Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Masalah pembuangan sisa secara haram di beberapa jalan ban sekitar Seberang Perai Selatan (SPS): Sampai bila?

  • Tarikh Penerbitan | Mei 8, 2019
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Perancangan, Sisa
  • Penanda | JAS, MPSP, sisa domestik
PDF

Pembuangan sisa domestik, sisa pembinaan serta sisa kilang di beberapa  kawasan khususnya di jalan ban kini seolah-olah menjadi trend di kalangan pihak-pihak tertentu sebagai langkah alternatif untuk memudahkan kerja dan tenaga. Mungkin dengan kaedah ini lebih menjimatkan kos berbanding dibuang ke tapak pelupusan sisa yang sah.

Masalah yang berlaku ini adalah disebabkan oleh tiada tindakan berkesan yang serius diambil oleh pihak berkuasa  terutamanya Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang  bagi mengatasi masalah yang dibangkitkan oleh orang awam.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) memandang serius tentang kes pembuangan sisa yang berlaku di beberapa jalan ban sekitar daerah Seberang Perai Selatan (SPS), bermula dari  jeti nelayan Changkat, Nibong Tebal sehingga jalan pintas ke Batu Kawan Industrial Park (BKIP), melalui jalan ban berdekatan kawasan perindustrian Valdor, Sungai Bakap.

(rujukan google maps kawasan Valdor: https://www.google.com/maps/@5.233857,100.4686564,595m/data=!3m1!1e3)

Pembuangan sampah di tepi jalan | SAM

Pembuangan sampah di jalan ban Sungai Tengah, Changkat, Nibong Tebal,  masalah ini sebenarnya  telah lama berlaku namun disebabkan tiada pemantauan yang dijalankan oleh pegawai-pegawai penguatkuasa serta tiada sebarang tindakan yang dikenakan ke atas pelaku maka pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terbabit dengan senang hati meneruskan aktiviti mereka dan mengambil jalan mudah dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai tapak pembuangan secara haram.

Ramai dari kalangan komuniti nelayan dan orang awam yang melalui jalan ini memberi pelbagai reaksi dan pandangan tentang perkara tersebut. Ada di antara mereka mempersoalkan tentang jangka hayat deretan pokok bakau di kawasan berkenaan, namun tidak kurang juga ada yang turut mempersoalkan tentang kebersihan di sekitar kawasan terbabit. Adakah kerana lokasi tersebut agak tersorok maka ia dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti pencemaran?

SAM khuatir jika masalah ini tidak diatasi dengan tindakan lebih tegas, berani dan drastik, dikhuatiri pelbagai masalah lain yang melibatkan isu alam sekitar akan berlaku di masa akan datang.

Sehubungan itu SAM menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Adun Kawasan, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang perlu turun padang, menyiasat dan mengambil perhatian serius bagi mengatasi masalah pembuangan sisa-sisa domestik dan pukal di kawasan ini.

S.M. MOHAMED IDRIS

Presiden

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Projek PSR memerlukan EIA baru

Memandangkan terdapat perubahan dalam konsep pembangunan, baik dalam reka bentuk dan pernyataan keperluan, pandangan kami ialah Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang baharu diperlukan.

Selanjutnya »
Mei 12, 2023
Pembangunan & Perancangan

Penambakan 2,500 ekar tidak boleh diterima

Pada 11 Mei 2023, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kan Yeow telah mengumumkan bahawa projek penambakan tiga buah pulau akan dikecilkan sebanyak 49% iaitu daripada

Selanjutnya »
Mei 11, 2023
Marin & Perikanan

SAM berang dengan kelulusan EIA projek Penambakan Selatan Pulau Pinang

Sahabat Alam Malaysia (SAM) terkejut dan berang selepas mendapat tahu laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi cadangan kerja-kerja penebusgunaan dan pengorekan projek Penambakan

Selanjutnya »
April 26, 2023
globe, universe, stars-3857560.jpg
Perubahan Iklim

Bumi tidak harus dijadikan makmal iklim

Hari Bumi pada 22 April tahun ini jatuh pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri. Semasa keluarga berkumpul dengan rakan-rakan untuk meraikan Hari Raya, kita mesti kenangkan berkat yang telah dikurniakan oleh Ibu

Selanjutnya »
April 21, 2023

Projek PSR memerlukan EIA baru

  • Tarikh Penerbitan | Mei 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Kedaulatan Makanan, Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perancangan, Perancangan Bandar, Perikanan, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Penambakan 2,500 ekar tidak boleh diterima

  • Tarikh Penerbitan | Mei 11, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Ekosistem Persisiran Pantai, Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perikanan
Selanjutnya

SAM berang dengan kelulusan EIA projek Penambakan Selatan Pulau Pinang

  • Tarikh Penerbitan | April 26, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Marin & Perikanan
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perancangan Bandar
Selanjutnya
globe, universe, stars-3857560.jpg

Bumi tidak harus dijadikan makmal iklim

  • Tarikh Penerbitan | April 21, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Adaptasi, Biodiversiti, Pembangunan, Perjanjian Antarabangsa
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Projek PSR memerlukan EIA baru

Selanjutnya »
Mei 12, 2023
Pembangunan & Perancangan

Penambakan 2,500 ekar tidak boleh diterima

Selanjutnya »
Mei 11, 2023
Marin & Perikanan

SAM berang dengan kelulusan EIA projek Penambakan Selatan Pulau Pinang

Selanjutnya »
April 26, 2023
globe, universe, stars-3857560.jpg
Perubahan Iklim

Bumi tidak harus dijadikan makmal iklim

Selanjutnya »
April 21, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia