Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

  • Tarikh Penerbitan | September 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
  • Penanda | nadir bumi, pelarut-lesapan, peralihan tenaga, perlombongan nadir bumi, perlombongan terbuka, REE
PDF
Jangan mengeksploitasi kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) kami | Gambar: Ben Koorengeve

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar kerajaan persekutuan dan negeri melarang perlombongan termasuk unsur nadir bumi (REE) di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) seperti di hutan simpanan kekal.

Seruan ini adalah sebagai tindak balas kepada dasar baharu kerajaan untuk mengharamkan eksport REE bagi melindungi rantaian nilai sumber untuk membina industri pertengahan dan hiliran.

Larangan eksport ini adalah baik kerana sebaliknya ia akan mengelakkan tekanan ke atas kawasan sensitif alam sekitar kita lanjutan daripada dorongan peningkatan permintaan global untuk mineral kritikal sedemikian yang diperlukan untuk teknologi berkaitan iklim.

Walaupun kami memahami logik pengharaman eksport sedemikian demi kepentingan domestik, kami tidak menyokong perlombongan unsur nadir bumi walaupun untuk tujuan negara kita, terutamanya apabila kebanyakan sumber ini terletak di kawasan sensitif alam sekitar termasuk dalam hutan simpanan kekal dan ekosistem kepelbagaian biologi.

Sememangnya terdapat keperluan bagi kerajaan bersikap telus sepenuhnya di mana sumber unsur nadir bumi berada dan mengenakan larangan ke atas aktiviti perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar. Tidak cukup dengan bercakap mengenai perlombongan secara mampan atau bertanggungjawab, kerana kawasan sensitif alam sekitar mengikut definisi mestilah dilindungi sepenuhnya.

Perlombongan unsur nadir bumi (REE) bukan tindakan yang sepatut | Gambar: Tim Mossholder

Membenarkan perlombongan unsur nadir bumi dalam kawasan sensitif alam sekitar ini bukan sahaja akan menyebabkan kesan alam sekitar dan sosial yang teruk, ia juga bertentangan dengan dasar iklim dan biodiversiti sedia ada. Perlombongan unsur nadir bumi dalam hutan simpan adalah bercanggah dengan Akta Perhutanan Negara 1984 dan objektif Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan.

Kedua-dua cara perlombongan terbuka konvensional dan perlombongan larut resap setempat atau in-situ memberikan kesan alam sekitar dan kesihatan sosial yang serius terutamanya jika ia terletak di kawasan sensitif alam sekitar atau melibatkan hak tanah adat orang asal dan orang asli.

Perlombongan larut resap in-situ masih memerlukan pembersihan satu pertiga daripada kawasan tumbuh-tumbuhan dan menimbulkan risiko yang lebih serius kepada pencemaran air bawah tanah berbanding perlombongan terbuka.

Penggunaan ammonium sulfat sebagai larutan larut resap boleh menyebabkan pencemaran sulfat, yang akan berterusan lama selepas perlombongan dihentikan. Ia akan berlaku melalui pencemaran nutrien yang lebih teruk di hilir sungai dan takungan, bersama-sama dengan peningkatan pengeluaran mikrob hidrogen sulfida, bahan yang sangat toksik kepada banyak organisma dan tumbuhan akuatik.

Istilah ‘unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE)’ yang digunakan di Malaysia boleh mengelirukan kerana menurut Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA), untuk menghasilkan 1 tan unsur nadir bumi akan menjana 2,000 tan sisa toksik, termasuk 75 meter padu air sisa dan 1 tan sisa radioaktif.

Selain itu, walaupun benar bahawa tiada pengganti langsung untuk unsur nadir bumi, terdapat cara untuk menghasilkan ‘super magnet’ bebas nadir bumi atau inovasi yang boleh menggantikan motor dan penjana magnet kekal yang tidak memerlukan mineral nadir bumi, dan pasaran sudah mula beralih kepada alternatif.

Penggunaan motor elektrik bukan nadir bumi dijangka meningkat lapan kali ganda menjelang 2030 dan alternatif yang berdaya maju memang wujud untuk menggantikan magnet kekal yang digunakan secara meluas dalam reka bentuk turbin angin dan kenderaan elektrik. Beberapa pengeluar utama sudah melabur dalam hal ini.

Malaysia juga perlu melabur dalam alternatif kepada penggunaan unsur nadir bumi dan mengambil langkah lebih jauh, bukannya mempromosikan unsur nadir bumi. Pasaran sudah mula beralih kepada alternatif dan ia adalah trend masa hadapan.

Dalam peralihan Malaysia ke arah tenaga bersih, persoalannya adalah sejauh mana “bersih” dan “adil” peralihan tenaga itu dan akan berlaku.

Jika peralihan tenaga akhirnya memusnahkan ekosistem hutan dan sumber air kita yang penting untuk mengimbangi iklim bumi dan seterusnya memudaratkan komuniti yang sudah pun terdedah serta berada di barisan hadapan kesan iklim, ia bertentangan dengan matlamat iklim serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang lain.

Meenakshi Raman
Presiden

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar kerajaan persekutuan dan negeri melarang perlombongan termasuk unsur nadir bumi (REE) di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) seperti di hutan simpanan kekal.

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan pelancaran Fasa 2 Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos 2023 yang lalu. Kami

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) merayu kepada kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya tidak meneruskan Projek Penambakan Laut di Selatan Pulau Pinang (Penang South Reclamation – PSR).

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Konvensyen Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (UPOV) menafikan hak petani, menggalakkan biopirasi dan mengancam agrobodiversiti. SAM menyokong sepenuhnya kenyataan di bawah yang dikeluarkan

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

  • Tarikh Penerbitan | September 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

  • Tarikh Penerbitan | September 4, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Mitigasi, Tenaga
Selanjutnya

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

  • Tarikh Penerbitan | September 1, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Ekosistem Persisiran Pantai, Kedaulatan Makanan, Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perikanan
Selanjutnya

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

  • Tarikh Penerbitan | Julai 20, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pertanian
  • Jenis Isu | Agroekologi, Benih, Biodiversiti, Kedaulatan Makanan, Perdagangan & Pelaburan, Pertanian
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 756 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia