Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Murka alam: banjir penuh tragedi di Yan

  • Tarikh Penerbitan | Ogos 19, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar, Laporan, Kertas Kerja & Memorandum
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pemuliharaan, Penebangan hutan, Penukaran Hutan, Perancangan, Perlombongan & Ekstraktif
  • Penanda | banjir, IPCC, kawasan sensitif alam sekitar, Kedah, Yan
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF
Banjir di Yan | Gambar yang diambil daripada video saksi

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) sedih mendengar tiga mangsa ditemui mati di beberapa lokasi sekitar Gunung Jerai di Yan selepas kejadian banjir semalam.

Banjir dan tanah runtuh yang berlaku adalah dilaporkan tercetus oleh fenomena kepala air di kawasan air terjun berdekatan Gunung Jerai. Penduduk yang terjejas di sini menjelaskan limpahan air umpama empangan pecah atau tsunami kecil dengan aliran air yang pantas membawa bersama lumpur, sampah sarap, balak, pokok tumbang dan sisa.

Menteri Besar Kedah, Muhamad Sanusi Md Nor dilaporkan oleh media sebagai menafikan dakwaan bahawa banjir yang berlaku itu disebabkan oleh aktiviti pembalakan. Ia mungkin bukan pembalakan tetapi yang pasti ialah penebangan pokok dan pembersihan hutan. Banjir lumpur yang dilihat di dalam video mengenai insiden itu jelas menunjukkan kesan daripada aktiviti pembersihan tanah.

Kami bersama penduduk di Bukit Singkir, Yan telah membantah projek kuari di Hutan Simpan Gunung Jerai lebih daripada 15 tahun lalu. Kuari itu dibenarkan beroperasi oleh Kerajaan Negeri Kedah ketika itu walaupun melanggar Rancangan Tempatan Yan. Tambahan, tidak seharusnya terdapat sebarang pembersihan hutan di kawasan sensitif alam sekitar ini tetapi imej daripada Google menunjukkan banyak pokok telah ditebang dan operasi melombong berjalan.

Semua aktiviti yang memusnahkan di kawasan ekosistem yang mudah terjejas ini perlu dihentikan dengan segera, disiasat dan langkah pemulihan perlu diambil untuk mencegah jejak kemusnahan seperti aliran lumpur, tanah runtuh dan banjir.

Ia satu peringatan serius dan Menteri Besar mestilah bertindak dan tidak melihat ini sebagai satu takdir memandangkan tragedi ini berlaku berikutan operasi syarikat yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri walaupun berlawanan dengan Rancangan Tempatan Daerah Yan. 

Gunung Jerai merupakan kawasan sensitif alam sekitar yang mesti dilindungi dan tidak dimusnahkan. Semasa hujan lebat jumlah besar kelodak akan dibawa turun daripada cerun yang telah dilemahkan oleh penebangan hutan dan peningkatan aktiviti yang memusnahkan di sini.

Laporan terkini Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim sudah pun menunjukkan bahawa hujan lebat dan kerap akan banyak berlaku akibat pemanasan global. Apa yang Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu lakukan ialah bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membina daya tahan iklim dan mengambil langkah-langkah wajar termasuk menghentikan pembersihan tanah dan hutan terutamanya di kawasan alam sekitar yang sensitif dan tanah tinggi. 

Kita tidak harus meneruskan aktiviti seperti biasa seperti sebelum ini.  Apa yang berlaku di Yan dengan banjir besar dan penuh tragedi ini perlu dijadikan contoh. Kita perlu menghormati alam semula jadi, mengakui akan ada batasannya dan mengambil langkah mitigasi serta pencegahan yang sewajarnya dengan segera.Kami menggesa Kerajaan Negeri agar mengadakan siasatan awam bebas terhadap tragedi ini supaya kita dapat memahami sebab sebenar kejadian dan juga di mana kelemahan serta apakah langkah pencegahan dan pemulihan yang mesti diambil.

Mohideen Abdul Kader
Presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Meenakshi Raman
Presiden, Sahabat Alam Malaysia

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang apabila mengetahui pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa projek kereta kabel ke Bukit Bendera (Penang Hill) telah

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Ini adalah satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh beberapa NGO yang membantah aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Memandangkan krisis iklim dan biodiversiti semakin meningkat, kredit kepada syarikat komoditi yang berisiko kepada hutan meningkat 60 peratus antara 2020 dan 2021 Laporan terbaharu, yang dikeluarkan hari

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
cable car, isolated, winter-3989542.jpg

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

  • Tarikh Penerbitan | Disember 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pemuliharaan, Perancangan Bandar
Selanjutnya

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | November 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Hidupan Liar, Pemuliharaan, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 19, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Kewangan & Pelaburan Membabitkan Hutan, Penebangan hutan
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia