Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

NGO terkilan dengan aktiviti penebangan hutan di Kompleks Hutan Ulu Muda

  • Tarikh Penerbitan | November 25, 2020
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Pembalakan, Penebangan hutan, Perjanjian Antarabangsa, REDD-plus
  • Penanda | Hutan Simpan Ulu Muda, Kedah, Konvensyen Kepelbagaian Biodiversiti, Perjanjian Paris, Tasik Ahning
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (seperti yang tersenarai di bawah) amat terkejut dan terkilan dengan aktiviti penebangan hutan baru-baru ini di kawasan Kompleks Hutan Ulu Muda.

Berdasarkan imej satelit, antara Mei dan November 2020, kira-kira 87 ekar (0.35 kilometer persegi) hutan berdekatan Tasik Ahning, di Hutan Simpan Bukit Keramat telah ditebang habis dan diteres seperti untuk dijadikan ladang. (Lihat imej di bawah).

Imej itu juga mendedahkan kawasan yang ditebang dan diteres terlebih dahulu hampir dengan kawasan aktiviti penebangan hutan terbaharu.

Kami menggesa kerajaan negeri Kedah menjelaskan dengan segera apakah yang sedang berlaku, memandangkan Menteri Besar Kedah baru-baru ini telah menyatakan bahawa kawasan Hutan Ulu Muda akan dilindungi sebagai kawasan hutan tadahan air di mana sebarang  aktiviti pembalakan tidak dibenarkan.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor telah memberitahu Dewan Undangan Negeri Kedah pada Ogos tahun ini bahawa kerajaan negeri akan meneruskan dasar mengekalkan Hutan Simpan Ulu Muda sebagai kawasan hutan tadahan air dan tidak membenarkan sebarang aktiviti pembalakan untuk manfaat 4.2 juta orang di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang untuk kegunaan domestik, pertanian dan industri. Dengan itu kami merasa amat bimbang dengan perkembangan semasa di sini seperti yang dipaparkan di imej satelit.  Aktiviti penebangan hutan sedemikian akan menjejas keupayaan kerajaan negeri menerima dana kerajaan Persekutuan bagi perlindungan hutan dari sumber seperti Pemindahan Fiskal Ekologi bagi Pemuliharaan Biodiversiti (Ecological Fiscal Transfer – EFT) yang dicadangkan dalam Belanjawan 2021. EFT akan menyediakan sebanyak RM70 juta untuk negeri-negeri bagi melindungi hutan mereka .

Kami difahamkan daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bahawa pada 2019 sejumlah RM60 juta disalurkan ke negeri-negeri untuk melindungi hutan mereka. Kami tidak pasti berapa jumlah yang telah disalurkan kepada Negeri Kedah.

Kami difahamkan bahawa Kerajaan Persekutuan juga mengambil langkah selanjutnya untuk menyokong kerajaan-kerajaan negeri di bawah Rangka Kerja Kewangan Pengurangan Pelepasan daripada Penebangan Hutan dan Kemerosotan Hutan (Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation -REDD Plus) dengan memperuntukkan dana selanjutnya.

Kami sekali lagi mengulangi gesaan supaya kerajaan negeri Kedah memantau aktiviti penebangan hutan, menghentikan segera pembalakan dan kelulusan penukaran hutan untuk perladangan atau kegunaan lain yang berpotensi memusnahkan alam semula jadi di Kompleks Hutan Ulu Muda.

Kami ingin menekankan bahawa tujuan dana daripada Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri Kedah adalah untuk mengekalkan kelangsungan Kompleks Hutan Ulu Muda demi ekosistemnya yang amat bernilai serta sumbangannya termasuklah dalam memastikan jaminan keselamatan air, mengawal iklim dan melindungi biodiversiti.

Dengan melindungi hutannya, Kerajaan negeri Kedah juga memainkan peranan kritikal menyokong Malaysia dalam melaksanakan komitmen antarabangsanya di bawah Perjanjian Paris mengenai Perubahan Iklim dan Konvensyen Biodiversiti. Kerajaan Kedah tidak harus melemahkan usaha itu dengan membenarkan pembalakan di hutan-hutan dalam Kompleks Hutan Ulu Muda.

Kenyataan ini disokong oleh pertubuhan-pertubuhan berikut:

  1. Ecotourism & Conservation Society of Malaysia (ECOMY)
  2. Forum Kedah Sejahtera dan Harmoni
  3. Gerakan Merbok Bangkit Kedah
  4. GreenSmiths
  5. Jaringan Penggerak Melayu Desa Negeri Kedah
  6. Jaringan Pengguna Lestari Kedah
  7. Jaringan Taawun ‘alal Birri Wattaqwa Sungai Petani 
  8. Majlis Muafakat Muslimah Masjid Kedah
  9. Malaysian Cave and Karst Conservancy (MCKC)
  10. Persatuan Alam Sekitar Kedah
  11. Pertubuhan Dhuafa Sejahtera Kedah
  12. Persatuan Peduli Dhuafa dan Pengupayaan Masyarakat
  13. Persatuan Pencinta Alam Malaysia – Cawangan Pulau Pinang
  14. Persatuan Pengguna Pulau Pinang
  15. Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA)
  16. Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) Kedah
  17. Rangkaian Petani Lestari Alam 
  18. Sahabat Alam Malaysia (SAM)
  19. Treat Every Environment Special (TrEES)
  20. Water Watch Penang (WWP)
  21. Yayasan Aman Kedah
  22. Yayasan Pendidikan Orang Asli Malaysia

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Presiden SAM, Meena Raman, tel:  012 4300042

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

SAM terperanjat bahawa EIA untuk perlombongan lanthanide diluluskan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar 

SAM amat terperanjat apabila mendengar berita berkenaan dengan kelulusan pada minggu lepas, laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi cadangan projek perlombongan nadir bumi lanthanide di Hulu Perak, yang mana sebelum ini laman web rasmi

Selanjutnya »
Mei 26, 2022
Pencemaran & Perlombongan

NGO Gesa Semua Kerajaan Negeri Contohi Selangor dan Hentikan Import Sisa Plastik

Ini adalah kenyataan bersama NGO-NGO yang mengikuti isu plastik Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor, YB Hee Loy Sian mengumumkan pada 19 Mei 2022

Selanjutnya »
Mei 23, 2022
Pembangunan & Perancangan

Kumpulan masyarakat sivil suarakan sokongan kepada penduduk Sungai Ara dalam kes bantahan projek Sunway Hills di kawasan bukit sensitif alam sekitar

Beberapa pertubuhan masyarakat sivil di Pulau Pinang bersatu dalam menunjukkan sokongan dan solidariti kepada penduduk Sungai Ara, yang telah menfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan, dalam perjuangan mereka

Selanjutnya »
Mei 22, 2022
Perubahan Iklim

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

Ia adalah Hari Bumi sekali lagi pada 22 April. Seperti yang telah kami katakan sebelum ini, tidak cukup untuk mendedikasikan satu hari dalam setahun untuk mengingatinya

Selanjutnya »
April 22, 2022

SAM terperanjat bahawa EIA untuk perlombongan lanthanide diluluskan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar 

  • Tarikh Penerbitan | Mei 26, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Orang Asal, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif, Sisa
Selanjutnya

NGO Gesa Semua Kerajaan Negeri Contohi Selangor dan Hentikan Import Sisa Plastik

  • Tarikh Penerbitan | Mei 23, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Kumpulan masyarakat sivil suarakan sokongan kepada penduduk Sungai Ara dalam kes bantahan projek Sunway Hills di kawasan bukit sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | Mei 22, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Pembangunan, Perancangan, Perancangan Bandar
Selanjutnya

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

  • Tarikh Penerbitan | April 22, 2022
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Adaptasi, Agroekologi, Agrokomoditi, Bahan Toksik, Kedaulatan Makanan, Orang Asal, Pembangunan, Pemuliharaan, Pencemaran, Penebangan hutan, Penukaran Hutan, Penyahwartaan Hutan, Perjanjian Antarabangsa, Sisa
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

SAM terperanjat bahawa EIA untuk perlombongan lanthanide diluluskan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar 

Selanjutnya »
Mei 26, 2022
Pencemaran & Perlombongan

NGO Gesa Semua Kerajaan Negeri Contohi Selangor dan Hentikan Import Sisa Plastik

Selanjutnya »
Mei 23, 2022
Pembangunan & Perancangan

Kumpulan masyarakat sivil suarakan sokongan kepada penduduk Sungai Ara dalam kes bantahan projek Sunway Hills di kawasan bukit sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
Mei 22, 2022
Perubahan Iklim

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

Selanjutnya »
April 22, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2022 Sahabat Alam Malaysia