Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Nelayan Sungai Kerian Di Nibong Tebal, Pulau Pinang Bimbang Dengan Kehadiran Bot Kenka

  • Tarikh Penerbitan | Mac 18, 2020
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Marin & Perikanan
  • Jenis Isu | Perikanan
  • Penanda | Bot Kenka, Ikan Baja
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF
Kelihatan bot kenka sedang menyelusuri sungai dicelah sampan nelayan sungai yang sedang memancing | SAM

Umum mengetahui bahawa udang galah merupakan hasil tangkapan utama bagi 200 hingga 300 nelayan sungai di Sungai Kerian, Nibong Tebal tidak kira nelayan tulen ataupun nelayan sampingan. Pendapatan dan hasil tangkapan mereka bergantung kepada hasil sungai untuk menjana ekonomi harian namun kini pendapatan mereka seolah dirompak dan dirosakkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) bersama Komuniti Nelayan Sungai Tanjung Berembang menggesa Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Selatan dan Jabatan Pengairan dan Saliran supaya menjalankan tinjauan dan menyiasat status pelantar ikan yang sedang beroperasi di Sungai Tok Tuntong, Nibong Tebal. Pelantar tersebut dibina di tebing Sungai Kerian dan sangat tidak sesuai dengan keadaan persekitaran.

Sampan nelayan sungai yang dilanggar oleh bot fiber yang membawa muatan ikan baja | SAM

Masalah yang berlaku sejak setahun lalu ini telah menyebabkan nelayan-nelayan sungai di sini berasa bimbang terhadap tahap keselamatan mereka selain kemerosotan hasil tangkapan. Para nelayan sungai merasa tergugat pada masa kini kerana bot-bot kenka kerap berulang-alik menyelusuri sungai berkenaan untuk ke pelantar pendaratan ikan.  Bengkel bot yang  bersebelahan dengan pelantar terbabit juga meningkatkan kehadiran bot-bot kenka di sungai tersebut.

Kami juga difahamkan bahawa bot-bot kenka tersebut membawa muatan bekalan ikan baja ke pelantar pendaratan yang mana di belakang pelantar berkenaan dipenuhi  kolam-kolam ternakan akuakultur. 

Pelantar ini kebanyakannya digunakan oleh bot kenka yang mana bot jenis ini agak besar berbanding bot atau sampan nelayan sungai malah ia sangat membahayakan kepada sebilangan besar nelayan yang sedang memancing dan menjala. Selain itu, alun dari bot kenka tersebut turut mengundang masalah hakisan tebing Sungai Kerian dan sekitar kawasan berdekatan.

Di samping itu nelayan juga turut mengadu mengenai bengkel membaiki bot di kawasan bersebelahan yang menyebabkan laluan bot kenka lebih kerap di sini dan mengganggu operasi nelayan sungai. Dikhuatiri besar kemungkinan insiden seperti kemalangan di perairan boleh berlaku.  Menurut nelayan sungai Tanjung Berembang, baru-baru ini terdapat satu kes kemalangan yang melibatkan bot fiber yang membawa muatan stok ikan baja telah melanggar sebuah sampan nelayan yang sedang memancing udang galah sehingga terbelah dua sampan terbabit.

Bot kenka yang sedang membawa muatan ikan baja | SAM

SAM berasakan bahawa pihak berkuasa semestinya sedar tentang pelantar ini kerana kami diberitahu bahawa komuniti nelayan telah memaklumkan kepada pihak-pihak berkenaan  sejak pembinaannya. Apa yang menghairankan nelayan ialah bagaimana mungkin pelantar ini dibina terlalu hampir dengan Sungai Kerian, malah struktur pembinaannya pula berada atas tebing sungai.

Bagaimana pula dengan status pemilikan tanah, adakah ia tanah kerajaan atau rizab sungai atau tanah persendirian atau TOL? SAM telah menulis surat kepada pihak berkenaan tentang status tanah di sini dan sedang menunggu maklum balas.

Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh komuniti nelayan sungai Tanjung Berembang mendapati  pembangunan di kawasan rizab sungai dilihat semakin ketara.

Bukan setakat itu sahaja, malah ada ketika operator bot kenka berkenaan seolah tidak hairan dan sesuka hati melabuhkan pukat mereka di sungai. Tindakan ini adalah melanggar undang-undang. Walaupun diberi amaran oleh para nelayan namun mereka tidak ambil peduli. Persoalannya ialah apakah mereka terlalu kebal hingga tiada sebarang tindakan dapat diambil?

Kami juga berpendapat bahawa kesemua aktiviti berkaitan bot kenka dan pelantar di sini adalah memudaratkan malah ia memberi kesan buruk terhadap alam sekitar dan keseimbangan ekosistem sungai.

Sehubungan itu, kami berharap agar pihak-pihak yang bertanggungjawab turun padang memantau, meninjau dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini. Jika keadaan ini dibiarkan tanpa ada sebarang tindakan maka sumber pendapatan nelayan-nelayan sungai akan merosot dan terjejas serta menghadapi kesukaran untuk menjalankan aktiviti harian.

MEENAKSHI RAMAN

Presiden

Nota Kepada Pengarang: Sila rujuk link google maps berikut untuk ke lokasi kawasan.

https://www.google.com/maps/place/Nibong+Tebal,+Penang/@5.1588209,100.4422748,467m/data=!3m1!1e3!4m5!3m4!1s0x304ab04d86d99dab:0xac01d599802b06df!8m2!3d5.170128!4d100.4792231

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Infografik 16 halaman di bawah menggambarkan bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada kita semua. Penggunaan berlebihan / pengeluaran berlebihan plastik menyebabkan peningkatan pengeluaran bahan buangan. 

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM)  mengalu-alukan langkah kerajaan Malaysia yang tidak tunduk kepada tekanan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk membatalkan syarat kelulusan lesen operasi  pada tahun 2020. Syarat

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin memberikan maklum balas terhadap kenyataan oleh Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian Mcfeeters baru-baru ini bertajuk ‘Partners in

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

  • Tarikh Penerbitan | Mac 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

  • Tarikh Penerbitan | Februari 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya
climate change, global warming, environment

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

  • Tarikh Penerbitan | Januari 17, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
Selanjutnya

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia