Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Arkib
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • ENGENG
  • Sumbangan

Malaysia perlu meningkatkan tindakan menangani perubahan iklim dengan segera

  • Tarikh Penerbitan | Ogos 12, 2016
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Perjanjian Antarabangsa
  • Penanda | Green Climate Fund, INDC, Paris Agreement, UNFCCC
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
PDF

Dengan penerimaan-pakai Perjanjian Paris – sebuah perjanjian antarabangsa untuk tindakan menangani gejala perubahan iklim pasca 2020 – di persidangan perubahan iklim bulan Disember lepas, negara-negara parti kepada Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFCCC) membuat komitmen untuk meningkatkan usaha menangani perubahan iklim demi memberhentikan pengubahan sistem iklim serta kesan-kesan negatifnya ke atas masyarakat insan. 

Sebagai sebuah negara daripada 197 negara parti yang telah merunding dan menerima pakai  Perjanjian tersebut dan seterusnya merupakan antara 175 negara parti yang turut menandatangani Perjanjian tersebut pada 22 April di New York, Malaysia haruslah melaksanakan Perjanjian tersebut. 

Menjelang Persidangan Paris tempoh hari, Malaysia, seperti negara-negara yang lain telahpun mengemukakan pelan tindakan iklim yang dikenali sebagai Intended Nationally Determined Contributions (INDCs) di mana Malaysia telah mengisythiharkan hasratnya untuk mengurangkan pelepasan gas-gas rumah kaca ‘sebanyak 45% menjelang tahun 2030 daripada tahap keamatan pelepasan mengikut KDNK tahun 2005’. Ini terdiri daripada pengurangan sebanyak 35% tanpa syarat dan 10% lagi yang berdasarkan penerimaan bantuan kewangan, peralihan teknologi dan pembinaan keupayaan daripada negara-negara membangun. 

Malaysia juga amat tekal dalam mempertahankan prinsip-prinsip dan peruntukan UNFCCC ketika merundingkan perjanjian baru tersebut, terutamanya dalam menekankan bahawa perjanjian tersebut adalah tertakluk kepada Konvensyen, justerunya, tanggungjawab negara-negara membangun dari segi peruntukan bantuan kewangan, peralihan teknologi dan pembinaan keupayaan perlu dikekalkan. 

Seruan peruntukan kewangan adalah jelas daripada kenyataan Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak ketika mengikrarkan pengurangan 40% keamatan perlepasan  daripada tahap KDNK 2005 menjelang 2020 di sidang kemuncak Copenhagen pada tahun 2009 dan permintaan tersebut telahpun diulangi beberapa kali selepas itu. 

Walau bagaimanapun, hampir lapan bulan telah berlalu sejak Paris dan Malaysia nampaknya ketinggalan dalam menggunakan peruntukan kewangan antarabangsa yang disediakan oleh Green Climate Fund (GCF),  entiti operasi mekanisme kewangan UNFCCC yang bertujuan membantu negara-negara membangun dalam peralihan menghala kepada pembangunan mampan cara rendah perlepasan dan berdaya tahan perubahan iklim. 

Banyak negara-negara membangun telah mengemukakan cadangan peruntukan kewangan kepada GCF yang setakat ini telah meluluskan pelbagai projek dan rancangan yang kesemuanya bernilai hampir AS$440juta. Peruntukan tersebut disalurkan kepada projek-projek mitigation dan adaptation serta mengukuhkan rangkakerja institusi di negara-negara membangun supaya dapat menghasilkan pelan tindakan iklim yang sesuai. 

Dalam penyediaan untuk menggunakan sumber kewangan GCF itu, setakat bulan Mei, 49 buah negara membangun telah mendapat geran kesediaan GCF yang membolehkan mereka untuk mengukuhkan keupayaan institusi pihak berkuasa negara yang telah ditetapkan (national designated authorities – NDA) atau focal point dan membangunkan program tindakan iklim di peringkat negara. NDA/focal point Malaysia adalah Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (PASPI) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. 

GCF mula meluluskan dana sejak tahun lepas. Sebagai contoh, permohonan Vietnam, untuk ‘meningkatkan daya tahan masyarakat pesisir pantai yang terdedah kepada kesan perubahan iklim’ dengan dana sejumlah AS$29.5juta telah diluluskan pada mesyuarat lembaga GCF baru-baru ini pada bulan Jun lepas. 

Kecewa sekali, kita masih belum melihat apa-apa cadangan dari Malaysia, baik untuk geran kesediaan, mahupun cadangan projek, dalam senarai projek yang telah dikemukakan untuk penilaian atau kelulusan. 

Untuk makluman, Malaysia merupakan antara 12 ahli-ahli lembaga yang mewakili negara-negara membangun dalam badan pentadbiran GCF. 

Daripada segi teknologi, Malaysia juga merupakan salah satu daripada 26 negara yang mengambil bahagian dalam fasa kedua program penilaian keperluan teknologi global (technology needs assessment – TNA) yang disokong oleh UNFCCC. Walau bagaimanapun, Malaysia masih belum mengorak langkah dalam program ini sejak pelancarannya pada November 2014, dan ketinggalan di belakang negara-negara lain di rantau ini seperti Laos, Kemboja, Thailand, Indonesia dan Vietnam. 

Dalam masa yang sama, Malaysia telah mengalami peristiwa cuaca yang melampau berkaitan perubahan iklim, contohnya banjir buruk pada akhir tahun 2014 yang dianggarkan telah mengalami kerugian berjumlah beratus-ratus juta ringgit di mana sektor pertanian di negeri yang paling teruk terjejas iaitu Kelantan sahaja, kerugian mencecah RM105juta.  

Tiada anggaran rasmi kerugian daripada kejadian gelombang panas baru-baru ini tetapi kesan-kesannya memang telah dirasai oleh orang awam yang terpaksa memasang penghawa dingin dan membayar lebih untuk penggunaan elektrik. 

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Malaysia untuk memberi perhatian kepada cabaran yang bakal timbul daripada kesan perubahan iklim dan berusaha segera dalam melaksanakan tuntutan dengan tindakan yang setimpal. 

Mekanisme UNFCCC yang meliputi GCF dan proses TNA boleh membantu Malaysia bersedia menangani perubahan iklim dan melaksanakan lebih banyak tindakan dengan sumber-sumber kewangan dan teknologi yang sedia ada, termasuklah memantapkan Bahagian Perubahan Iklim dalam Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui geran kesediaan daripada GCF.  

Malaysia perlu mencontohi negara-negara membangun yang lain yang mengambil serius masalah perubahan iklim dan menggunakan sumber-sumber kewangan antarabangsa yang sedia ada seperti GCF untuk memenuhi keperluan kewangan serta keperluan teknologi iklim. 

Seharusnya tidak ada lagi alasan untuk penangguhan. Oleh itu SAM menggesa kerajaan Malaysia untuk bertindak sekarang dan bertindak dengan tegas dan pantas. 

S.M. MOHAMED IDRIS

Presiden

Terkini

Pygmy elephants | Credit: Clean Malaysia
Hutan & Biodiversiti

Kematian gajah pigmy Borneo yang sangat tragis

Sahabat Alam Malaysia (SAM) sangat bersimpati dengan satu kejadian yang melibatkan seekor Gajah Pigmy Borneo yang ditemui mati akibat dari perbuatan kejam segelintir individu atau

Selanjutnya »
Januari 26, 2021
Pembangunan & Perancangan

Batalkan projek tambak laut di Langkawi!

Pada 31 Mei 2018, pemaju dari Sarawak, mendiang Ting Pek Khiing yang terkenal dengan projek Empangan Bakun mengumumkan beliau akan melancarkan projek pembangunan bernilai RM30

Selanjutnya »
Januari 22, 2021
Pembangunan & Perancangan

Bantahan pengoperasian kilang pembuatan bateri di Jenjarom, Kuala Langat, Selangor

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa supaya pihak Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan supaya mengambil peduli dan mempertimbangkan dengan serius bantahan

Selanjutnya »
Januari 14, 2021
Hutan & Biodiversiti

Sangat tidak bertanggungjawab bagi negeri-negeri menggalakkan penebangan hutan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat bimbang dengan perkembangan terkini  di mana beberapa negeri terus menggalakkan penebangan hutan atas pelbagai alasan, dan bukannya mengambil langkah-langkah untuk melindungi

Selanjutnya »
Januari 5, 2021
Pygmy elephants | Credit: Clean Malaysia

Kematian gajah pigmy Borneo yang sangat tragis

  • Tarikh Penerbitan | Januari 26, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Hidupan Liar, Kebajikan Haiwan
Selanjutnya

Batalkan projek tambak laut di Langkawi!

  • Tarikh Penerbitan | Januari 22, 2021
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan
Selanjutnya

Bantahan pengoperasian kilang pembuatan bateri di Jenjarom, Kuala Langat, Selangor

  • Tarikh Penerbitan | Januari 14, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Perancangan, Sisa
Selanjutnya

Sangat tidak bertanggungjawab bagi negeri-negeri menggalakkan penebangan hutan

  • Tarikh Penerbitan | Januari 5, 2021
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Air, Biodiversiti, Penebangan hutan
Selanjutnya
Pygmy elephants | Credit: Clean Malaysia
Hutan & Biodiversiti

Kematian gajah pigmy Borneo yang sangat tragis

Selanjutnya »
Januari 26, 2021
Pembangunan & Perancangan

Batalkan projek tambak laut di Langkawi!

Selanjutnya »
Januari 22, 2021
Pembangunan & Perancangan

Bantahan pengoperasian kilang pembuatan bateri di Jenjarom, Kuala Langat, Selangor

Selanjutnya »
Januari 14, 2021
Hutan & Biodiversiti

Sangat tidak bertanggungjawab bagi negeri-negeri menggalakkan penebangan hutan

Selanjutnya »
Januari 5, 2021

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook
Twitter
Youtube
Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook
Twitter
Youtube
Instagram
Copyright © 2021 Sahabat Alam Malaysia