Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Masalah sistem perparitan Seberang Perai: Siasat punca dan cari penyelesaian

  • Tarikh Penerbitan | April 10, 2019
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Air, Pencemaran, Perancangan, Sisa
  • Penanda | banjir kilat, kumbahan, perparitan, Seberang Perai, tanah rizab
PDF
Adakah industri di kawasan ini tidak mencemarkan air dalam parit berkenaan? | SAM
Adakah industri di kawasan ini tidak mencemarkan air dalam parit berkenaan? | SAM

Masalah banjir kilat di beberapa buah kawasan sekitar Seberang Perai Selatan hingga ke Seberang Perai Utara tidak akan berkesudahan sekiranya sistem perparitan sistematik yang membolehkan air bertakung dapat mengalir keluar dari kawasan-kawasan yang dilabelkan sebagai “hot spot” banjir.

Pihak-pihak yang berkenaan terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seharusnya mencari punca yang membawa kepada permasalahan  limpahan air sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat bila hujan lebat yang berterusan  berlaku. 

Sebagai contoh masalah banjir kilat di Kampung Titi Hitam, Sungai Bakap daerah Seberang Perai Selatan, menurut penduduk tempatan, masalah ini berpunca dari sistem saliran yang kurang baik. Apabila dikaji dan diselidik mendapati puncanya datang dari sistem saliran yang tersumbat, tersekat dan terhadang oleh benda-benda asing sehingga menyebabkan terjadinya  limpahan air. 

Keadaan Sungai Jawi yang semak dan berlumpur | SAM

Berlakunya limpahan air adalah disebabkan oleh kadar atau paras takungan air yang tinggi (over limit). Kenapa kadar takungan ini tidak mampu menampung air yang banyak, puncanya adalah dari keadaan saliran yang kurang memuaskan.

Masalah sebegini akan menyebabkan rumah penduduk pasti dinaiki air walaupun hujan lebat berlaku hanya satu atau dua jam. Ada juga rumah penduduk yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air, kini mengalami masalah yang sama memandangkan sistem perparitan yang tidak sempurna.

Walaupun tidak semua penduduk kampung terlibat dalam masalah itu, namun mangsa yang terlibat terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda. Selain itu ada juga penduduk yang terpaksa mengeluarkan wang untuk membuat simen penghadang air di pintu bagi mengelak air memasuki rumah.

SAM difahamkan, dahulunya parit serta sungai yang terdapat di beberapa buah kawasan yang sering berlaku banjir mampu menampung jumlah air yang banyak kerana keluasan parit dan sungai begitu lebar dan dalam, namun pada hari ini keadaan parit dan sungai yang sedia ada tidak lagi mampu menampung kuantiti air yang banyak kerana sempit dan cetek. 

Apabila sistem saliran menjadi sempit dan cetek bagaimana ia mampu menampung jumlah kuantiti air yang banyak yang datang dari pelbagai cabang saliran? 

Lihatlah parit-parit serta sungai-sungai di hujung kampung, kebanyakannya dipenuhi dengan tumbuhan liar seperti rumput rumpai dan lumpur yang menyebabkan kadar kedalaman air menjadi cetek. Selain itu, terdapat pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan memperluaskan bangunan industri mereka serta menanam sawit di atas tanah rizab tanpa pengetahuan pihak berkuasa.  

Longgokan sisa pepejal (sampah sarap) yang dibuang ke dalam kawasan hutan bakau yang berhampiran | SAM

Malah ada parit saliran yang dijadikan tempat buangan sisa-sisa kumbahan ternakan kolam akuakultur (antara penyumbang utama kepada masalah berlakunya lumpur dalam parit dan sungai), sisa kumbahan industri dan najis haiwan sehingga menyebabkan warna air bertukar kehitaman serta  menyebabkan pencemaran. 

Sepanjang tinjauan yang dilakukan, kami turut menemui longgokan sisa pepejal (sampah sarap) yang dibuang ke dalam kawasan hutan bakau oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa rasa bersalah.  Persoalannya disini ialah :

Adakah perkara ini diambil berat dan dipandang serius oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab? 

Adakah pihak-pihak berkenaan menjalankan pemantauan atau tinjauan ke kawasan-kawasan tersebut?

Kami tidak menafikan adakalanya banjir kilat yang berlaku berpunca dari fenomena alam seperti air pasang besar dan sebagainya namun di sebalik itu perkara utama yang menjadi pucuk pangkal bualan atau tumpuan orang awam ialah tentang masalah perparitan dan saliran.   SAM juga dimaklumkan, tiada mana-mana pegawai atau pihak tertentu turun padang mengadakan pertemuan dengan penduduk untuk mengambil kira pandangan serta pendapat mereka yang berhadapan dengan musibah seperti ini.

Kami juga menyedari ada segelintir penduduk yang gemar menimbunkan sampah di hadapan rumah sehingga ada yang jatuh bertaburan di dalam longkang serta parit saliran.  SAM percaya, jika ada usaha bersungguh-sungguh untuk menaiktaraf sistem perparitan di kawasan-kawasan berkenaan pasti masalah tersebut akan mampu diselesaikan.

Justeru, SAM menggesa kepada pihak-pihak yang berkenaan terutama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah tersebut kerana ia bukan sahaja melibatkan soal kerugian harga benda, tetapi juga keselamatan penduduk di masa akan datang Pada masa sama, pihak-pihak berkuasa perlu turun padang untuk melihat sendiri masalah yang timbul dan mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama-sama penduduk serta mendengar keluhan, mendapatkan pendapat, pandangan serta curahan idea dari mereka yang mungkin dapat membantu menyelesaikan permasalahan ini.

S.M.MOHAMED IDRIS

Presiden

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Projek PSR memerlukan EIA baru

Memandangkan terdapat perubahan dalam konsep pembangunan, baik dalam reka bentuk dan pernyataan keperluan, pandangan kami ialah Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang baharu diperlukan.

Selanjutnya »
Mei 12, 2023
Pembangunan & Perancangan

Penambakan 2,500 ekar tidak boleh diterima

Pada 11 Mei 2023, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kan Yeow telah mengumumkan bahawa projek penambakan tiga buah pulau akan dikecilkan sebanyak 49% iaitu daripada

Selanjutnya »
Mei 11, 2023
Marin & Perikanan

SAM berang dengan kelulusan EIA projek Penambakan Selatan Pulau Pinang

Sahabat Alam Malaysia (SAM) terkejut dan berang selepas mendapat tahu laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi cadangan kerja-kerja penebusgunaan dan pengorekan projek Penambakan

Selanjutnya »
April 26, 2023
globe, universe, stars-3857560.jpg
Perubahan Iklim

Bumi tidak harus dijadikan makmal iklim

Hari Bumi pada 22 April tahun ini jatuh pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri. Semasa keluarga berkumpul dengan rakan-rakan untuk meraikan Hari Raya, kita mesti kenangkan berkat yang telah dikurniakan oleh Ibu

Selanjutnya »
April 21, 2023

Projek PSR memerlukan EIA baru

  • Tarikh Penerbitan | Mei 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Kedaulatan Makanan, Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perancangan, Perancangan Bandar, Perikanan, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Penambakan 2,500 ekar tidak boleh diterima

  • Tarikh Penerbitan | Mei 11, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Ekosistem Persisiran Pantai, Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perikanan
Selanjutnya

SAM berang dengan kelulusan EIA projek Penambakan Selatan Pulau Pinang

  • Tarikh Penerbitan | April 26, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Marin & Perikanan
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perancangan Bandar
Selanjutnya
globe, universe, stars-3857560.jpg

Bumi tidak harus dijadikan makmal iklim

  • Tarikh Penerbitan | April 21, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Adaptasi, Biodiversiti, Pembangunan, Perjanjian Antarabangsa
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Projek PSR memerlukan EIA baru

Selanjutnya »
Mei 12, 2023
Pembangunan & Perancangan

Penambakan 2,500 ekar tidak boleh diterima

Selanjutnya »
Mei 11, 2023
Marin & Perikanan

SAM berang dengan kelulusan EIA projek Penambakan Selatan Pulau Pinang

Selanjutnya »
April 26, 2023
globe, universe, stars-3857560.jpg
Perubahan Iklim

Bumi tidak harus dijadikan makmal iklim

Selanjutnya »
April 21, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia