Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Malaysia tidak harus bersetuju kepada TPPA berdasarkan garisan merah (red lines)

  • Tarikh Penerbitan | Ogos 14, 2013
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Perdagangan & Pelaburan
  • Penanda | TPP, Trans-Pacific Partnership Agreement, USFTA
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Kerajaan Malaysia tidak harus menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sekiranya ‘Garisan Merah’ yang dikemukakan oleh kumpulan-kumpulan masyarakat sivil tidak diterima oleh negara-negara TPPA lain.

Kumpulan-kumpulan masyarakat sivil, termasuk CAP dan Sahabat Alam Malaysia dan lain-lain pertubuhan alam sekitar, sosial, kesihatan dan organisasi buruh telah mengeluarkan satu set ‘Garisan Merah’ atas permintaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi memberi maklumbalas pada hari terbuka yang diadakan pada 1 Ogos 2013.

‘Garisan Merah’ yang merangkumi banyak perkara dalam TPPA termasuk perdagangan barangan, perkhidmatan, pelaburan, perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, perolehan kerajaan, persaingan dan perusahaan milik kerajaan, hak harta intelektual, kesihatan awam, keselamatan makanan dan pelabelan, produk halal dan lain-lain telah dihantar kepada semua Menteri Kabinet, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pada 12 Ogos, 2013. (Lihat dokumen ‘Garisan Merah’ yang dilampirkan).

‘Garisan Merah’ tersebut mencerminkan kebimbangan utama kami mengenai kesan negatif TPPA kepada rakyat Malaysia, memandangkan TPPA adalah dimodelkan dari template Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Syarikat (USFTA) yang lain.

Suatu perbandingan semua USFTA yang lepas menunjukkan bahawa US mempunyai template yang kuat dan mungkin hanya 5% daripada teks FTA yang dicadangkan boleh diubah. Negara-negara lain yang merunding USFTA sering menyedari bahawa template US yang tidak fleksible adalah tidak sesuai dengan mereka dan setelah memulakan rundingan USFTA, tidak melengkapkannya.

Daripada 63 buah negara yang telah memulakan rundingan USFTA, 43 negara telah tarik diri apabila mereka menyedari peruntukan US tidak memihak kepada kepentingan negara mereka.

Ini termasuk Malaysia, di mana di bawah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, memutuskan untuk tidak menandatangani USFTA. Menurut laporan, Kabinet dahulu mempunyai 58 Garisan Merah, berdasarkan tuntutan Amerika Syarikat.

Malaysia tidak harus menandatangani TPPA berdasarkan Garisan Merah yang dilampirkan, kerana kami mempunyai keraguan serius US akan menerima Garisan Merah ini, setelah mempertimbangkan pengalaman lampau negara-negara lain dengan US.

Dengan ini kami menyeru kepada kerajaan supaya tidak menandatangani TPPA. Malaysia harus keluar dari rundingan TPPA sekarang, memandangkan negara-negara lain juga telah menarik diri dari rundingan USFTA sebelumnya.
Kerajaan Malaysia harus mementingkan rakyat jelata dan bukan menjaga kepentingan korporat / komersial. Kami menggesa kerajaan Malaysia untuk TARIK DIRI daripada TPPA SEKARANG.

S.M. Mohamed Idris
Presiden

Garisan Merah (Red Lines) Masyarakat Sivil Malaysia dalam Rundingan TPPA

1. Bab Perdagangan Barangan (Trade in Goods)

(a) Tidak harus ada penghapusan tarif (tarif sifar) yang meliputi semua produk. Perlu ada pengecualian untuk produk sensitif (pengeluar tempatan akan terjejas jika terdapat penghapusan tarif atau pengurangan tarif yang curam). Oleh itu perlu ada pengecualian bagi beras, produk makanan yang lain, tanaman tembakau, alkohol, sektor automobil dan lain-lain produk industri sensitif di mana terdapat pengeluaran tempatan.

(b) Tidak harus ada pengharaman atau sekatan ke atas cukai eksport. Malaysia bergantung kepada cukai eksport untuk membolehkan pemprosesan tempatan dan pengeluaran beberapa komoditi, termasuk kayu-kayan, perikanan, minyak sawit. Cukai eksport juga merupakan sumber pendapatan kerajaan.

(c) Tidak harus ada “yarn forward rule” dalam industri tekstil dan pakaian (di mana pengeluar pakaian di Malaysia perlu mengambil stok benang hanya dari negara-negara TPP, sekali gus meningkatkan kos pengeluaran).

2. Bab Perkhidmatan (Services)

(a) Bab perkhidmatan perlu merangkumi liberalisasi secara senarai positif bukan secara senarai negatif seperti yang dituntut. Dalam rangka senarai negatif, semua sektor dianggap liberal sepenuhnya melainkan diletakkan di “senarai negatif”. Bahayanya termasuk semua sektor baru (yang tidak disenaraikan) secara automatik dibuka kepada syarikat-syarikat dari negara-negara TPP lain; dan sektor-sektor yang sedia ada yang kemudiannya negara memutuskan untuk dibangunkan di peringkat tempatan, sudah terbuka.

3. Bab Pelaburan (Investment)

(a) Tidak perlu bab pelaburan.

(b) Sekiranya bab pelaburan masih ada, Malaysia tidak harus bersetuju kepada mekanisme atau peruntukan penyelesaian pertikaian pelabur – negeri (Investor-to-State Dispute Settlement – ISDS) kerana kerajaan akan terdedah kepada tuntutan dan tindakan undang-undang daripada pelabur asing dari negara-negara TPP.

(c) Ia tidak harus menyekat peraturan aliran kapital; dan dengan itu bab ini tidak patut mengharuskan pergerakan bebas aliran kapital.

(d) Tidak harus ada peruntukan mengenai “layanan yang adil dan saksama.”

(e) Tidak harus ada peruntukan pengambilalihan (expropriation). Sekurang-kurangnya, tidak harus ada peruntukan mengenai pengambilalihan/ rampasan yang merangkumi “pengambilalihan tidak langsung.”

(f) Tidak harus ada sekatan ke atas keperluan prestasi di luar ketetapan WTO.

(g) Ia tidak mengikat kerajaan-kerajaan negeri dan tempatan kerana sudah ada beberapa pertikaian pelaburan yang mengakibatkan kerajaan persekutuan untuk membayar ganti rugi wang bagi pelanggaran peruntukan perlindungan pelaburan oleh kerajaan negeri / tempatan.

4. Perolehan Kerajaan (Government Procurement)

(a) Tidak harus ada sebarang bab perolehan kerajaan.

(b) Jika masih terdapat bab ini, ia mesti mempunyai peruntukan atau pengecualian yang berkesan yang membenarkan kebebasan untuk Malaysia mengekalkan dasar memberi keutamaan untuk pembekal tempatan, dan untuk menetapkan keistimewaan untuk masyarakat tempatan tertentu, berdasarkan objektif negara.

(c) Jika terdapat bab perolehan kerajaan, ia perlu mempunyai tahap ambang yang cukup tinggi dan memadai.
(d) Ia juga perlu membenarkan ofset (penggantian) yang mencukupi.

5. Harta intelek (Intellectual Property – IP)

(a) Tidak harus ada bab harta intelek.

(b) Jika terdapat bab IP, ia tidak seharusnya melampaui Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai Perdagangan Berkaitan Aspek Hak Harta Intelek (World Trade Organization’s Agreement on Trade-Related Aspects of Intellectual Property Rights –TRIPS).

(c) Paling penting, sepatutnya tidak ada sebarang pelanjutan tempoh paten.

(d) Tidak perlu sebarang peruntukan yang memerlukan eksklusiviti data, hubungan antara status paten dan pendaftaran perubatan, paten utuk kegunaan baru atau pengharaman ke atas pra-geran pembangkang paten, dan lain-lain.

(e) Tidak harus ada lanjutan untuk jangka hak cipta.

(f) Tidak harus ada peruntukan yang memerlukan paten ke atas tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma yang berlaku secara semulajadi. (Ini akan menentang Akta Paten 1983.)

(g) Tidak harus ada sebarang peruntukan yang memerlukan Malaysia untuk menyertai Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 1991. (Convention for the Protection of New Varieties of Plants – UPOV). Malaysia sudah mempunyai Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 yang tidak mesti dipinda oleh kerana peruntukan TPPA).

(h) Tidak perlu apa-apa peruntukan yang memerlukan Malaysia untuk menyertai Perjanjian Budapest Mengenai Pengiktirafan Antarabangsa Penyerahan Mikroorganisma untuk Tujuan Prosedur Paten [Budapest Treaty on the International Recognition of the Deposit of Microorganisms for the Purposes of Patent Procedure] (1977), sebagaimana yang dipinda pada tahun 1980.

6. Persaingan and Perusahaan Milik Kerajaan (Competition & State Owned Enterprises)

(a) Tidak harus ada bab persaingan

(b) Sekiranya ada bab persaingan, ia tidak boleh dikuatkuasakan melalui penyelesaian pertikaian kerajaan-kerajaan.

(c) Tidak harus ada sebarang peruntukan atau seksyen mengenai perusahaan milik kerajaan,kerana ini akan menyekat operasi atau daya maju mereka.

7. Bab Perkhidmatan Kewangan (Financial Services)

(a) Bab ini tidak harus memerlukan Malaysia untuk meliberalisasikan perkhidmatan kewangan atau mengikat tahap keterbukaan kewangannya.

(b) Ia dalam apa jua cara tidak mengurangkan keupayaan atau ruang dasar Malaysia untuk mengawal selia sektor kewangan, terutamanya bagi tujuan kestabilan kewangan.

(c) Malaysia tidak boleh dihalang daripada mempunyai ruang dasar maksimum untuk memperkenalkan atau mengukuhkan kawalan kapital dalam aliran masuk dan aliran keluar dana.

(d) Bab ini tidak harus memerlukan Malaysia membuka kepada penubuhan atau penyebaran instrumen kewangan yang baru, terutamanya yang diperkenalkan oleh institusi asing, kerana risikonya kurang diketahui.

8. Telekomunikasi

(a) Tidak harus ada bab telekomunikasi.

(b) Sebarang bab telekomunikasi tidak harus mempunyai obligasi tambahan mensasarkan ‘pembekal utama’ seperti Telekom Malaysia (kerana keuntungan dan keupayaan untuk mencapai objektif sosial Telekom Malaysia boleh terjejas)

9. Keselamatan Makanan dan Pelabelan

(a) Tidak harus ada sebarang peruntukan (contohnya dalam bab mengenai technical barriers to trade (TBT) atau sanitary and phytosanitary (SPS) yang menyekat keupayaan Malaysia untuk mengawal selia bagi tujuan keselamatan makanan; khususnya TPP tidak harus mempunyai peruntukan perubahan kepada undang-undang yang sedia ada [iaitu Akta Biokeselamatan 2007 dan Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) 2010] yang memperuntukkan pengenalpastian dan pelabelan organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) dan hasilan organisma sedemikian, termasuk makanan GM.

10. Kesihatan Awam

(a) TPPA mestilah tidak mengandungi peruntukan-peruntukan yang mengurangkan keupayaan pesakit dan kerajaan untuk mendapatkan ubat-ubatan pada harga yang berpatutan.

(b) Ia tidak harus mempunyai sebarang peruntukan yang tidak menggalakkan atau menghalang daya maju dan pertumbuhan pengeluaran dan penggunaan ubat-ubatan generik.

(c) Langkah-langkah kawalan tembakau (seperti peraturan mengenai pembungkusan rokok, dan pengiklanan produk tembakau) harus jelas dikecualikan daripada TPP.

(d) TPP mestilah tidak menyekat keupayaan kerajaan untuk menghendaki pengisytiharan bahan kuantitatif atau label amaran kesihatan pada alkohol dalam cara yang besar dan menonjol seperti yang dihasrat untuk tujuan kesihatan pengguna

11. Produk Halal

(a) TPP tidak seharusnya mengurangkan keupayaan kerajaan untuk mengawal produk halal. Oleh itu perlu ada pengecualian dari TPP bagi peraturan-peraturan mengenai produk halal.

12. Pengecualian

(a) Bab pengecualian perlu mempunyai pengecualian berkesan (contohnya untuk krisis kewangan, kesihatan, alam sekitar, perlindungan pengguna, halal dan lain-lain) yang dikenakan kepada semua bab.

Terkini

Perubahan Iklim

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

Ia adalah Hari Bumi sekali lagi pada 22 April. Seperti yang telah kami katakan sebelum ini, tidak cukup untuk mendedikasikan satu hari dalam setahun untuk mengingatinya

Selanjutnya »
April 22, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap penternak babi yang tidak patuh Enakmen 

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyokong dan menyambut baik tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas ketegasan yang ditunjukkan terhadap pengusaha ladang babi yang tidak mematuhi Enakmen

Selanjutnya »
April 17, 2022
clean, environment, garbage-1223168.jpg
Pencemaran & Perlombongan

Pencemaran Sungai Pinang merupakan isu yang telah lama berlarutan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) tidak terperanjat apabila mengetahui bahawa satu tan sampah sedang dikutip dari Sungai Pinang setiap hari. Ini adalah isu pembuangan sampah yang

Selanjutnya »
April 12, 2022
Pembangunan & Perancangan

SAM gesa kerajaan negeri Perak mengekalkan dan melindungi alam semulajadi daerah Manjung

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Perak mengekal dan melindungi guna tanah hutan dan kawasan semulajadi darat (termasuk hutan paya laut) yang masih terdapat

Selanjutnya »
April 6, 2022

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

  • Tarikh Penerbitan | April 22, 2022
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Adaptasi, Agroekologi, Agrokomoditi, Bahan Toksik, Kedaulatan Makanan, Orang Asal, Pembangunan, Pemuliharaan, Pencemaran, Penebangan hutan, Penukaran Hutan, Penyahwartaan Hutan, Perjanjian Antarabangsa, Sisa
Selanjutnya

SAM menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap penternak babi yang tidak patuh Enakmen 

  • Tarikh Penerbitan | April 17, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Pencemaran, Sisa
Selanjutnya
clean, environment, garbage-1223168.jpg

Pencemaran Sungai Pinang merupakan isu yang telah lama berlarutan

  • Tarikh Penerbitan | April 12, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

SAM gesa kerajaan negeri Perak mengekalkan dan melindungi alam semulajadi daerah Manjung

  • Tarikh Penerbitan | April 6, 2022
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Hidupan Liar, Pembangunan, Pemuliharaan, Penukaran Hutan, Perancangan
Selanjutnya
Perubahan Iklim

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

Selanjutnya »
April 22, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap penternak babi yang tidak patuh Enakmen 

Selanjutnya »
April 17, 2022
clean, environment, garbage-1223168.jpg
Pencemaran & Perlombongan

Pencemaran Sungai Pinang merupakan isu yang telah lama berlarutan

Selanjutnya »
April 12, 2022
Pembangunan & Perancangan

SAM gesa kerajaan negeri Perak mengekalkan dan melindungi alam semulajadi daerah Manjung

Selanjutnya »
April 6, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2022 Sahabat Alam Malaysia