Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Menangani Kepupusan Harimau

  • Tarikh Penerbitan | Ogos 28, 2019
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Hidupan Liar
  • Penanda | harimau, jenayah hidupan liar, pemburuan haram, Perdagangan Hidupan Liar
PDF
Credit: flickr

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan berita mengenai komitmen kerajaan untuk menangani masalah pemburuan haram dengan meningkatkan lagi sumber manusia melalui batalion khas yang ditugaskan untuk membantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN) dalam mengawal hutan negara.

Bilangan harimau dianggarkan hanya tinggal kira-kira 250 ekor. Ini amat membimbangkan. Semua usaha di masa lalu tidak berkesan untuk menyelamatkan harimau. Ia hanya dapat memperlahankan kadar kemerosotannya. Waktu untuk berpeluk tubuh terhadap kelenyapan hutan dan kepupusan hidupan liar kita telah lama berlalu.

Menangguhkan tindakan untuk satu lagi dekad bukan pilihan lagi. Kini tiba masanya untuk bertindak segera dalam usaha untuk mencapai visi bagi menggandakan bilangan harimau dalam tempoh 12 tahun akan datang.

Memulihkan kembali bilangan harimau memerlukan pendekatan beraneka segi termasuklah perlindungan harimau dan mangsa, zon penampan, koridor pemencaran dan menangani pelbagai masalah yang mestilah diselesaikan untuk menyelamatkan harimau termasuk menentang pemburuan haram.

Pemburuan, walaupun haram, kekal tidak berhenti-henti di seluruh negara hingga mengorbankan bilangan haiwan yang semakin pupus. Pada kadar semasa, beberapa spesies mungkin akan pupus di dalam habitatnya dalam tempoh beberapa tahun lagi. Tetapi pemburu tidak mempedulikannya, mereka melihat haiwan seperti harimau, gajah dan badak sumbu sebagai sumber kewangan. Mereka tidak hanya mensasarkan megafauna ini tetapi bersedia untuk membunuh haiwan terancam lain yang ditemui memandangkan matlamat mereka hanya untuk memperolehi pulangan lumayan. Pemburuan dan perdagangan hidupan liar haram bukan hanya masalah tempatan tetapi ia juga melibatkan sindiket antarabangsa menggunakan teknologi canggih.

Pemburuan haram mengancam untuk menghapuskan beberapa spesies yang mudahterancam daripada muka bumi ini.

Hukuman keras di bawah Akta Hidupan Liar 2010 bermaksud untuk mencegah tetapi pelakunya yang tidak bermoral dan sering terlepas daripada prospek beberapa tahun di penjara mengetahui bahawa terdapat sedikit sahaja kemungkinan untuk ditangkap. Undang-undang hanya di atas kertas dan pihak berkuasa kekurangan pembiayaan dan sumber manusia, terus bersikap seperti bermain permainan kucing dan tikus dengan penyeludup yang sering lari mengelilingi mereka.

Pemburuan haram mengancam dan akan terus berlaku disebabkan kurangnya keutamaan politik dan ia merupakan satu perniagaan yang lumayan. Gelombang semasa pemburuan haram dijalankan oleh rangkaian penjenayah terancang dan canggih menggunakan peralatan melihat pada waktu malam, ubat penenang dan alat peredam bunyi untuk membunuh haiwan pada waktu malam, mengelak daripada kawalan penguatkuasa undang-undang. Pemburu komersial dilengkapi dengan teknologi pengesan, senjata berkuasa tinggi, dan laluan pengangkutan tersembunyi untuk melepasi penjaga hutan dalam kawasan yang dilindungi. Untuk mengatasi perkara ini, pihak berkuasa hidupan liar memerlukan lebih banyak penjaga hutan di lapangan untuk mencegah pemburu dan menguatkuasakan undang-undang hidupan liar.

Kementerian Sumber Asli mempertimbangkan untuk mengadakan dasar menembak untuk membunuh yang juga menyebabkan kebimbangan. Bagaimanapun, ia bukan satu penyelesaian kepada krisis pemburuan haram. Penjaga hutan antipemburuan haram mestilah mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan membunuh pemburu kerana ia lebih bermanfaat untuk menangkap dan menahan pemburu, kerana ini akan dapat memberikan peluang untuk memperolehi maklumat bernilai mengenai siapakah yang mendalangi mereka, mengetahui rantaian bekalan dan laluan penyeludupan. Membunuh pemburu hanya mendapat sedikit pencapaian dalam bentuk mengurangkan bilangan insiden pemburuan haram; ia hanya boleh menyediakan pencegahan sementara, atau langkah yang dilihat sebagai lebih lembut. Sindiket boleh dengan mudah mencari orang lain yang sanggup untuk mengambil risiko.

Jika pemburu enggan membuang senjata mereka maka penjaga hutan mungkin boleh menembak mereka. Dasar menembak untuk membunuh hanya perlu digunakan sebagai pilihan akhir dan hanya bagi tujuan mempertahankan diri. Tetapi yang sedihnya, dalam keadaan ini sudah pasti akan terdapat kehilangan nyawa dalam tembak menembak.

Adalah lebih baik jika penjaga hutan mempunyai latihan yang sewajarnya dan sumber untuk membuat tangkapan dan merasa yakin bahawa undang-undang akan menghukum ketua sindiket yang menjalankan perdagangan haram.

Mestilah terdapat pengurusan hutan kita yang lebih sempurna dengan kawalan yang lebih kerap bagi menghentikan pemburu daripada menjarah hutan dan hidupan liar kita. Masa amat penting dalam memberikan kesan perubahan kepada persepsi dan dasar serta cabaran kehendak pengguna bagi ubatan tradisional, bahagian anggota badan dan kulit harimau.

Harimau yang hidup mestilah dilihat lebih bernilai daripada yang mati.

MEENAKSHI RAMAN

Presiden

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Projek PSR memerlukan EIA baru

Memandangkan terdapat perubahan dalam konsep pembangunan, baik dalam reka bentuk dan pernyataan keperluan, pandangan kami ialah Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang baharu diperlukan.

Selanjutnya »
Mei 12, 2023
Pembangunan & Perancangan

Penambakan 2,500 ekar tidak boleh diterima

Pada 11 Mei 2023, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kan Yeow telah mengumumkan bahawa projek penambakan tiga buah pulau akan dikecilkan sebanyak 49% iaitu daripada

Selanjutnya »
Mei 11, 2023
Marin & Perikanan

SAM berang dengan kelulusan EIA projek Penambakan Selatan Pulau Pinang

Sahabat Alam Malaysia (SAM) terkejut dan berang selepas mendapat tahu laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi cadangan kerja-kerja penebusgunaan dan pengorekan projek Penambakan

Selanjutnya »
April 26, 2023
globe, universe, stars-3857560.jpg
Perubahan Iklim

Bumi tidak harus dijadikan makmal iklim

Hari Bumi pada 22 April tahun ini jatuh pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri. Semasa keluarga berkumpul dengan rakan-rakan untuk meraikan Hari Raya, kita mesti kenangkan berkat yang telah dikurniakan oleh Ibu

Selanjutnya »
April 21, 2023

Projek PSR memerlukan EIA baru

  • Tarikh Penerbitan | Mei 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Kedaulatan Makanan, Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perancangan, Perancangan Bandar, Perikanan, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Penambakan 2,500 ekar tidak boleh diterima

  • Tarikh Penerbitan | Mei 11, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Ekosistem Persisiran Pantai, Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perikanan
Selanjutnya

SAM berang dengan kelulusan EIA projek Penambakan Selatan Pulau Pinang

  • Tarikh Penerbitan | April 26, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Marin & Perikanan
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perancangan Bandar
Selanjutnya
globe, universe, stars-3857560.jpg

Bumi tidak harus dijadikan makmal iklim

  • Tarikh Penerbitan | April 21, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Adaptasi, Biodiversiti, Pembangunan, Perjanjian Antarabangsa
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Projek PSR memerlukan EIA baru

Selanjutnya »
Mei 12, 2023
Pembangunan & Perancangan

Penambakan 2,500 ekar tidak boleh diterima

Selanjutnya »
Mei 11, 2023
Marin & Perikanan

SAM berang dengan kelulusan EIA projek Penambakan Selatan Pulau Pinang

Selanjutnya »
April 26, 2023
globe, universe, stars-3857560.jpg
Perubahan Iklim

Bumi tidak harus dijadikan makmal iklim

Selanjutnya »
April 21, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia