Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

NGO Gesa Semua Kerajaan Negeri Contohi Selangor dan Hentikan Import Sisa Plastik

  • Tarikh Penerbitan | Mei 23, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
  • Penanda | bebas dari plastik, sisa elektronik
PDF
Tapak pembuangan sisa plastik di Pulau Indah yang masih lagi belum dibersihkan | Imej Fail

Ini adalah kenyataan bersama NGO-NGO yang mengikuti isu plastik

Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor, YB Hee Loy Sian mengumumkan pada 19 Mei 2022 lima dasar baharu berhubung operasi kilang kitar semula sisa plastik di negeri itu termasuk tidak membenarkan pengimportan sisa plastik bagi tujuan pemulihan atau pelupusan akhir oleh kilang yang menjalankan proses kitar semula sisa plastik. 

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Greenpeace Malaysia, Kakacaucau Eco Hub, Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat (PTASKL), dan Sahabat Alam Malaysia (SAM), memuji langkah kerajaan negeri itu untuk membendung pencemaran dan menggesa negeri lain agar mencontohi Selangor.

Sisa plastik yang diimport ini menyerlahkan lagi sistem yang ‘rosak’. Malaysia merupakan penerima terbesar sisa plastik global pada 2018 dan menjadi tempat lambakan sampah  memandangkan ada sebahagian import sisa plastik termasuk sisa plastik campuran, sisa plastik tidak boleh dikitar semula atau sisa plastik yang tercemar dengan ketara dengan sisa lain. Isu pengitar semula sisa plastik haram, tapak pelupusan sampah haram, dan pembakaran terbuka diketengahkan oleh komuniti yang terjejas dan pertubuhan masyarakat sivil sejak itu. 

Pihak penguatkuasa akhirnya mula mengambil tindakan dengan menutup operasi haram dan mengenakan syarat yang lebih ketat kepada pengimport yang mempunyai permit yang diluluskan untuk mengimport sisa itu. Walau bagaimanapun, bukti di lapangan dan laporan INTERPOL 2020 menunjukkan bahawa masih terdapat kebocoran atau salah urus sisa plastik, perdagangan haram dan pengisytiharan palsu.

Sungguhpun kami menghargai komitmen kerajaan negeri Selangor untuk membendung pencemaran, namun kita akan terlepas pandang sekiranya kita tidak menekankan akan kepentingan pemantauan dan pemeriksaan berkala terhadap operasi semasa lilang dan premis dengan permit sah untuk memastikan pematuhan peraturan alam sekitar dan mengelakkan urusan curang dengan premis haram atau menerima sisa plastik yang diimport dari negeri lain. 

Berkenaan dengan kebimbangan terakhir kami, adalah sangat penting untuk mengharamkan sepenuhnya pengimportan sisa plastik ke negara ini terlebih dahulu. Adalah amat penting bagi agensi penguatkuasaan untuk memeriksa setiap penghantaran dan penghantar sisa antarabangsa yang terlibat dalam perdagangan sisa supaya kita boleh ‘menutup kebocoran’ pada sumbernya.

Kerajaan Selangor juga perlu mengambil berat mengenai pencemaran sisa plastik dalam import sisa kertas dan juga sisa elektronik dan elektrikal (e-waste). Terdapat beberapa loji kitar semula sisa kertas yang kini beroperasi di Kuala Langat dengan beberapa kilang dalam peringkat perancangan. 

Terdapat insinerator in-situ di loji kitar semula sisa kertas untuk membakar sisa-sisa yang terdiri daripada plastik dan sisa lain. Insinerator ini akan mengeluarkan gas toksik dan membahayakan kesihatan awam dan alam sekitar. Selain itu, kelulusan loji kitar semula kertas di kawasan tadahan air seperti di Hulu Selangor atau hulu Sungai Langat meningkatkan lagi risiko pencemaran air minuman penduduk di Selangor.

Terdapat juga isu import sisa elektronik yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tinjauan lapangan kami baru-baru ini mendapati tapak pelupusan sampah di Sri Cheeding yang terdiri daripada antara lain ialah serpihan plastik daripada sisa elektronik. 

Sisa plastik kecil di Pulau Indah, Klang | Imej Fail

Siasatan oleh Greenpeace Malaysia sebelum ini mendedahkan bahawa lapisan tanah atas tercemar dengan kepekatan tinggi logam berat termasuk kadmium dan plumbum, berbanding tahap persekitaran latar belakang. Ujian makmal juga mendedahkan kehadiran sebatian organik yang berterusan seperti bahan kalis api bromin dan ftalat di beberapa tapak pelupusan.

Justeru itu, kami menggesa agar kerajaan Selangor memastikan pemantauan, pemeriksaan dan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa dijalankan dengan tegas bagi membendung pencemaran daripada semua kilang pemprosesan sisa, selain kilang kitar semula sisa plastik. Ia juga penting bagi negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Kedah, dan Johor mengikuti dan komited untuk mengharamkan import sisa dan mengenakan dasar yang lebih ketat ke atas kilang pemprosesan sisa. 

Kita perlu berhenti mengimport sisa dari negara lain, dan memberi tumpuan kepada mengutamakan pengurangan sisa, pengasingan sisa di sumber, kitar semula yang selamat, dan pengkomposan sisa organik serta membina kapasiti institusi untuk bergerak ke arah ekonomi sirkular yang selamat dan tidak toksik yang diterajui oleh pengendali kitar semula tempatan.

Kami juga menggesa kerajaan persekutuan supaya memainkan peranan aktif bagi menutup kelemahan yang sedia ada dalam Konvensyen Basel pada mesyuarat Persidangan Para Pihak (COP) Ke-15 pada Jun ini di mana kerajaan-kerajaanakan berkumpul untuk memutuskan peraturan lanjut mengenai pergerakan rentas sempadan sisa berbahaya, termasuk sisa plastik.

#breakfreefromplastic     #stopwastetrade

Untuk pertanyaan, sila hubungi: Mageswari Sangaralingam di talian 012-878 2706 (foemalaysia@gmail.com)

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar kerajaan persekutuan dan negeri melarang perlombongan termasuk unsur nadir bumi (REE) di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) seperti di hutan simpanan kekal.

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan pelancaran Fasa 2 Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos 2023 yang lalu. Kami

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) merayu kepada kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya tidak meneruskan Projek Penambakan Laut di Selatan Pulau Pinang (Penang South Reclamation – PSR).

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Konvensyen Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (UPOV) menafikan hak petani, menggalakkan biopirasi dan mengancam agrobodiversiti. SAM menyokong sepenuhnya kenyataan di bawah yang dikeluarkan

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

  • Tarikh Penerbitan | September 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

  • Tarikh Penerbitan | September 4, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Mitigasi, Tenaga
Selanjutnya

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

  • Tarikh Penerbitan | September 1, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Ekosistem Persisiran Pantai, Kedaulatan Makanan, Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perikanan
Selanjutnya

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

  • Tarikh Penerbitan | Julai 20, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pertanian
  • Jenis Isu | Agroekologi, Benih, Biodiversiti, Kedaulatan Makanan, Perdagangan & Pelaburan, Pertanian
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 756 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia