Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Mempercepatkan usaha mendapatkan dana antarabangsa untuk adaptasi iklim

  • Tarikh Penerbitan | Januari 7, 2022
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Adaptasi, Biodiversiti, Pemuliharaan, Perjanjian Antarabangsa
  • Penanda | Dana Iklim Hijau, Pelan Adaptasi Kebangsaan, Pelan Malaysia Ke-11, UNFCCC
PDF
dry, dehydration, drought-4282884.jpg

Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin mengulangi gesaan Ahli Parlimen Subang Wong Chen baru-baru ini bahawa Malaysia perlu mendapatkan dana antarabangsa untuk adaptasi iklim. Langkah-langkah adaptasi di sini merujuk kepada tindakan-tindakan untuk menyelaraskan sistem ekologi, sosial atau ekonomi kita untuk menangani kesan-kesan perubahan iklim yang benar-benar atau dijangka akan terjadi, seperti kejadian cuaca yang melampau.  

SAM pada masa lalu telah menekankan keperluan untuk mempertingkatkan usaha Malaysia dalam mendapatkan dana-dana antarabangsa bagi menyesuaikan diri dengan perubahan iklim dan mempertingkatkan perlindungan hutan dan biodiversiti kita; tujuannya adalah untuk tidak menggalakkan lagi negeri-negeri dari melakukan pengubahan guna tanah hutan yang akan memburukkan lagi masalah banjir.

united nations, world, flag-1184119.jpg

Dana-dana antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFCCC) boleh didapati daripada Dana Iklim Hijau (GCF), Dana Adaptasi, Fasiliti Alam Sekitar Sedunia (GEF) dan Dana Perubahan Iklim Khas (SCCF). Matlamat dana-dana antarabangsa ini adalah untuk membantu negara-negara membangun dalam usaha mereka untuk mengurangkan pelepasan gas-gas rumah kaca (tindakan yang dipanggil mitigasi) dan membuat adaptasi dalam menangani kesan-kesan perubahan iklim.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020), terdapat peruntukan sebanyak RM7.24 billion bagi pelaksanaan langkah-langkah mempertingkatkan adaptasi dan daya ketahanan negara terhadap perubahan iklim. Namun begitu, episod banjir baru-baru ini dengan jelas menunjukkan bahawa apa sahaja langkah yang telah diambil setakat ini masih lagi jauh dari mencukupi.

Berbanding negara ASEAN lain, Malaysia sedang ketinggalan dalam mendapatkan dana iklim bagi usaha adaptasi. Contohnya, Vietnam telah mendapat USD 36.3 juta daripada GCF dan AF bagi projek adaptasi. Sementara itu, Thailand telah memperolehi geran USD 17.5 juta daripada GCF untuk mempertingkatkan daya ketahanan perubahan iklim mereka. Laos pula telah memperolehi USD 20 juta bagi projek adaptasi daripada AF dan GCF.

Malah, kajian 2016 oleh Institut Alam Sekitar Stockholm telah mendedahkan bahawa di Malaysia, “secara umumnya, kerajaannya melihat kerentanan negara berkenaan dengan perubahan iklim adalah rendah, berbanding negara lain di rantau (ASEAN) tersebut. Akibatnya, tindakan adaptasi telah diberi keutamaan yang lebih rendah berbanding dengan pembangunan ekonomi”.  Pemikiran sebegini jelasnya perlu diubah.

Walaupun pada masa ini Malaysia telah memperolehi geran USD 3 juta daripada GCF (yang mana setiap negara membangun berhak untuk memperolehinya), untuk membangunkan Pelan Adaptasi Nasional (NAP), kita mesti memahami bahawa dana ini hanyalah untuk penyediaan rancangan tersebut sahaja. Ianya tidak termasuk dana yang diperlukan untuk pelaksanaan segala tindakan di bawah rancangan tersebut. NAP dijangka mengambil masa beberapa tahun untuk disediakan dan sumber-sumber kewangan tambahan akan diperlukan pada masa hadapan untuk segala pelaksanaan tindakannya pula.

Namun begitu, walau penyediaan NAP adalah amat kritikal, kita tidak boleh tidak berbuat apa-apa sementara menunggu ianya diselesaikan. NAP ini dijangka akan bersifat komprehensif, dan sementara menunggu penyiapannya, kerajaan persekutuan dan negeri-negeri perlu mempunyai rancangan-rancangan dan projek-projek interim (untuk sementara waktu) yang boleh digunakan untuk memperolehi dana-dana antarabangsa ini bagi projek-projek adaptasi; selain bergantung kepada sumber domestik di mana ianya sememangnya tersedia. Projek-projek sedemikian boleh merangkumi langkah-langkah berasaskan ekosistem yang akan membantu meminimumkan risiko-risiko kesan buruk perubahan iklim, membina daya ketahanan terhadap perubahan iklim dan mempertingkatkan usaha pengurangan risiko bencana dan kesiapsiagaan kita.

Contohnya, negeri-negeri boleh mengambil teladan daripada tindakan Pulau Pinang, di mana kertas cadangannya kepada AF untuk perlaksanaan projek bernilai USD 10 juta untuk ‘Program Adaptasi Iklim Berasaskan Alam Semula Jadi untuk Kawasan Bandar Pulau Pinang’ telah diluluskan pada September 2020. Projek ini ialah kerjasama antara kerajaan negeri, UN-Habitat dan Think-City, untuk mempertingkatkan daya ketahanan bandar dan mengurangkan kerentanan kesihatan manusia dan ekosistem terhadap kesan-kesan perubahan iklim dan kejadian cuaca melampau.

Negeri-negeri juga boleh mengemukakan cadangan-cadangan mereka sendiri. Mereka tidak hanya perlu menunggu dana-dana persekutuan untuk melaksanakan projek-projek adaptasi mereka. Agensi-agensi persekutuan lain juga boleh melakukan perkara yang sama.

Peristiwa banjir baru-baru ini telah mendedahkan banyak kelemahan dalam keupayaan negara untuk menangani kejadian cuaca melampau dan bencana. Kita mesti mempertingkatkan usaha dengan segera untuk menyokong pelbagai inisiatif yang diperlukan untuk lebih berupaya menangani kejadian cuaca melampau pada masa depan dan kesan-kesan buruk perubahan iklim.

Tanggapan bahawa negara kita tidak terdedah kepada bencana perlulah diubah, kerana iklim sedunia kini ternyata sedang berubah.

Meenakshi Raman
Presiden

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar kerajaan persekutuan dan negeri melarang perlombongan termasuk unsur nadir bumi (REE) di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) seperti di hutan simpanan kekal.

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan pelancaran Fasa 2 Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos 2023 yang lalu. Kami

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) merayu kepada kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya tidak meneruskan Projek Penambakan Laut di Selatan Pulau Pinang (Penang South Reclamation – PSR).

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Konvensyen Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (UPOV) menafikan hak petani, menggalakkan biopirasi dan mengancam agrobodiversiti. SAM menyokong sepenuhnya kenyataan di bawah yang dikeluarkan

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

  • Tarikh Penerbitan | September 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

  • Tarikh Penerbitan | September 4, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Mitigasi, Tenaga
Selanjutnya

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

  • Tarikh Penerbitan | September 1, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Ekosistem Persisiran Pantai, Kedaulatan Makanan, Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perikanan
Selanjutnya

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

  • Tarikh Penerbitan | Julai 20, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pertanian
  • Jenis Isu | Agroekologi, Benih, Biodiversiti, Kedaulatan Makanan, Perdagangan & Pelaburan, Pertanian
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 756 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia