejabat CAP | Gambar: SAM

Kenyataan ini disokong oleh:

NamaPertubuhan
1. Mohideen Abdul KaderPersatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
2. Mageswari SangaralingamSahabat Alam Malaysia (SAM)
3. Khoo Salma    Penang Forum
4. Zulfikar Aziz  Persatuan Penduduk Tanjung Bunga (TBRA)

[1] Lembaga Rayuan di bawah TCPA adalah badan yang ditubuhkan untuk mendengar bantahan daripada pemilik tanah bersebelahan projek yang dicadangkan mengenai kenapa kebenaran merancang bagi projek seperti itu tidah seharusnya diberikan.

[2] Mahkamah Rayuan berbeza daripada Lembaga Rayuan. Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan daripada keputusan Mahkamah Tinggi, dan adalah satu peringkat di bawah Mahkamah Persekutuan.   

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Infografik 16 halaman di bawah menggambarkan bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada kita semua. Penggunaan berlebihan / pengeluaran berlebihan plastik menyebabkan peningkatan pengeluaran bahan buangan. 

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM)  mengalu-alukan langkah kerajaan Malaysia yang tidak tunduk kepada tekanan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk membatalkan syarat kelulusan lesen operasi  pada tahun 2020. Syarat

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin memberikan maklum balas terhadap kenyataan oleh Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian Mcfeeters baru-baru ini bertajuk ‘Partners in

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

  • Tarikh Penerbitan | Mac 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

  • Tarikh Penerbitan | Februari 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya
climate change, global warming, environment

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

  • Tarikh Penerbitan | Januari 17, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
Selanjutnya

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia