Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Laporan cadangkan tindak balas ASEAN yang lebih tegas untuk memerangi pembuangan sisa global

  • Tarikh Penerbitan | Ogos 4, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Pencemaran, Sisa
  • Penanda | ASEAN, sisa perdagangan
PDF

Ini adalah kenyataan media bersama Ecowaste Coalition dan SAM

Quezon City; Pulau Pinang: Sementara kerajaan-kerajaan yang menganggotai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) secara tersendiri mengambil tindakan untuk menangani insiden penghantaran sisa haram dari negara kaya dan negara lebih maju, blok 10 negara ini masih belum bersatu dan meningkatkan usaha untuk melindungi rantau ini daripada kesan dan bahaya perdagangan sisa global.

Laporan bertajuk “Perdagangan Sisa di Asia Tenggara: Justifikasi Perundangan bagi Tindakan Serantau” yang dikeluarkan sempena peringatan Bulan ASEAN, menyatakan kekurangan tindak balas bersama dan serantau terhadap isu perdagangan sisa walaupun kontroversi pembuangan sisa menjadi berita utama di Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand sejak beberapa tahun lepas.

Diterbitkan oleh kumpulan keadilan dan kesihatan alam sekitar EcoWaste Coalition dengan International Pollutants Elimination Network (IPEN), laporan tersebut mendapati tindak balas dasar dan perundangan semasa tidak mencukupi untuk menghentikan kemasukan sisa haram, dan lebih penting, tidak cukup untuk melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar.

Laporan itu mendedahkan fakta bahawa perdagangan sisa adalah isu ASEAN, kajian kes negara menunjukkan bagaimana perdagangan sisa memburukkan lagi cabaran pengurusan sisa sedia ada, dan tindak balas ASEAN terhadap krisis perdagangan sisa akan membantu negara-negara di rantau ini mengukuhkan usaha mereka untuk melindungi ekosistem dan biodiversiti serantau yang kaya untuk kesejahteraan komuniti dan generasi masa depan.

“Inisiatif-inisiatif ASEAN dan bilateral yang luas, undang-undang negara dan rangka kerja perundangan, dan trend terkini dalam tindakan negara menangani perdagangan sisa haram, menyediakan banyak justifikasi perundangan bagi tindakan serantau yang lebih kukuh terhadap perdagangan sisa global berbahaya,” kata ketua pengarang laporan, Atty. Gregorio Rafael P. Bueta, pakar perundangan dan dasar serta penyokong keadilan dan hak alam sekitar.

“ASEAN memerlukan deklarasi menggesa pendirian yang lebih jelas dan konkrit mengenai perdagangan sisa, yang mana, antara lain, menggesa supaya negara ahli meratifikasikan dengan segera Konvensyen Basel Ban Amendment, mengambil langkah untuk mengharamkan semua penghantaran sisa ke negara mereka, menambah baik keupayaan penguatkuasaan dan pematuhan, dan juga memberi tumpuan kepada dasar huluan untuk mengurangkan pengeluaran sumber pencemaran seperti plastik,” tambah Bueta yang juga mengajar undang-undang alam sekitar dan sumber asli di Sekolah Undang-undang di Universiti Ateneo de Manila.

“Rantau ASEAN seharusnya mengambil tindakan bersama untuk menangani pengeluaran plastik, kitar semula yang tidak terkawal, perdagangan dan pelupusan sisa plastik. Negara pengeksport mestilah mengambil tanggungjawab bagi pengurangan plastik mereka dan mengitar semula dalam negara sendiri. Kita perlu melindungi sempadan dan komuniti di rantau kita daripada lambakan sisa dan pencemaran plastik,” kata Meenakshi Raman, Presiden Sahabat Alam Malaysia.

“Tindak balas serumpun ASEAN yang bersepadu akan menambah kekuatan kepada usaha negara untuk menghentikan kemasukan sisa asing dan membantu komuniti barisan hadapan dalam mempertahankan diri daripada kesan sampingan dan ketidakadilan, termasuk pencemaran alam sekitar daripada pembuangan sampah, insinerasi, kitar semula kimia sisa plastik dan skim lain yang boleh mengeluarkan bahan cemar toksik dan membahayakan kesihatan manusia serta tumbuhan dan hidupan liar,” kata Chinkie Pelino Golle, Penyelaras Serantau IPEN bagi Asia Tenggara dan Timur.

Menurut laporan itu lagi, mengatasi perdagangan sisa di rantau ASEAN amat penting atas beberapa sebab. Pertama, banyak negara ahli ASEAN sudah pun menghadapi krisis sisa dalam menguruskan sejumlah besar sisa domestik, lebih buruk lagi dengan pandemik Covid-19 yang kini sedang melanda. Kedua, negara ASEAN perlu mengatasi isu alam sekitar lain yang lebih menekan di beberapa rantau yang paling kaya dengan sumber semula jadi dan biodiversiti di dunia – ini termasuklah penebangan hutan, pemerdagangan hidupan liar secara haram, dan pencemaran air dan udara. Ketiga, risiko yang dibawa oleh perubahan iklim dan keperluan untuk memenuhi matlamat pengurangan dan penyesuaian iklim, yang juga berkaitan dengan isu perdagangan sisa.

Selain daripada mengeluarkan pendirian serantau yang jelas mengenai perdagangan sisa, laporan itu menyarankan penubuhan mekanisme yang akan menguatkuasakan peruntukan Deklarasi ASEAN membendung dan mengharamkan perdagangan sisa di rantau ini.

Laporan itu seterusnya menyarankan agar diwujudkan Kumpulan Pakar/Kumpulan Kerja Teknikal serantau mengenai pengurusan sisa dan perdagangan sisa, dan penggubalan serta kelulusan perjanjian di peringkat ASEAN yang akan melindungi rantau ini daripada perdagangan sisa global.

Dalam webinar yang diadakan hari ini untuk melancarkan laporan ini, kumpulan alam sekitar dan penyokong di seluruh ASEAN menyuarakan sokongan terhadap penemuan dan saranan laporan, dan menggesa kerajaan di seluruh rantau ini supaya mengambil tindakan terhadap perdagangan sisa.

Penganjur bersama webinar dengan EcoWaste Coalition dan IPEN-SEA adalah Ecological Alert dan Recovery-Thailand, Greenpeace Asia Tenggara, Nexus3 Foundation-Indonesia, Sahabat Alam Malaysia dan Parabukas.

——————————-

Nota kepada Pengarang/Wartawan:

Pautan laman sesawang untuk laporan penuh boleh diakses di http://tinyurl.com/ASEANWasteTrade2021

Jika anda ingin menemubual pengarang laporan Atty. Gregorio Rafael Bueta, sila hubungi beliau melalui e-mel di grpb.law@gmail.com

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Lanjutan Lesen Operasi Lynas: SAM kecewa dengan keputusan kerajaan

Sahabat Alam Malaysia amat kecewa dengan keputusan terkini kerajaan MADANI  berhubung pelanjutan syarat lesen operasi Lynas sehingga Mac 2026.   Kami keliru dengan pusingan U yang dibuat

Selanjutnya »
Oktober 24, 2023
Perubahan Iklim

Tenaga Nuklear Tidak Sepatutnya Dikekalkan Sebagai Pilihan di Malaysia!

Kami merujuk kepada ulasan yang dibuat oleh Menteri Sumber Asli, Tenaga dan Perubahan Iklim, YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam temu bual media “No Passion

Selanjutnya »
Oktober 20, 2023
pxclimateaction, nuclear waste, nuclear power plant
Perubahan Iklim

Perlu: Reformasi sebenar dalam sektor tenaga, dan jangan ikuti laluan tenaga nuklear 

Kenyataan bersama Sahabat Alam Malaysia dan Greenpeace Malaysia mengenai “International Nuclear Science, Technology and Engineering Conference (iNuSTEC2023) dan “Nuclear Youth Competition 2023 (NYC 2023)” Baru-baru

Selanjutnya »
Oktober 6, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar kerajaan persekutuan dan negeri melarang perlombongan termasuk unsur nadir bumi (REE) di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) seperti di hutan simpanan kekal.

Selanjutnya »
September 12, 2023

Lanjutan Lesen Operasi Lynas: SAM kecewa dengan keputusan kerajaan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 24, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Tenaga Nuklear Tidak Sepatutnya Dikekalkan Sebagai Pilihan di Malaysia!

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 20, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Mitigasi, Nuklear, Pencemaran, Perjanjian Antarabangsa, Sisa, Tenaga
Selanjutnya
pxclimateaction, nuclear waste, nuclear power plant

Perlu: Reformasi sebenar dalam sektor tenaga, dan jangan ikuti laluan tenaga nuklear 

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 6, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Nuklear, Pencemaran, Tenaga
Selanjutnya

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

  • Tarikh Penerbitan | September 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Lanjutan Lesen Operasi Lynas: SAM kecewa dengan keputusan kerajaan

Selanjutnya »
Oktober 24, 2023
Perubahan Iklim

Tenaga Nuklear Tidak Sepatutnya Dikekalkan Sebagai Pilihan di Malaysia!

Selanjutnya »
Oktober 20, 2023
pxclimateaction, nuclear waste, nuclear power plant
Perubahan Iklim

Perlu: Reformasi sebenar dalam sektor tenaga, dan jangan ikuti laluan tenaga nuklear 

Selanjutnya »
Oktober 6, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Selanjutnya »
September 12, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 756 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia