Lampin guna semula lebih mesra

Seperti kebanyakan produk sekali guna, lampin pakai buang yang kotor tidak dikitar semula dan akan berakhir di tapak pelupusan sampah atau diinsinerasi. Yang membimbangkan lagi, bahan penambah kimia dan bahan cemar dalam plastik lampin boleh berpindah kepada kulit bayi dan menyebabkan alahan kulit, mengganggu perkembangan neurologi kanak-kanak, dan membahayakan keseluruhan fungsi dan kesihatan manusia.

Kita boleh mendapat banyak manfaat dengan mengalih kepada lampin guna semula. Kesan ke atas kesihatan alam sekitar akan berkurang melalui pengurangan sisa; kira-kira 99% sisa boleh dielakkan dengan menggunakan lampin guna semula berbanding dengan lampin pakai buang dan jejak karbon boleh dikurangkan sehingga 40%.[1]  

Lebih-lebih lagi, kesihatan bayi lebih terjamin dengan mengelakkan lampin plastik yang penuh dengan bahan kimia dan bertukar kepada lampin kain yang tidak dilunturkan dan tidak diwarnakan yang diperbuat daripada kapas atau buluh. Selanjutnya, kos akan berkurang dalam jangka panjang melalui guna semula dan mengelakkan pembelian berulangan lampin pakai buang yang baharu.

Akhir sekali, dengan sedikit penyelidikan, beralih kepada guna semula akan menjadi lancar dan mudah. Contohnya, sesetengah orang berwaspada dalam membuat perubahan memandangkan mereka takut lampin guna semula akan: (a) menjadi sukar untuk digunakan, (b) bocor, dan (c) amat berbau. Bagaimanapun, realitinya, lampin guna semula: (a) boleh didapati dalam banyak jenis yang berbeza, termasuk lampin pra lipatan moden yang bebas daripada masalah, (b) tidak semestinya cenderung untuk bocor, selagi ia dibasuh dengan sempurna dan arahan penjagaan diikuti, dan (c) sebenarnya kurang berbau berbanding guna buang.[2] [3]     

Keluarga yang beralih daripada lampin pakai buang kepada lampin guna semula membawa kita beberapa langkah lebih dekat kepada ekonomi melingkar (circular economy). Marilah turut serta dalam membasmi budaya membuang!


[1] Copello, L. (2021). It’s is time to clear out plastic & chemicals from nappies, not the poo. Break Free From Plastic. https://zerowasteeurope.eu/wp-content/uploads/2021/04/zwe_bffp_policy-briefing_its-time-to-clear-out-plastic-chemicals-from-nappies-not-the-poop_en-2.pdf

[2] Rosas, K. (25 Oct 2012). Don’t Be Afraid of The Cloth Diaper Monster: Conquering The Fear Of The Unknown. Dirty Diaper Laundry: http://dirtydiaperlaundry.com/dont-be-afraid-of-the-cloth-diaper-monster-conquering-the-fear-of-the-unknown/

[3] Villines, Z. (11 Dec 2021). Everything you need to know about reusables diapers. Medical News Today: https://www.medicalnewstoday.com/articles/327289

Terkini

Testimoni

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.