Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Lindungi kebajikan komuniti orang asal di Sarawak semasa PKP

  • Tarikh Penerbitan | April 2, 2020
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Orang Asal, Pembalakan
  • Penanda | Covid-19, Persatuan Penduduk, PKP, Sarawak
PDF
Indigenous communities depend on food from their farms to supplement during the MCO | SAM

SAM telah menerima laporan dari komuniti orang asal di pedalaman Sarawak tentang bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP) telah memberikan kesan terhadap mereka. Komuniti ini kini bimbang tentang bekalan makanan penting, barangan keperluan seharian dan wang tunai yang semakin berkurangan, dan ketidakupayaan mereka untuk mencapai perkhidmatan kesihatan, perbankan dan pelbagai perkhidmatan penting yang lain di bandar-bandar terdekat.

Akibat dari pengurangan kesuburan tanah dan pembiakan makhluk perosak yang berpunca dari operasi pembalakan dan perladangan, di dalam 30 tahun terakhir ini, ramai keluarga orang asal di Sarawak telah terpaksa menghentikan penanaman padi bukit. Untuk keluarga seperti ini, beras sekarang dibeli dari bandar yang terdekat, sama juga seperti minyak masak, herba dan rempah ratus perasa, sos, gula, garam, susu formula bayi, tepung, kopi dan teh, dan barangan kegunaan seharian seperti bahanapi dan produk penjagaan diri dan pencucian. Mereka masih bernasib baik kerana dapat memperolehi sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan dari tanah pertanian dan sungai, membuktikan betapa pentingnya strategi kepelbagaian pertanian untuk jaminan bekalan makanan.

Oleh itu, untuk memastikan kebajikan mereka dilindungi, kami menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan-tindakan berikut dengan segera:

(i) Penubuhan jawatankuasa khas pengurusan bencana kampung yang tanggungjawabnya meliputi:

     (a) pelaporan keperluan penting komuniti mereka, termasuklah bekalan makanan dan keperluan seharian yang utama serta sebarang keperluan khusus yang lain seperti bekalan air bersih, kepada pihak berkuasa yang ditentukan, dan kerja-kerja mengenal pasti dan pemantauan bersama berkaitan dengan tatacara penghantaran keperluan-keperluan ini;

    (b) pengedaran adil makanan dan barangan penting yang telah dihantar oleh pihak berkuasa di kalangan anggota komuniti mereka, berdasarkan bilangan isi rumah dan pertimbangan tentang sebarang keperluan khusus keluarga tertentu;

    (c) pengeluaran kebenaran bertulis untuk anggota komuniti yang perlu mendapatkan perkhidmatan penting seperti temujanji dan kecemasan perubatan serta perbankan di bandar serta koordinasi bersama pihak berkuasa yang berkenaan untuk membantu individu-individu ini melakukan perjalanan dan mencapai perkhidmatan-perkhidmatan tersebut; dan

   (d) pelaksanaan prosedur operasi standard apabila seseorang anggota komuniti disyaki menunjukkan tanda-tanda yang dikaitkan dengan Covid-19.

(ii) Penghantaran terus secara pukal segala barangan penting kepada komuniti oleh pihak berkuasa, untuk memastikan kontak langsung yang minima, dengan mematuhi kesemua garispanduan PKP. Perlaksanaan menyeluruh mekanisme bantuan ini tidak boleh mendiskriminasikan komuniti di bawah pimpinan persatuan penduduk dan ketua kampung yang tidak dilantik kerajaan negeri.

(iii) Larangan ketat ke atas sebarang lawatan ke komuniti orang asal oleh mana-mana pihak luar, termasuklah para pekerja syarikat perladangan dan pembalakan; serta misi sukarelawan dan kemanusiaan, kecuali jika permit rasmi telah diberikan kepada sesebuah misi itu.

(iv) Penghantaran bantuan yang sama kepada asrama-asrama sekolah di pedalaman yang memerlukannya.

(v) Peruntukan bantuan melalui jawatankuasa khas berkenaan, jika ianya dapat dilakukan, agar komuniti luar bandar dapat memasarkan hasil pertanian mereka di pusat-pusat penjualan yang terdekat, supaya mereka dapat terus menjana pendapatan, dan pada masa yang sama, pembaziran hasil-hasil pertanian ini dapat dielakkan dan jaminan bekalan makanan tempatan dapat dipertingkatkan. Mekanisme pemasaran ini mungkin memerlukan sokongan pakej stimulus yang khusus dan bantuan logistik dari pihak berkuasa berkenaan.

(vi) Kebenaran yang jelas untuk komuniti orang asal luar bandar yang lokasi mereka masih lagi berdekatan dengan bandar-bandar kecil di pedalaman, di mana PKP ini dilaksanakan dengan ketat oleh pasukan polis dan pihak berkuasa tempatan, untuk meneruskan kegiatan pertanian mereka di kawasan yang lokasinya masih lagi berada di dalam jarak yang dibenarkan dari perumahan mereka, samada untuk penjanaan pendapatan ataupun keperluan saradiri, jika penjarakan sosial dan langkah-langkah berjaga dapat dipatuhi mereka.

Adalah menjadi harapan kami bahawa syor-syor kami ini dapat dipertimbangkan dan dilaksanakan secepat yang mungkin oleh pihak berkuasa.

Mageswari Sangaralingam

Setiausaha Kehormat

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar kerajaan persekutuan dan negeri melarang perlombongan termasuk unsur nadir bumi (REE) di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) seperti di hutan simpanan kekal.

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan pelancaran Fasa 2 Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos 2023 yang lalu. Kami

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) merayu kepada kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya tidak meneruskan Projek Penambakan Laut di Selatan Pulau Pinang (Penang South Reclamation – PSR).

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Konvensyen Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (UPOV) menafikan hak petani, menggalakkan biopirasi dan mengancam agrobodiversiti. SAM menyokong sepenuhnya kenyataan di bawah yang dikeluarkan

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

  • Tarikh Penerbitan | September 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

  • Tarikh Penerbitan | September 4, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Mitigasi, Tenaga
Selanjutnya

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

  • Tarikh Penerbitan | September 1, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Ekosistem Persisiran Pantai, Kedaulatan Makanan, Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perikanan
Selanjutnya

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

  • Tarikh Penerbitan | Julai 20, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pertanian
  • Jenis Isu | Agroekologi, Benih, Biodiversiti, Kedaulatan Makanan, Perdagangan & Pelaburan, Pertanian
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 756 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia